Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hanya omongan

EDIBLE GARDEN JIMAT PERBELANJAAN HARIAN

Betul yang dikatakan Kang Asri (PW), nampaknya blog kita seperti sunyi sepi dan malap. Adakah ini kerana adminnya sedang sibuk berpindah, atau kita sibuk bercuti CNY, ataupun kita telah jemu? Semua itu terjawab oleh kita sendiri. Tapi tidak apa malam ini aku cuba masukkan satu entri yang mana tidaklah hangat atau hebat kisahnya. Ini cuma kisah biasa saja, tidak ada kelebihannya. Projek Edible Garden atau Taman Dapur yang dicetuskan oleh PM kita pada tahun 2008 ketika itu TPM untuk dipratikkan oleh masyarakat FELDA khususnya peneroka telah menimbulkan semangat cinta kepada bumi. Perubahan ketara sosio-ekonomi membabitkan peningkatan kuasa beli mendorong mengambil jalan mudah membeli sayur-sayuran berbanding situasi yang memaksa bermandi peluh bercucuk tanam bagi mengurangkan belanja dapur. Memanafaatkan persikitaran halaman rumah dengan pelbagai jenis sayur-sayuran boleh mengurangkan perbelanjaan dapur kita disamping kita boleh mendapatkan bekalan sayur-sayuran yang segar. Kita tidak...