Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Perutusan Dari Urusetia Majlis

Terima kasih banyak2 & tak terhingga untuk saya sampaikan kepada semua rakan2 yang telah membuat pengesahan dalam apa jua cara samada melalui email, telefon, sms, blog dll. Pertama sekali maaf saya pohon kerana dua hari yang lalu saya tidak dapat membuka komputer kerana menghadiri konferen di Kuala Lumpur. Hanya pada hari ini saya baru dapat menatap semua email2 yang telah dihantar termasuk juga laman blog ini. Terharu.............. amat terharu saya nyatakan sekali lagi dengan respon yang begitu menakjubkan daripada kekawan sekelian. Saya juga dapat merasakan kegembiraan yang dialami oleh kekawan kita yang telah dapat menghubungi di antara satu dengan yang lain melalui perancangan yang sedang kita sama2 lakukan sekarang. Ada di antara kita yang telah awal2 lagi bertemu sebaik sahaja memperolehi maklumat untuk menghubungi di antara satu sama lain kerana kerinduan yang tidak boleh dikawal lagi memandangkan 3otahun telah terpisah. Saya berjanji agar majlis yang akan diadakan ini menj...

Zaiha Ariffin, 5M2

Imej
Ini cerita mengenai Zaiha yang aku terima melalui emel. Terima kasih Zaiha. Hai! Assalamualaikum dan salam sejahtera, 30 tahun berlalu memang satu jangkamasa yang lama. Banyak memori-memori yang telah hampir dilupakan terutama kisah sedih, kecewa dan lain-lain. Tapi kenangan manis memang disimpan rapi untuk menjadi inspirasi meneruskan hidup yang hampir kepenghujung. Apa-apa yang berlaku dah tentu ada hikmahnya. Memandangkan tempoh 30 tahun satu tempoh yang lama, banyak cerita dah tak sensasi lagi untuk diceritakan.Idea untuk perjumpaan semula memang satu rahmat dan saya begitu ghairah sekali untuk turut serta. walaupun satu batch/satu kelas tapi dah lama terputus hubungan dan juga tidah kenal-mengenali lagi kalau tidak dikenalkan. Saya juga tidak pasti samaada saya mengenali tuan-puan atau saya sendiri dikenali lagi oleh tuan-puan. Walaupun selama 5 tahun sebumbung di SMSJ tetapi antara perempuan dan lelaki memang terbatas perhubungan lelaki dan perempuan. Inilah didikan ibu bapa kita...

baru dapat jejaki Md. Rous Abd. Majid

Salam...ingat tak Md Rous Abd Majid. Sebenarnya saya dengan dia berkawan dari sekolah rendah lagi masa kami di Segamat. Semasa tu kami di sekolah Bukit Hampar Segamat, begitu juga dengan Najib Mohammad dan adik dia Saufi(tp tak sekolah kat SMSJ). Kemudian saya pindah ke Muor n sekolah di Sek Ismail 1. Masa tu satu kelas dengan Jibag (abg aku), Mudon, Amiruddin Yahya. Yang lain dari Muor mcm Azman, Yem babu, Isa Kahar...dorang Sek Ismail 2, bangunan sek sama tp sesi lain...jd tak kenal dorg smpai ler bila masuk smsj. Balik pada citer Md. Rous ni, selepas pindah Muor, of course terpisah dgn dia...tp bila masuk SMSJ jumpa balik n satu kelas plak. Mcm gitu juga dgn Najib Mohammad (yg sorg ni plak saya tak tahu apasal dia mcm lari2 kan diri bila dah jumpa dia kat Mlaka dua tahun lps). Dr. Hj Shari ada bgtau suroh saya cari Md. Rous ni kat Sg. Petani since saya kat SP skrg, dia kata dia ada cari dlm internet n dpt tahu Md. Rous keja sebagai pakar sakit puan kat satu hospital kat SP. Jadi sml...

