Sabtu, 28 Ogos 2010
Jumaat, 13 Ogos 2010
HBD
Rabu, 4 Ogos 2010
HBD
Selasa, 3 Ogos 2010
AKTIVITI SAJOHA 2010
Pihak SAJOHA telah mengaturkan beberapa aktiviti untuk beberapa bulan yang akan datang. Berikut adalah aktiviti aktiviti yang telah dirancangkan untuk semua ahli ahli SAJOHA.
1. Majlis Buka Puasa
...
Tarikh : Sabtu, 14 August 2010.
Masa : 7:00pm
Tempat : 18 & 20 ,Jalan Impian Perdana 1,
Impian Resort Business Park,
Saujana Impian,
43000 Kajang,
Selangor,
Malaysia.
Aturcara:
1. Majlis buka Puasa
2. Sembahyang maghrib
3. Makan Malam
4. Sembahyang Insya dan Terawikh
5. Sesi mengeratkan siratulrahim.
2. Sambutan Hari Raya
Tarikh : Sabtu, 2 October 2010
Masa : 11:00 am sehingga 5:00pm
Tempat : (akan ditentukan, disekitar Klang Valley).
3. Annual General Meeting (AGM 2010).
Tarikh : Sabtu, 2 October 2010
Masa : 2:00pm
Tempat : (akan ditentukan, disekitar Lembah Kelang).
(nota: Tiada pemilihan AJK bagi tahun ini, semua dijemput hadir).
Kehadiran SAJOHAN amatlah di alu-alukan. Sila pastikan tiada sebarang “perkara lain” pada tarikh yang ditetapkan diatas.
Sekian, untuk makluman rakan rakan SAJOHA.
Noorhan Sham
Setiausaha
Persatuan Alumni Sek Men Sains Johor, SAJOHA.
Seminar Mengenai Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR: Jemputan Menyertai Seminar
Tuan,
Bersama ini disertakan jemputan ke Seminar Pemansuhan UPSR PMR yang akan diadakan hari Sabtu ini.
Untuk RSVP, sila hubungi Puan Miza di 03-92838002.
Terima kasih.
Sh. Zuraidah Sy. Ibrahim
Persatuan Murid-Murid Tua MPM/KTK
----- Forwarded Message ----
From: Ida Borhan
To: sbp-alumni@googlegr oups.com
Sent: Wed, July 28, 2010 11:22:34 AM
Subject: (SBP:192) Seminar Mengenai Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR: Jemputan Menyertai Seminar
Yang Di Pertua
Persatuan Alumni/Murid Tua / PIBG
28 Julai 2009
Assalamualaikum warahmatullahiwabar akatuh
Y Bhg Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri / Dato’/ Datuk / Datin / Tuan / Puan
Seminar Mengenai Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR: Jemputan Menyertai Seminar
Dengan hormat dan sukacitanya saya memaklumkan bahawa Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu /Kolej Tunku Kurshiah (OGA) bercadang menganjurkan seminar yang tersebut di atas pada Sabtu 7 Ogos 2010.
2. Seperti yang kita semua maklum, baru-baru ini YAB Menteri Pelajaran telah mengumumkan kemungkinan kedua-dua peperiksaan yang kini merupakan peperiksaan kebangsaan yang diuruskan di peringkat pusat dimansuhkan sebagai cara bagi menambahbaik sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan di negara ini. Beberapa alumni sekolah berasrama penuh telah mengemukakan cadangan agar OGA mengambil langkah untuk mengelolakan satu perbincangan khas mengenai isu ini memandangkan perkara ini amat penting dan perlu dibahaskan dengan sedalam-dalamnya terutama dari segi implikasinya. Sebagai golongan profesional, ibu bapa, bakal majikan, bakal pensyarah, adalah wajar kita memandang berat tentang apa-apa perubahan yang berlaku dalam sistem persekolahan terutama yang melibatkan pelajar.
3. Oleh itu seminar akan memberi peluang kepada alumni sekolah berasrama penuh mendengar pandangan dari tokoh-tokoh pendidikan yang berpengalaman dalam peperiksaan dan penilaian serta pihak-pihak yang terlibat secara lansung dalam bidang ini. Pihak kami bercadang menjemput Y Bhg Dato’ Omar bin Mohd Hashim (mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan dan Pengarah Peperiksaan) , wakil daripada Lembaga Peperiksaan, seorang pengetua sekolah dan seorang guru untuk memberi perspektif mereka dalam hal ini. Matlamat akhirnya adalah untuk menyediakan satu memorandum (jika difikirkan perlu) kepada Kementerian Pelajaran mengenai pandangan alumni dan PIBG SBP tentang isu ini. Semoga pihak Kementerian Pelajaran akan mengambilkira pandangan kumpulan ini apabila membuat keputusan mengenainya.
4. Sehubungan itu, saya dengan sukacitanya ingin menjemput wakil daripada persatuan bekas pelajar sekolah tuan/puan serta PIBG untuk menghadiri seminar ini. Saya percaya penyertaan daripada pihak tuan/puan akan memberi semangat kepada seminar ini di samping mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara alumni dan PIBG SBP dalam hal-hal profesional yang melibatkan murid-murid SBP. Memandangkan tarikh seminar adalah kurang dari dua minggu, maka saya memohon agar pihak tuan/puan dapat memberi jawapan dengan segera (u/p Puan Miza tel 03-92838002) bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
5. Seminar ini akan berlangsung pada Sabtu 7 Ogos 2009 di Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pembentangan oleh 5 penceramah diikuti dengan forum (9.00 hingga 1.30).
Sekian dimaklumkan dan sama-samalah kita menjayakan seminar ini. Semoga jemputan ini mendapat sokongan Y Bhg Tan Sri / Puan Sri/ Dato’ Seri/ Dato’/Datuk/ Datin/Tuan /Puan jua.
Salam hormat
Datuk Rafiah Salim
Naib Pengerusi
Merangkap Pengerusi Biro Pendidikan
Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah
Ahad, 1 Ogos 2010
Mohd Fadzullah Hamid aka Maha
Pagi tadi sempat bersarapan dengan Maha, isteri & anak bongsunya berdekatan dengan hotel penginapannya kat KL.