Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pertemuan

BERTEMU RAKAN KITA DI MAJLIS WALIMATUL URUS

Imej
Alhamdulillah, pada hari Sabtu 25 Jun 2011, Majlis Walimatul Urus anakanda saya telah selamat dijalankan. Dengan izin ALLAH, segalanya telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Pada kesempatan ini, saya bersama suami serta keluarga mengucapkan syukur dan terima kasih kepada rakan-rakan di atas segala doa dan ucapan... Kepada rakan-rakan yang berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut, ribuan terima kasih saya ucapkan...  Saya dan suami bersama A. Razak dan Norela ( Norin).  Bersama Mohd. Said dan Sameha.  Bersama Azimah (isteri Yahya Selamat).  Bersama Roziah Tawil (5E2).  Bersama Yahya Sadikon  (5M1). Selain daripada mereka ini, Yahya Selamat dan senior kita, Md. Radzip bin Abd. Ghaffar, serta junior-junior kita, Rayhana Mohd. Noh (1981), Faridah bte Ghazali (1982), Norliza bte Dato' Sulaiman(1982) dan Siti Hawa bte Ruslan(1982) juga hadir ke majlis ini... Terima kasih semua...

Mohd Fadzullah Hamid aka Maha

Imej
Malam semalam ( 31/07/2010 ) dapat berjumpa dengan Maha setelah sekian lama. Antara yang bersama-sama ialah Azman Rahman & Esa Kahar. Foto2 yang di bawah untuk tatapan sahabat2 yang sekian lama tidak bertemu dengan dia. Pagi tadi sempat bersarapan dengan Maha, isteri & anak bongsunya berdekatan dengan hotel penginapannya kat KL.

HAPPY BIRTHDAY, HAFIZAH

Imej
Salam semua. Sudah agak lama saya tidak menyumbangkan apa-apa entri untuk blog kita. Maaflah, bukan kerana tiada masa terluang atau atas sebab2 kesihatan... Saya semakin sihat walaupun tidaklah boleh sembuh 100%, namun ALLAH telah mengurniakan saya  keupayaan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. ALHAMDULILLAH. Seperti yang tercatat dalam entri sebelum ini, hari ini adalah Hari Lahir Aliah  (5E2) dan Hafizah (5E1). Walaupun kita belum dapat menerima apa-apa kabar berita tentang Aliah, saya juga mendoakan agar Aliah sentiasa diberikan perlindungan Allah, diberkati selalu dan sihat wal'afiat hendaknya, Ameen. Happy Birthday, Aliah. Tahun 6A SK Tengku Mariam (1973) Baris belakang -no. 2 dari kanan ialah Hafizah. Baris tengah- dari kanan no. 5 ialah Azie dan no.15 ialah saya.  Mungkin ramai di antara rakan-rakan sekelian yang tidak mengetahui bahawa Hafizah adalah rakan sekelas saya sejak dari sekolah rendah lagi. Sek Keb. Tengku Mariam Batu Pahat merupakan tempat kami m...

Bagio bertemu Jastan di Pasir Gudang

Imej
Dapat panggilan telefon dari Bagio pukul 1.30 petang. Dia berjumpa dengan Jastan di Kompleks Kastam Pelabuhan Johor, Pasir Gudang. Dia panggil aku join sekali makan tengahari dekat kafeteria kastam pintu masuk pelabuhan sebab Jastan bertugas hari ini. aku pun terus kesana dengan orang rumah aku. aku ada ambil gambar untuk tatapan kawan2 sekelian. Kepada semua Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.

MG di Rumah Arbakariya Arif

Imej
Mini Gathering ini diinisiatifkan oleh Mohd. Khir apabila Shukri Mutamim datang ke KL untuk berkursus. Dengan bantuan boss MG si Said Ahmad, maka semua diwar-warkan untuk hadir melalui kiriman emel dan SMS selain undangan melalui panggilan telefon oleh Bakariya sendiri. Yang hadir Shukri Mutamim, Said Bakar, Mohd. Noor, Said Ahmad, Noorsham, Mohd. Khir, Syed Mohamad, Jamalulail, Fuad, Yusof, Sha'ri, Sukimin, Member dan tuan rumah Arbakariya Yusof, Noorsham, Said Bakar, Fuad, Syed Mohamad dan Shukri Mutamim Shukri, Said Bakar, Said Mohamad, Noosham, Fuad, Member dan Yusof