Confirm Aku Datang

Dear All, I will be there to meet all my SMSJ friends on 13 Dec 2008...See you soon...Elham

Apasal masa kita dulu lelaki tak berkawan dengan perempuan?

aku nak bagitau satu perkara yang aku rasa amat bersalah masa kat sek sains johor dulu. aku tak tahu lah apa sebab yang sebenarnya tapi aku rasa amat bersalah kerana tak berkawan dengan pelajar-pelajar perempuan dan lebih sedih macam tak menghormati dorang, terutamanya yang sekelas dengan aku. Bukan aku tak mau berkawan, tapi macam ada aje yang menghalang. Bukanlah kita nak berkawan macam berendut-rendut gitu...tapi sekadar kawan-kawan biasa jer. Itu pun aku tak tau kenapa ia seperti satu perkara yang terlarang. Jadi sempena bulan baik ini dan juga sempena kita nak membuat satu reunion buat pertama kali setelah 30 tahun berpisah, aku nak amik kesempatan ini menyusun 10 jari dan meminta maaf banyak-banyaklah kepada semua kawan-kawan perempuan yang satu batch terutamanya dari kelas aku. Janganlah disimpan kenangan yang bukanlah pahit tp yang tak manis tentang persahabatan kita dulu. Sebenarnya aku kalau boleh nak memusing kembali masa silam tersebut dan melaluinya semula dan 'undo...

KAWAN NAK TUNAI HAJI

Imej
Ini kawan kita, Esa bin Sapari (SPM 1979), Exco Selangor Yakob Sapari adalah sedara dia, Sedara se Islam, Menurut kat Esa, emak dan bapa YB Yakob dengan dia adalah lain. Malam tadi aku buat temujanji dengan Esa ni di Bukit Jelutong, Shah Alam sempena beliau akan ke Mekah menunaikan Fardhu Haji pada 31 Oktober 2008. Kami bersembang panjang. Ingat mengingati diantara satua denga lain. Salah satu perkara yang aku dapat belajar dari dia adalah : CERMIN DIRI KITA ADALAH ISTERI/SUAMI KITA, ANAK-ANAK KITA, IBU BAPA KITA, GURU-GURU KITA, KAWAN-KAWAN KITA DAN ORANG-ORANG DISEKELILING KITA. Mari kita fikirkan apa maksud yang hendak disampaikan kepada kita. Semuga kau dipermudahkan melaksanakan ibadah di Tanah Suci dan dikurniakan Haji Yang Mabrur. Amin...

Kunjungan Rakan

Imej
3 sekawan , gajah, Razak dan Zahar....Azida kau kenal ke dia? Teka, mereka tengah buat apa? Menjengok blog smsjohor kluang di komputer rumah aku. Gajah dan Zahar tengah baca blog smsjohorkluang Aku, Aini dan suaminya Dr. Rozlin 27 Syawal 1429, beberapa orang kawan kita sempat berkunjung ke rumah aku di Tg.Malim. Alhamdulillah, walaupun jauh aini dan gajah sanggup datang ke rumah aku untuk menambah eratkan lagi ikatan persahabatan yang memang sedia erat. Di tambah pula dengan kedatangan Zahar (5e2) dan Razak (senior kita batch Lokman).Kedua-duanya pensyarah di UPSI.

Azida Abdul Aziz (5E2)

Imej
Ini adalah serba-sedikit profil salah seorang rakan kita Azida Aziz yang diterima melalui kiriman emel semalam. Terima kasih Azida. Salam. Saya Azida binti Abdul Aziz (5E2). Berasal dari Muar dan kini menetap di Serdang, Selangor. Said yang contact baru ni dan emel kat saya maklumat terkini berkenaan batch kita. For the first time saya buka blog kita. Wah.....seronoknya baca berita dan cerita kawan-kawan. Rasanya ramai lagi yang belum dapat dijejaki. Yang selama ini contact saya adalah Noreen dan Amin (5E1). Seronok berkongsi maklumat diri, semoga dapat membentuk satu networking yang bermakna dalam diri kita semua. Perkembangan diri saya sejak 30 tahun Selepas tamat MCE, result sains saya tak berapa ok....mulanya sambung tingkatan 6 sastera di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru...tak lama cuma 3 bulan aje. Lepas tu saya dapat tawaran ke UiTM untuk buat Diploma In Accountancy (1979 – 1981). Selepas tamat diploma, saya kerja sekejap di UPM dan UM. Masa di UPM saya berkenalan dengan suami sa...

