Selasa, 21 Oktober 2008

Jumpa Prof Dr Arbakariya Arif

Sebelum ke rumah Aini aku telefon Dr Arbakariya. Rupa-rupanya dia dalam perjalanan balik dari Ipoh. Dia ada tugas di Ipoh.

Dia sampai di Lembah Kelang jam 10.00 mlm. Cuaca pada masa ni selalu hujan. Itu menyumbang kepada kelewatan beliau.

Disebabkan kelewatan ini maka beliau rasa tak selesa untuk datang ke rumah Aini dan minta kau sampaikan salam kepada Aini.

Dalam perbualan aku dengan Dr Arbakariya, aku maklumkan bahawa aku ingin sangat jumpa dia, maklumlah dah 30 tahun.

Dia ajak aku dan Fuad ke rumah dia. Dia tunggu di tempat yang dijanjikan dan sampailah ke rumah dia.

Prof. Dr. Arbakariya Arif adalah sama sebijik macam Arbakariya Arif semasa 30 tahun dahulu!! Bukan sahaja saiz badan tetapi perangai pun macam dulu jugak. Ketawa dia macam dulu, cara bercakap macam dulu juga.


Fuad, Dr, Arbakariya & Isteri

Prof. Arbakariya dikurniakan 7 cahaya mata. Dah besar2. Yang bungsu setakat ini 4 1/2 tahun. Hebat anak Bugis Renggit ni!!

Isteri beliau sangat ramah. orang Port Dickson. Jam 11.00mlm dia sanggup gorengkan karipap. Isteri dia join sama bersembang.
Jam 12.00mlm aku dan Fuad minta izin untuk beredar kerana esok masing-masing akan menjalankan tusas seperti biasa.

Terima kasih kepada Prof Dr. Arbakariya dan isteri yang melayan kami dengan penuh mesra. Semuga dia sejahtera selalu.. Amin..

6 ulasan:

mohdkhirmatnor berkata...

Salam.
Member sempat menziarah aku ahad lalu. Terimakasih kerana sudi ke teratak aku.Beritahu last minit maka aku dan keluarga tak dapat merai betul2.Itu yang tak syok tak dapat sembang lama2.
Rindu aku pada Fuad dan Dr. Arbakariya.Nampak gambar aje. Entah bila boleh jumpa tuan punya diri. Aku pun ingin jumpa yang lain.
Aku ada ke Banting dua tiga kali. Tak sangka pulak Wak Januri dan Zainudin ada di sana.
Besar harapan masing2 lapangkan masa bawa suami/isteri dan anak2 pada 13hb disember nanti.

kembara kelana berkata...

tahniah, kerana kawan kawan dilembah kelang saling ziarah menziarahi...terkelip kelip mata aku di hujung dunia, dikuala rompin ni, yang lebih tragis, fuad tipon pulak sebelum sampai rumah aini saleho..aku pun menghirup air kopi sambil merenung dalam kejauhan..walaupun aku memandang laut cina selatan yang tenang...namun kenangan aku kepada semua kawan kawan di sms bergelora semula...oh indahnya dapat berjumpa kawan kawan semua... cuma tak nampak og manan, saadiah, junior kita, kelas 5e dll...aku ada kerumah husin mian..masa balik muar raya ke 3 tempuh hari, tapi dia dah balik KL...anyway...terima kasih aini jadi tuan rumah dan kawan kawan semua...yg paling hebat wak januri pakai songkok menutup sesuatu di kepalanya atau dah jadi bomoh ? Iss...selamat ke tanah suci...fati..jumpa di tm mac nanti, masak sedap sedap...wak mimbar...kau memang jurutera struktur yang hebat..setakad ni banyak dah kau strukturkan pertemuan kawna kawan kita...mat khir, aku suka dengar suara halus kau dulu...hahahahaha
salam

fati berkata...

Aku tertunggu-tunggu Usop komen...aku dah agak dah lebih kurang apa yang Usop rasa...jangan risau Sop..13 Dec ni insya allah kita jumpa ramai-ramai di smsj Kluang.
Tipip pun baru sms aku...bila dia tengok gambar2 ni dia rasa rindu sangat pada kekawan, dia minta no. tel aini dan Iss lagi dari aku.

Citera Alam berkata...

Assalamualaikum
Tahniah dan syabas sebab kome dah dapat berhubung . Temanpun nak joint the club tapi virtual sajalah sebab susah nak ke KL /Johor . Teman yakin ramai tak kenal teman sebab tak popular . Teman dulu di 5M2 (78) dan 6Atas (80) Teman cuma nak khabo , sekarang ni teman di Kuala Kangsor The Royal Town of Perak , ngajor Physics di SMK Clifford . Dah 23 tahun teman ngajor Physics tapi ntah bila nak dapat tittle Professor Dr macam dema tu ....hehehe...Kalau kome ke utara singgahlah le kat sekolah teman , boleh sembang cerita lama . Sekolah teman di depan bus stand / taxi stand . Sebelum ni teman kat MCKK , ngajor sama dengan Ustaz Ariffin (dia ngajor kita masa form 2) dan Mr Ooi (ngajor Bio di Upper Six)La ni ustaz dah balik Kedah dan Mr Ooi pulak pengetua di Sg Siput . Teman cuma cikgu biasa , orang kecil saja , belumpun capai tahap DG52 macam dema tapi teman amat berbangga dengan kome dan dema sebab dah jadi orang besar-besar , isteri orang besar-besar , pendek kata semua besar-besarlah . Masa di MCKK teman dapat tahu Sukimin di SMKRMM tapi tak pernah jumpa secara langsung . Teman pernah terserempak dia dan isteri berlalu dalam kereta tapi teman tak berani respond sebab masa tu teman baru jadi orang Perak . Lepas tingkatan 6 , teman belajor kat UM dengan Bakyah dan Zaid Jais (Aruah) Teman baru saja tahu dia sudah tiada . Takziah dari teman untuk keluarganya . Dia dulu kurang bercakap , cuma tersenyum saja . Teman tak berani nak sembang . Nampaknya dia pergi dulu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ,amin .
Teman doakan kome berjaya mengadakan majlis itu . Teman tak pasti boleh hadir atau tidak .
Sekian , salam dari utara.

Sukimin berkata...

Dah 23 tahun kat kuala kangsar! Macam mana boleh aku tak jumpa kamu alimah? Teman posting kat rmm tahun 84 sampai le 1990. Maknanya kamu kat situ dari 1985. Mr. Ooi tu teman ada le jumpa masa teman jadi ketua pengawas praktikal spm kat mckk.
Clifford tu antara musuh teman dalam game softball selain rpk dan tsung wah. Kirim salam pada salim dan fauziah (kalau ada lg di situ)

Sukimin berkata...

Dah 23 tahun kat kuala kangsar! Macam mana boleh aku tak jumpa kamu alimah? Teman posting kat rmm tahun 84 sampai le 1990. Maknanya kamu kat situ dari 1985. Mr. Ooi tu teman ada le jumpa masa teman jadi ketua pengawas praktikal spm kat mckk.
Clifford tu antara musuh teman dalam game softball selain rpk dan tsung wah. Kirim salam pada salim dan fauziah (kalau ada lg di situ)