Ahad, 26 Oktober 2008

Mohd Razif Yahya aka Atuk

Isnin lalu dapat email dari Razif Yahya beritau dia akan ke JB atas tugas dari hari Isnin hingga Jumaat. Rasa gembira kerana dia nak jumpa dengan aku. Terus SMS dia agar perjumpaan pada hari Rabu malam. Dia bersetuju. Aku mulalah contact semua member2 yang ada kat JB untuk joint sekali. Cuma Batan sorang aje yang available jadi aku pun pergilah berdua aje dengan si Batan jemput Atuk kat hotel M Suite.

Wajah ceria Batan dapat berjumpa dengan Atuk

Atuk bertugas dengan Telekom Malaysia. Selalu ke JB sebab dia terlibat dengan perancangan pembangunan kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya. Dia tinggal kat Seremban tapi ofis kat Bangsar. Anak2 dia semuanya kat Universiti Al-Azhar Mesir cuma yang kecil aje masih bersekolah. Atuk macam dulu juga ceria, senang berjumpa & berbual juga low profile walaupun punya banyak pengalaman bertugas di luar negara. Kami bersembang sambil minum kopi kat Danga Bay dari pukul 11-00 mlm hampir ke pukul 2-00 pagi itu pun rasa macam tak puas lagi. Seronok rasanya dapat berjumpa kawan2 lama dan berharap dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi rakan2 lama pada 13 Disember nanti.

8 ulasan:

Azida berkata...

Dah besar dah razif yang cute dan pemalu dulu.....

Noorsham berkata...

Atuk...lama tak jumpa hang(ckp org utara skit..hehe). Kalau pi utara..kita pekena teh tarik utara plak ok..Hari tu dah chek dgn kawan, memang ada doktor pakar sakit puan nama Md. Rous Abd. Majid kat hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani. Nanti nak pi n chek samada betul Md. Rous member lama kita tak.

Azida berkata...

Dah besar dah razif yang cute dan pemalu dulu.....

kembara kelana berkata...

atuk
entah kau ingat atau tak pada aku....ahhh takisah lah tu...tapi bila aku tengok gambar kau...memang sesuai dah gelaran atuk tu...hahahaha...jumpa nanti..tahniah said..kau memang hebat mencari kawan lama kita..salam

Azida berkata...

Salam. Boleh x kalau aku cadang supaya dibawah gambar kumpulan kelas kita tu diletakkan nama. Baru seronok tengok. Aku ni nama budak lelaki la yang tak berapa nak masuk kepala...maklum la zaman tu... Ada sape2 yang boleh ingat semua?

kembara kelana berkata...

azida akan aku usahakan...kena ambik masa sikit..tapi cadangan tu memang bagus...yang aku pulak budak perempuan lansung blank...ada sikit sikit jer yang aku ingat..nanti aku tanya mereka yang kuat ingatan.

Azida berkata...

Aku pun ramai yang tak berapa ingat..mungkin ada yang salah nama n rupa, hehehehe...maklum la dah 30 tahun

Salleh Yahaya Aljahsyi berkata...

Maaf saya mencelah. Saya adalah rakan lama En Yahya Sadikon di ITM (1980-83).Jika tuan/puan ada no contact harap dapat share dgn saya. Kami terputus hubungan hampir lebih 39 tahun. TQ. SALLEH BIN YAHAYA 012 340 3340