Mohd Razif Yahya aka Atuk

Imej
Isnin lalu dapat email dari Razif Yahya beritau dia akan ke JB atas tugas dari hari Isnin hingga Jumaat. Rasa gembira kerana dia nak jumpa dengan aku. Terus SMS dia agar perjumpaan pada hari Rabu malam. Dia bersetuju. Aku mulalah contact semua member2 yang ada kat JB untuk joint sekali. Cuma Batan sorang aje yang available jadi aku pun pergilah berdua aje dengan si Batan jemput Atuk kat hotel M Suite. Wajah ceria Batan dapat berjumpa dengan Atuk Atuk bertugas dengan Telekom Malaysia. Selalu ke JB sebab dia terlibat dengan perancangan pembangunan kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya. Dia tinggal kat Seremban tapi ofis kat Bangsar. Anak2 dia semuanya kat Universiti Al-Azhar Mesir cuma yang kecil aje masih bersekolah. Atuk macam dulu juga ceria, senang berjumpa & berbual juga low profile walaupun punya banyak pengalaman bertugas di luar negara. Kami bersembang sambil minum kopi kat Danga Bay dari pukul 11-00 mlm hampir ke pukul 2-00 pagi itu pun rasa macam tak puas lagi. Seronok r...

Perjumpaan Kembali 30 Tahun - 13 Disember 2008

Tarikh telah ditetapkan - 13 Disember 2008 . Pendaftaran di sekolah dari jam 2 - 5 ptg. Majlis makan malam akan diadakan di Hotel Prime City Kluang mulai jam 8 mlm. Petang selepas asar akan diadakan majlis tahlil dan doa selamat di surau sekolah untuk rakan2 dan bekas guru2 kita yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita. Bayaran untuk jamuan makan malam - Dewasa RM 60-00 /orang, Kanak2 (4-12thn) RM 42-00 /orang. Kepada mereka yang memerlukan penginapan di hotel tersebut bolehlah membuat tempahan dengan menalipon terus ke hotel tersebut. Kadar bilik yang telah diberi adalah saperti di bawah. Sila nyatakan majlis SAJOHA semasa membuat tempahan bilik:- Standard Room @ RM161.00nett/room/night Superior Room @ RM185.15nett/room/night Family Deluxe @ RM241.50nett/room/night City Suite @ RM265.65nett/room/night Prime Suite @ RM305.90nett/room/night ** pls. make a reservation ASAP. Tel No: 07 7711111 Fax: 07 7739111 Website: http://www.primecity.com/ Berbagai acara akan diadakan pada mala...

Jumpa Gambar Lama dalam blog http://5e1-smsj-1975.blogspot.com/

Imej
Nostalgia kan gambar ni..... Aku jumpa kat blog Zack di http://5e1-smsj-1975.blogspot.com/ Cubalah kau orang berebut namakan sesiapa aje yang kau orang kenal dalam gambar ni

KISAH DI AKHBAR 23 OKT 2008- TUNTUTAN HARTA SIMATI

Malam tadi aku masa relak kat rumah aku baca akhbar (Utusan), yang menarik perhatian aku adalah Sisuami yang telah membunuh isterinya sendiri dan menuntut harta simati. Semasa kita memandu kalau ada katak melintas jalan pun secara sepontan kita akan cuba mengelak! Ini pulak isteri sendiri dibunuh dengan tangan sendiri. Si mangsa adalah Allahyarhamah Faizah bte Arshad. Junior kita di SMSJ. Si Suami adalah Suhaimi. Patut ke tuntutan ini? Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Amin.. Berikan komen anda.

Jumpa Prof Dr Arbakariya Arif

Imej
Sebelum ke rumah Aini aku telefon Dr Arbakariya. Rupa-rupanya dia dalam perjalanan balik dari Ipoh. Dia ada tugas di Ipoh. Dia sampai di Lembah Kelang jam 10.00 mlm. Cuaca pada masa ni selalu hujan. Itu menyumbang kepada kelewatan beliau. Disebabkan kelewatan ini maka beliau rasa tak selesa untuk datang ke rumah Aini dan minta kau sampaikan salam kepada Aini. Dalam perbualan aku dengan Dr Arbakariya, aku maklumkan bahawa aku ingin sangat jumpa dia, maklumlah dah 30 tahun. Dia ajak aku dan Fuad ke rumah dia. Dia tunggu di tempat yang dijanjikan dan sampailah ke rumah dia. Prof. Dr. Arbakariya Arif adalah sama sebijik macam Arbakariya Arif semasa 30 tahun dahulu!! Bukan sahaja saiz badan tetapi perangai pun macam dulu jugak. Ketawa dia macam dulu, cara bercakap macam dulu juga. Fuad, Dr, Arbakariya & Isteri Prof. Arbakariya dikurniakan 7 cahaya mata. Dah besar2. Yang bungsu setakat ini 4 1/2 tahun. Hebat anak Bugis Renggit ni!! Isteri beliau sangat ramah. orang Port Dickson...

