Isnin, 6 Oktober 2008

PERTEMUAN HARI RAYA DI RUMAH LATIFAH SAUBI

Untuk julung kalinya perjumpaan Hari Raya diadakan oleh bekas pelajar SMSJ SPM/MCE 1978. Usop adalah individu yang bertanggung jawap mencencetuskan idea untuk mengadakan perjumpaan yang julung kalinya diadakan. Pada asalnya perjumpaan diadakan hanya untuk Azman Wahab,aku dan Latifah sahaja. Tetapi apabila dimaklumkan kepada beberapa orang kawan lain, rupa-rupanya yang lain pun nak join sekali. Bukan apa, Cuma tak nak menyusahkan kekawan lain yang dating dari jauh. Tetapi rupa-rupanya anggapan kita orang meleset.

Lokasi perjumpaan ialah di Kluang. Usop berkorban untuk datang ke Kluang dari Rompin. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Begitulah kesungguhan Usop.

Lokasi Kluang dipilih adalah kerana Latifah dan Azman tinggal di Kluang. Dan aku sendiri pun beraya di Kluang. Mertua aku di Kluang. Ibnu berada di Bandar Tenggara iaitu kira-kira 50 km dari Kluang.

Paling aku respek adalah Usop, Sukimin dan Sukri Mutamin. Sukimin datang dari Masai, Sukri dari Muar dan Usop dari Rompin. Andai bukan kerana semangat mereka untuk mengeratkan silatulrahim diantara kekawan dah tentu mereka ini tak akan sampai ke Kluang pada Hari Raya KeTiga di mana biasanya orang kan sibuk menziarahi sanak saudara pada waktu ini. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos petrol pada hari ini.

Latifah mengalu-alu supaya pertemuan ini diadakan di rumahnya, di Taman Kluang Barat. Kita pun maklum yang dia adalah isteri agak sukar keluar rumah. Dia bersusah payah menyediakan juadah untuk pertemuan ini.

Diantara perkara yang menyentuh hati aku dan juga kekawan adalah suami kepada Latifah, Abang Ramli. Dia tak berapa sihat. Beliau mengidap sakit saraf. Abang Ramli bekas polis. Memohon bersara awal disebabkan kesihatan. Beliau mengalami masalah untuk bergerak dengan selesa. Aku tak sampai hati untuk bertanya kesengsaraan yang dihadapinya. Mari kita doakan semuga suami Latifah sembuh segera dan sahabat kita ini sabar menempuhi dugaan Allah.


Inilah yang hadir di rumah Latifah
Dari kiri: Sukimin, Ibnu Hajar, Aku, Latifah, Abg Ramli (Suami Latifah), Yusof, Azman & Sukri



Dalam pertemuan ini aku dapat jumpa kekawan yang hampir genap 30 tahun tak pernah jumpa. Aku rasa genap 30 tahun akan jatuh pada bulan Disember ini. Maklumlah kita habis SPM pada awal Disember dulu. Mereka adalah Usop, Sukri Mutamin, Ibnu Hajar dan Azman Wahab. Masing-masing dah berubah. Ada yang pakai songkok aje dan ada yang sengaja pakai baju besar nak sembunyikan perut kedepan.


Dari kiri: Usop, Sukimin, Sukri dan Ibnu Hajar

Yang paling menarik adalah keadaan riuh rendah di rumah Latifah bila kenangan lama diungkit semula. Masing-masing lupa. Anak-anak ada bersama dan mendengar rahsia bapa masing-masing masa remaja dulu. Isteri masing-masing tersenyum mendengar kisah suami masing-masing.


Dari kiri: Latifah dgn Rohaya (isteri aku) dan duduk kat bawah anak bungsu Latifah

Dari pemerhatian aku, hanya Sukri Mutamin sahaja yang tak berubah rupa. Wajahnya tak banyak berubah. Macam semasa berumur 17 tahun juga. Sukimin pun sama. Yang lain semuanya berubah. Termasuk aku kot.


Inilah yang hadir: Dari kiri, Sukimin, Ibnu, Aku, Usop, Azman, Sukri dan duduk: Latifah

Perjumpaan hari itu ditutup kira-kira jam 1.00 tengahari kerana azan Jumaat dah berkumandang. Perjumpaan ini amat bermakna sekali bagi kita orang.


Sebelum berpisah kami sempat bergambar bersama pasangan masing-masing kecuali yang duduk tu masih solo.


Usop sempat singgah ke rumah Sukri di Muar. Di rumah Sukri dia berjumpa dengan Ghazali Husin. Ghazali memang tak diberi tahu. Bukan apa, kerana dia tinggal di Jasin. Rupa-rupanya kalau dia tahu tentang perjumpaan ini, dia pun akan turut serta. Maaf la Ghazali. Aku under estimate kau.

Md Khir pun ada menyatakan hasrat untuk perjumpaan ini tetapi oleh kerana dia beraya di Kedah maka hasrat beliau terbantut.

3 ulasan:

fati berkata...

Kami (budak pompuan)panggil latifah dgn gelaran tippip.tadi Zauyah email aku, katanya, rumah dia dekat dgn rumah tippip. Dia ingat aku pi umah tippip jugak(aku cerita kau org beraya kat umah tippip).Seronoklah, M1 dah jumpa, kami M2 belum lagi...belum ada kepala nak mula kot, aku ni jauh, kalau dok kat johor lagi, insya allah aku usahakan , sbb diaorg masih ramai di johor, dan lagi aku ni isteri....nak buat ape2 kena minta permission dulu. Tapi kalau kau org nak berkumpul kat umah aku , no problem punye...welcome2

Said Ahmad berkata...

kenape tak inform aku? bukan jauh sangat batu pahat dengan kluang tu!!!! aku ada kat rumah mentua dari raya ke2 lagi. tapi tak apelah mungkin lain hari aku boleh pergi sendiri ke kluang. raya pun sebulan. no problem. syabas usop kerana berjaya menjayakan perjumpaan ini.

iss berkata...

Salam semua,
Lihat gegambar kekawan... rasa cemburu lak, coz dapat berkumpul sedemikian. saya.... tak janji lagi bila akan berkesempatan.
Dan yang respect tu adalah latifah.... dari masa sekolah lagi, dia memang periang. Walau suara agak nyaring, tapi dia tidak kedekut untuk menolong. saya laaa selalu mengecek pertolongannya.
Maka... begitu laaa juga rajin nya dia menyediakan juadah untuk menyambut kahadiran kekawan.
Bila agak nya kita akan berkumpul sedemikian kat umah Fati ke... Insiur Member ke...
Apa pun, wish U all the best,
& take care.
- iss