Cadangan Perjumpaan Hari Raya

Ringkasan Mesej dari Said 1. Sila buka email anda dan lihat sebaran berita mengenai MG hari raya tahun ini 2. Said mencadangkan Perjumpaan hari raya pada 17.10.2009 sekali gus meraikan deepavali 2009 iya Ariff Dr" , "Azhar Shahrudin" , "Azida Aziz" , "Azman Rahman" , "Azman Rahman" , "Boo Chin Liong" , "Boo Chin Liong" , "Elias Othman" , "Farazah Mahmud" , "Fatimah Hashim" , "Faudziah Abd Manan Dr" , "Hishamuddon Shah Mahfar" , "Member Hj Sirat" , "Ibrahim Isa" , "Jamalullail Abu Bakar" , "Jamil Sien" , "Kamaluddin Mohamadon" , "Kamisan Mat" , "Kew Chee Kim" , "Khairul Anuar Md Amin" , "Lee Kim Tiong Dr." , "Malik Khiew Hj" , "Md E...

Melawat Ternakan Kambing Mohsin Bakar di Pontian

Imej
Aku sepatutnya memasukkan entry ni sebaik saja selesai masukkan entry mesy. kat smsj tu tapi belum pun siap entry tu aku dapat call daripada isteri tersayang aku yang dia kena warded kat Hospital Penawar Pasir Gudang. Terperanjatlah juga, tu yang terus ke hospital dulu tengok dia, darah dia ada naiklah tak tahulah apa sebabnya tapi Alhamdullilah sebelah petang dah turunlah sikit. Mungkin esok (Selasa) dah boleh keluar dah. So, aku sambung baliklah pasal entry yang ini. Hari Ahad yang lalu aku balik Pontian sekejap & tergerak pula nak cari sahabat kita Sarian Aman. Cuba hubungi dia tetapi tak berhasil, langsung aku cuba hubungi senior kita setahun Mohsin Bakar yang sudah bertukar arah kerjaya kepada pengusaha ternakan kambing. Sebaik sahaja aku dapat hubungi dia, dia terus mempelawa aku ke rumahnya di Jln. Parit Ibrahim, Pontian. Mohsin dulu bertugas sebagai Pengawal Trafik Udara di Jabatan Penerbangan Awam di beberapa lapangan terbang di negara kita dan tempat akhir dia bertugas ia...

Pertemuaan Yang Kebetulan

Imej
Selepas menghantar kawan anak aku ke stesyen bas Larkin, aku ke Larkin Sentral untuk menunaikan fardu maghrib. Selepas selesai menunaikan fardu maghrib aku lepak kat kedai makan sambil menonton berita. Sebaik ingin meninggalkan tempat makan aku ditegur oleh seorang wanita dengan memanggil nama aku. Terperanjat juga aku dibuatnya nasib baik dia bersama suaminya. Dia adalah Saadiah Ahmad. Aku memang tak kenal & tak perasan akan dia kerana selepas meninggalkan sekolah memang ini baru dapat berjumpa kembali. Aku berasa amat gembira kerana dia amat peramah sekali dalam perbualannya kerana dia lebih banyak bercakap berbanding aku hinggakan dia masih tak makan lagi apa yang dah dipesannya walaupun juadahnya dah tersedia di depannya. Sebelum meninggalkan dia aku sempat mengambil gambar ini bersama dia & suaminya.

MG Dengan Junior - Azhar Amin

Imej
Aku lama juga tak ada masuk entry dalam blog. Maaf selalu on the move. Balik dari Tioman Sabtu lalu aku dapat sms dari Azhar Amin dari Penang nak jumpa aku Ahad malam Isnin kat JB. Aku kata Ahad tak boleh sebab baru nak balik dari tengok F1 di Sepang. So tukarlah hari Isnin malam. Kat Sepang aku kena hujan yang amat lebat dah tu terus balik JB malam tu juga apalagi tumbanglah jawabnya. Tapi pasai dah janji aku turn up juga dengan Batan. Dia pun sempat telefon member batch dia si Wahab so malam tu kita orang pun pergilah bawa dia pergi makan seafood kat Straits Garden sebelah Danga Bay. Si Azhar ni junior kita setahun kelas M. Dia main hoki di sekolah dulu lepas tu serumah dengan aku dan Batan di KL semasa belajar kat UTM. Tapi selepas UTM memang aku tak pernah jumpa dia. Kali ni dapat berjumpa memang rasa gembira yang teramat sangat. Jom,jom,jom.................... buat MG kat KL / Kajang / Bangi / Shah Alam / Serdang / Sg. Petani / Johor Bahru / Batu Pahat / Melaka ?????? Rindulah tak...