JUMPA AINI SALEHO

Imej
Pertemuan di rumah Aini Saleho bermula apabila Sukimin bagi tau aku yang dia nak beraya di rumah pensyarah dia di UKM, kebetulan pensyarahnya, Dr. Ruslin Amir adalah suami Aini Saleho. Apabila Aini dapat tahu akan perkara ini maka Aini pun menghubungi beberapa orang kawan sekolah disekitar yang berdekatan. Pertemuan dibuat pada 20 Oktober 2008 jam 8.00mlm Rumah Pengetua Kolej Kediaman Ibrahim Yakob. Ini lah yang dapat hadir Pertemuan penuh kemesraan dan kegembiraan. Aku tak pernah jumpa Aini dan Fatimah sejak 1978 iaitu lepas SPM. Masing-masing khusuk mendengar cerita Zainuddin 'Tukang Karut' sedang buat persembahan Inilah wajah-wajah kalian yang dah dimamah usia!! 47 tahun. Terbayang juga ketika berusia 17 tahun. Zainuddin @ Gajah Aini Saleho, Tuan rumah. Fatimah Hashim. Fuad Soib Januri (macam waroan) Sukimin. Jam 10.45mlm dia orang masih leka bersembang, aku dan Fuad minta diri untuk beredar kerana ada temujanji dengan Prof. Dr. Arbakariya B. Arif di kawasan Tol UPM. Prof. D...

Kawan Lama Datang Beraya

Imej
Pukul 2:30 ptg dapat panggilan telefon dari kawan lama. Dia bertanya aku di mana. Aku kata ada kat JB lah. dia kata on the way ke JB juga untuk berhari raya. Aku kata pada dia datang sebelah malam aku ada banyak masa untuk melayan kedatangannya, Jam 8:15 malam aku terima satu panggilan telefon lagi menyatakan yang dia dah on the way ke rumah aku. Aku pun maklumkan kepada isteri tersayang aku bersiap sedia dengan segala juadah yang sudah dia siapkan dari petang lagi. Yang nak datang ni orang Muar asalnya jadi isteri aku masakkan mee bandung Muar untuk dia sekeluarga. Jam 9:00 dia pun sampai rumah aku. Berdua aje dengan isteri dia. Azhar Shahruddin aka Azhar Naga Dulu masa aku kerja kat Mersing memang selalu jumpa dia. Dia dah menetap terus kat Mersing sebab orang rumah dia orang Mersing. Anak dua (2) orang aje dah besau-besau sebab tu datang beraya kat rumah aku berdua aje. Sejak aku tinggalkan Mersing tahun 1992 baru sekarang aku dapat jumpa dia. Rasa terubat juga kerinduan dengan ked...

Beraya di rumah Bekas Headboy SMSJ 78

Imej
Siapa yang tak ingat headboy kita pada tahun 1978. Tidak lain dan tak bukan Tn.Dr. Hj. Shaari Yusof kita. Hari Raya ke3 aku call dia, tapi dia masih di rumah mentua di Kajang. Dia beritau aku yang dia akan balik JB hari Sabtu jadi aku set dengan dia nak beraya dengan kekawan seangkatan di rumahnya pada hari Ahad tengahari. Aku pun call semua yang ada di JB atau yang ada balik JB untuk majlis hari Ahad tu antaranya Fuad Shoib, Hj. Samsuddin Md Dom, Kamaluddin Mohamadon, Jastan Inas dan Azman Rahim manakala yang lainnya aku ada hantar sms antaranya, Umat Salleh, Ibnu Hajar, Zulkarnail Zakaria dan ramai lagi. Pada sebelah malam semasa raya kat rumah Batan, aku dah janji dengan Bagio untuk saing bersama-sama ke rumah headboy (ooops.......... bekas). Pukul 11-00 pagi terus ke rumah Dr. Hj. Shaari kita tapi lambat sikit sebab si Bagio dah tersesat almaklumlah sesekali masuk bandar itulah jadinya. Tapi akhirnya sampai juga ke tempat yang di tuju. Sampai-sampai Umat Salleh dah lama sampai dan ...

