Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekadar kongsi
Imej
SMSJ78 Sabtu 2hb Jun 2012 aku telah dikunjungi oleh Yusop Mohamad@Kembara Kelana. Kunjungan Yusop sekeluarga. Seronok tengok Usop dengan keluarga yang besar. Seorang isteri dan 6 orang anak kesemuanya. Petang tu aku keluar ke bandar Segamat bersama isteri untuk membeli water heater bagi mengganti wang sudah rosak. Sebelum membeli water heater aku singgah minum bersama isteri. Aku makan mee bandung dengan air barli dan isteri aku makan satay dan udang goreng tepung berserta sotong goreng tepung, aku pun tumpang juga makanan yg isteri oder.. Sedang aku menikmati makanan, aku telah menerima panggilan talipon dari Usop yang datang ke Segamat untuk menjemput isterinya yang menghadiri kelas membuat cake. Aku terus ajak Usop untuk sama2 minum bersama aku. Selepas makan dan minum aku dan isteri mengajak Usop dan keluarga singgah ke rumah aku di kg Gelang Cincin. Usop tidak menghampakan dan singgah rumah aku. Selepas semuanya solat maghrib dan mandi, kami duduk sebentar sambil minum teh o dan...

Allah azab anak lebihkan isteri, lukakan hati ibu - NERAKA JIKA ABAI IBU

Imej
Nampaknya telah dari 9 hingga 12 Mac, aku memberikan laluan supaya kawan-kawan lain membuat entri, tetapi tak ada cerita. Jadi aku meneruskannya. Kali ini aku menceritakan tentang ibu. Bagi kita yang masih ada lagi ibu dan bapa sama-sama kita mengingati kasih seorang ibu terhadap anak-anak tidak ada tolok bandingnya. Bagi kita yang sudah kematian ibu dan bapa jangan mengatakan tanggungjawab kita telah selesai. Mari kita sama-sama membuat amal jahriah untuk disedekahkan pahlanya untuk ibu bapa kita. Begitu juga kita janganlah lupa menghadiahkan pahala membacakan surah al-fatihah dan al-ikhlas selepas kita menunaikan solat lima waktu. Kita tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menghadiahkan bacaan al-fatihah itu. Aku rasa ianya tidak menjejaskan atau kerugian kepada kita. Allah memberikan pahala kepad kita yang membacakannya dan pahala yang kita hadiahkan kepada arwah ibu bapa kita. Setiap orang yang ingin memasuki syurga perlu mendapat keredaan Allah terlebih dahulu. Bagi sese...

ANGKARA MAKHLUK BERNAMA SYAITAN

Malam ini aku teringat kisah kehidupan kita semasa di SMSJ dahulu di mana selalu digembar-gemburkan dengan cerita-cerita hantu, pontianak dan penanggal. Macam-macam versi dapat didengar yang mana kata terlihat pontianak terbang, ada terlihat penanggal dengan perut terburai di tepi tingkap dan ada pula kehilangan duit sebab dicuri oleh toyol. Jadi di sini aku ingin berkongsi maklumat serba sedikit akan hal sebenarnya. "Wahai anak-anak Adam, janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga,sambil ia memyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka!" - Surah al-A'raf 7:27) Ayat di atas menunjukkan bahawa syaitan adalah makhluk yang hidup di alam ghaib dan manusia tidak dapat melihat mereka walaupun mereka dapat melihat manusia. tetapu kedu-dua makh...