Jumpa Nasrudin

Imej
Tadi masa aku pergi ke SSP nak jemput anak aku balik over the weekend, aku sempat bertemu dengan Nasrudin. Anak aku form 3, anak dia form 4. Lepas kita orang beri nama anak masing-masing untuk dibuat annoucement, kita orangpun bersembanglah. Walaupun singkat tapi banyak jugalah yang sempat diceritakan..... Bila jumpa dalam asrama, segeralah kita berdua teringat zaman sekolah dulu. Sebab masa kita jumpa tu anak dia tengah ada kelas add maths, maka pemula cerita pun pasal add maths jugalah. Jadi keluarlah nama-nama cikgu yang pernah ajar kita add maths macam Cikgu Nordin, Cikgu Husin Lazim dan Pn. Sim Gam Poh. Hmmm dalam waktu yang singkat tu, sempat juga soksek pasal YB Ahmad Maslan yang baru aje dilantik menjadi Timbalan Menteri. YB ni masuk form 1 kat SMSJ pada tahun 1980. Dia sama batch dengan Zainal Alam (Astro) dan Arab (pencipta lagu dan penyanyi lagu Bila Bulan Berwarna Biru). Pada yang tak ambil form 6, mungkin tak kenal dia orang. Tapi yang buat form 6 pun aku rasa ada yang tak...

Melawat Dr. Sha'ri di KPMC, Kajang

Imej
Sha'ri di samping isteri dan anak bongsunya Lokman dan Irfan - dah macam lama berkawan budak dua orang ni Pagi tadi aku berkesempatan melawat Sha'ri di Bilik Berlian Kajang Plaza Medical Centre. Aku tahu mengenai kemasukan dia ke spital bila baca emel yang dikirim oleh Mohsien Sies. Terus aku kol Sha'ri dan bila confirm dia masih kat wad, aku terus SMS kepada beberapa orang rakan. Rupanya ramai juga rakan yang dah tahu tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Sha'ri kata dia warded sejak hari Isnin. Masa tu keadaan dia memang teramat teruk tapi alhamdulillah semakin hari semakin pulih dan masa aku datang keadaan dia dah agak cergas. Dia kata mungkin kena gigit dengan nyamuk aedes tu masa menebas kat tepi rumah selepas balik dari kerja. Waktu pertukaran terang ke gelap tu kan waktu yang paling digemari oleh si aedes. So moral of the story ...jangan menebas! Hehe gurau aje.

Mohd Razif Yahya aka Atuk

Imej
Isnin lalu dapat email dari Razif Yahya beritau dia akan ke JB atas tugas dari hari Isnin hingga Jumaat. Rasa gembira kerana dia nak jumpa dengan aku. Terus SMS dia agar perjumpaan pada hari Rabu malam. Dia bersetuju. Aku mulalah contact semua member2 yang ada kat JB untuk joint sekali. Cuma Batan sorang aje yang available jadi aku pun pergilah berdua aje dengan si Batan jemput Atuk kat hotel M Suite. Wajah ceria Batan dapat berjumpa dengan Atuk Atuk bertugas dengan Telekom Malaysia. Selalu ke JB sebab dia terlibat dengan perancangan pembangunan kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya. Dia tinggal kat Seremban tapi ofis kat Bangsar. Anak2 dia semuanya kat Universiti Al-Azhar Mesir cuma yang kecil aje masih bersekolah. Atuk macam dulu juga ceria, senang berjumpa & berbual juga low profile walaupun punya banyak pengalaman bertugas di luar negara. Kami bersembang sambil minum kopi kat Danga Bay dari pukul 11-00 mlm hampir ke pukul 2-00 pagi itu pun rasa macam tak puas lagi. Seronok r...