Raya Pertama di rumah Hj. Khairul Anuar Md. Amin

Imej
Raya pertama sebelum pulang beraya ke rumah mentua di Batu Pahat aku sempat ke rumah Hj. Khairul. Kampung dia dengan kampung aku sesebelah aje. Dia kat Perpat sebelah dengan Tg. Piai, aku pulak kat Sg. Durian, Pontian. Sehari sebelum raya aku ada sms dia bertanya samada dia ada balik ke. Almaklumlah dia ni macam Bagio juga cuma dia lagi lama menetap di Labuan. Bertugas di Petronas Gas, Labuan. Hj. Khairul Anuar Md. Amin Kepada sesiapa yang tak ingat dengan Hj. Khairul, dia sekelas dengan aku 5E2 & bermain hoki untuk sekolah dan daerah di posisi penjaga gol. Orangnya penyenyap semasa di sekolah dulu begitu juga sekarang masih penyenyap. Anak cuma seorang, perempuan bersekolah menengah sekarang. Orang rumahnya orang sekampung itu pun orang tuanya yang carikan. Sebelum beredar sempat bergambar dengan Tn. Hj.Khairul Anuar Md. Amin.

PERTEMUAN HARI RAYA DI RUMAH LATIFAH SAUBI

Imej
Untuk julung kalinya perjumpaan Hari Raya diadakan oleh bekas pelajar SMSJ SPM/MCE 1978. Usop adalah individu yang bertanggung jawap mencencetuskan idea untuk mengadakan perjumpaan yang julung kalinya diadakan. Pada asalnya perjumpaan diadakan hanya untuk Azman Wahab,aku dan Latifah sahaja. Tetapi apabila dimaklumkan kepada beberapa orang kawan lain, rupa-rupanya yang lain pun nak join sekali. Bukan apa, Cuma tak nak menyusahkan kekawan lain yang dating dari jauh. Tetapi rupa-rupanya anggapan kita orang meleset. Lokasi perjumpaan ialah di Kluang. Usop berkorban untuk datang ke Kluang dari Rompin. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Begitulah kesungguhan Usop. Lokasi Kluang dipilih adalah kerana Latifah dan Azman tinggal di Kluang. Dan aku sendiri pun beraya di Kluang. Mertua aku di Kluang. Ibnu berada di Bandar Tenggara iaitu kira-kira 50 km dari Kluang. Paling aku respek adalah Usop, Sukimin dan Sukri Mutamin. Sukimin datang dari Masai, Sukri dari M...

4 Syawal 1429 - Satu Hari di Hari Raya

Imej
Aku contact Bagio petang pukul 4.00 dia tak ada kat rumah. so plan diubah ke malam untuk berhari raya. jam 10.00 mlm sampai kat rumah bagio. dia tinggal kat kawasan taman puteri wangsa, jb, sebelah dalam. dia sekarang masih di sarawak cuma balik bercuti raya sehingga rabu 08/10/08. jadi aku ambillah kesempatan ini untuk bertemu dengan dia. Pak Roslan aka Bagio - Rupa dah macam Bapak Bupati. Bagio lama di Kalimantan Barat jaga ladang dan anak-anak dayak di sana. Sedang berbual-bual si Noorsham Yusof pun telefon dan plan pulak dengan dia pergi rumahnya Shahruddin Abd. Rahman aka Batan. Seterusnya kita orang pun bergerak ke rumah Batan. Sampai kat rumah dia pun dah pukul 11.00 malam. Sementara menunggu Noorsham sampai berborak-boraklah kami dengan gelak ketawa cerita-cerita lama. Sampai sahaja Noorsham keadaan semakin riuh rendah walaupun dah pukul 12.00 t/malam. Noorsham, Batan & Bagio. Tak sempat masuk rumah lagi si Noorsham dah ajak ngeteh sebab nak tengok bola EPL kat big s...