Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel info

Karnival Pendidikan Aeroangkasa

Imej
Salam. Maaf kerana lama tidak menghantar entri ke blog kita ini. Namun demikian, pada hari ini, 5 Mac 2011 , saya ingin mengajak rakan-rakan semua untuk berkunjung ke Batu Pahat. Terutamanya bagi mereka yang berminat dengan bidang Aeroangkasa. Bawalah anak-anak bersama untuk membuka minda mereka dengan lebih jelas lagi tentang bidang ini. Di samping itu, terdapat juga peluang pekerjaan di mana temuduga terbuka juga akan diadakan bagi beberapa jawatan yang ditawarkan. Kalau tidak berkesempatan untuk datang pada hari ini, datanglah esok. Untuk butiran lanjut, sila rujuk pada butiran di bawah.  Jom kita ke Batu Pahat...

BUAH DELIMA

Imej
Terlebih dahulu aku minta maaf dengan Usop kerana naluri aku dengan dia hampir sama. Aku tergerak untuk membuat n3 malam ini kerana lama tak menaip. Rupa2nya Usop juga n3 selamat hari guru pada malam ni juga. Walau macamana pun aku tak kira aku nak menaip juga malam ni. Aku tak pandai mereka cerita atau gurindam, tapi sekadar cerita dari pembacaan saja. Malam ni nak cerita pasal 'buah delima'. Buah ini berasal dari Iran, Afghanistan dan kawasan di sekitar Himalaya. Kini boleh didapati di negara beriklim tropika dan subtropika. Khasiat makanan Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat sebagai minuman jus, sirap, sos, campuran salat buah dan sayur serta rojak. Ia mempunyai kesan merencatkan pertumbuhan bakteria. Mengandungi tanin, asid sitrik, vitamin C dan asid borik. Khasiat ubatan Jusnya diminum untuk merawat penyakit demam panas, batuk, ulser mulut dan melawaskan buang air besar Air rebusan kulit diminum untuk mengubati penyakit cirit-birit dan disenteri, sakit perut, ...

SELAMAT BERCIUM-CIUMAN

Imej
Malam ni aku nak buat cerita pasal bercium pula. Lain kali aku cerita khasiat buah-buahan lagi. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan bercium bagi kesihatan? Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika bercium, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. Berciuman yang berlansung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. Lagi...kelebihan berciuman....huhuhu! Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepad...

PISANG SEJUTA MANFAATNYA

Imej
Bagio dengan sistem toolsnya berkenaan menu. Aku pula tertarik nak cerita tentang buah. Kalau yang lepas aku cerita tentang peria, kali ini aku nak cerita tentang pisang pula. Buah pisang merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Daun pisang sering digunakan sebagai alas makanan kerana ia mempunyai bau yang harum apabila dibaluti makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, atau pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat. Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit serta mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni. Buah pisang yang masak boleh dimakan begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Menurut kajian,...

PERIA - Pahit tapi Berkhasiat

Imej
Sekali lagi aku memenuhi permintaan Bagio (Pak Roslan) untuk n3 baru. Setelah ditimbang2kan aku pun mencari idea untuk n3 baru sedangkan malam tadi baru saja aku n3 kisah Tenaga Kerja Asing. Itu pun setelah melihatkan Administrator blog ini terlalu sibuk dengan urusan seharian dan pening2 lalat.. Nanti jika beliau telah selesai urusannya maka aku pula berehat. Kali ini aku nak cerita tentang hal Peria. Peria yang aku maksudkan bukannya lelaki tetapi sayur yang kebanyakan kita tidak mengemarinya. Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya. Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protin, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Jenis peria yang digunakan adalah peria yang dipanggil oleh kebanyakan kita orang Melayu peria katak. Ianya bersaiz kecil. Banyak dijual...
Imej
  Malam ini aku entri mengenai seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Dato Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian. Untuk makluman YB Dato Ahmad Maslan bertanggungjawab terus kepada FELDA, iaitu majikan aku. Terus terang aku katakan aku mengenalinya tetapi YB tidak mengenali aku. Tapi tak apalah tu, apa yang aku nak ceritakan ialah YB Dato Ahmad Maslan adalah x SMSJ Kluang, Johor. Tapi aku tak pasti YB keluaran bila. Aku rasa tentu ramai dikalangan kita mengenali YB Dato Ahmad Maslan lebih-lebih lagi kalangan kita yang berasal dari Pontian, Johor. Macam Kang Asri (PW) dan Bro Mohsin tentu mengenalinya. Bro Mohsin kalau nak suntik lagi projek Ternakan Kambing cuba-cubalah dengan YB Dato Ahmad Maslan. Sedikit tentang Ahli Parlimen Pontian ini bersama FELDA, YB sudah sinonim dengan tradisinya menginap di rumah peneroka untuk menyelami kehidupan masyarakat di tanah rancangan dengan kata lain YB suka turun padang. YB juga melakukan aktiviti menginap di rumah peneroka d...

BERANI UNTUK GAGAL

Gagal! Tidak berjaya! Sudah pasti tiada manusia di dunia ini yang suka akan kegagalan. Kegagalan mendorong manusia sentiasa bersikap negetif kerana ia membuat kita berasa sedih, marah, kecewa, sakit hati dan sebagainya. Namun, ramai antara kita tidak sedar bahawa kegagalan adalah guru yang terbaik. Perasaan takut menempuh kegagalan boleh menghalang manusia daripa mengambil langkah untuk memperbaiki kehidupan. Memang agak mustahil bagi seseorang untuk mengubah dan membaiki hidupnya jika dia tidak berani untuk menempuh kegagalan. Kita seharusnya faham kegagalan itu mempunyai aspek yang positif. Kegagalan memberikan satu pengajaran untuk mengubah dan membentuk kehidupan yang lebih baik lagi pada masa hadapan. Kegagalan sebenarnya adalah satu proses pembelajaran, maka kita perlu menghadapinya. Tiada short cut. Kita mesti akan merasai kegagalan itu juga suatu hari nanti. Kegagalan juga adalah satu fitrah. Perkara semulajadi yang pasti akan berlaku. Ia adalah ujian. Apabila kita menerima uj...

INFO TERKINI: KHASIAT PELUK ISTERI

Info ini adalah untuk yang dah berkahwin...yang belum kena cepat2 kahwin. Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang2nya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang pada 28 Oktober 2009. Hormon endorflin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit da...