Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel profil

Zulkarnail Zakaria@an 2008(1e2 - 3e2)

Serba sedikit tentang diri saya. Setelah keluar dari SMSJ 1976 - saya bersekolah di High School Muar sehingga MCE . Kemudian MP Seri Kota Kuala Lumpur dari 1980-1982. Mula bertugas sebagai guru di Kota Tinggi mulai 1982. Sekolah luar bandar yang tiada bekalan api dan air. Kemudian berpindah ke JB pada 1987. Dan sekarang mengajar di SK STAR 2 JB. Ada 4 orang cahaya mata. 2 lelaki dan 2 perempuan. Baru sahaja memperolehi ijazah pada ogos 2008.Dah tua baru dapat ijazah.

ROSLIE AHMAD & MUSTAFA KAMAL AHMAD 5E1

Imej
Salam kawan-kawan Semalam aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan2 kita yg telah dikesan di Melaka & Seremban. Salah seorangnya adalah Mustafa Kamal yg bertugas di Agro Bank Alor Gajah Dah ada tiga anak tp berada dgn isterinya di Rengit Batu Pahat kerana tugas.Jadi kawan kita ni duk bujang aje di Alor Gajah. Dia tak dapat nak join pd 1312 ni kerana ada family day bank pd hari 1312 walaupun hati berat nak join tp apa nak buat. Seorang lagi adalah Roslie Ahmad yg bertugas di Sek Men Sains Seremban Dia ni merupakan pemain hoki Sains Johor yg gambarnya telah dipublishkan oleh Sukimin tempohari Dia akan hadir pd 1312 nanti. Kat sini aku ada postkan gambar diaorang mas a perjumpaan tersebut

ABD RAHMAN MOKHTAR

Imej
Aku ambil kesempatan masa aku di KL untuk mencari seorang lagi kawan kita ini. Minta bantuan daripada Kamisan Mat. Alhamdulillah dengan kebesaranNya aku dapat berjumpa dengannya di pejabatnya di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Dia masih mesra saperti dulu cuma fizikal dia dah banyak berubah almaklumlah seorang korporat yang amat berjaya. aku tak bawa kamera maka tak adalah gambarnya tetapi selepas hampir 4 jam berborak kat ofis dia aku dan isteri pergi makan dengan dia dan masa tu dia ada ambil gambar dengan kamera handfon dia. Bila dia email gambar yang dia ambil tu aku akan post balik dalam blog ni.

Maklumbalas Daripada Farazah Mahmud

Terima email daripada sahabat kita yang baru dikesan. Setelah 30 tahun Berlalu From:"Fara Mah" charade4000@yahoo.com To: masajb45@yahoo.com Assalamualaikum, Thanks for the sms. Tahniah kerana telah berjaya menjejaki saya. Terima kasih kerana still mengingati saya. But betul ke U masih ingat or kenal saya ni? I doubt it sebab saya cuma spent 2 tahun aje di SMSJ and agak low profile sikit @ tak mesra alam. Rasanya ramai yang tak berapa ingat and kenal saya. Macam saudara Md Khir Md Noor - serious saya memang tak ingat! Bila tenguk gambar dia dlm blog, barulah saya tahu yang dia dari kelas M1 dan kini bertugas di kendalian Teknik, RTM. Anyway, salam perkenalan untuk semua! Mengimbas kembali selepas MCE. Selepas MCE, saya mengambil diploma Kej. Elektrik di UTM. Semasa di UTM ni, adalah saya berjumpa dengan Zaiha dan jumpa Azman (masa tu Azman jumpa budak SMSJ juga). Lepas grad tahun 1982 - 1983 - saya bertugas di Hospital besar JB. Tahun 1983 -1985 - Saya buat degree di USA. Masa...

Kamaluddin Mohamadon

Imej
Ahad 23/11/2008 aku menjejaki seorang lagi rakan lama. Aku tahu benar di mana dia bekerja kat JB ni. Memang dia setia dengan bidang kerjanya sejak dari habis pengajiannya dulu cuma berubah tempatnya sahaja. Tapi tempat dia bekerja sekarang memang begitu lama, sudah tiga kali tempat kerjanya sekarang bertukar nama tapi dia masih tak bertukar ke tempat kerja lain. JA Residence Hotel, itulah nama tempat kerjanya sekarang. Terletak betul2 di tengah2 bandar JB. Lepas dari causeway masuk dari Singapura jalan kaki pun dah sampai ke hotel dia ni. Aku tiba kat hotel dia bekerja jam 11.00 pagi. Dia begitu gembira menyambut ketibaan aku. Perbualan terus terarah kepada perjumpaan 1312 akan datang. Banyak cerita2 lama yang dibualkan dan acap kali dia merakam rasa terharunya untuk datang dan berjumpa dengan kawan2 lama pada tarikh tersebut. Akhir sekali dia menyatakan akan kehadirannya ke majlis 1312 kita. Dengan itu aku menyeru kawan2 yang lain agar jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan ...

Posting dari KC Wong - Singapura

Imej
Aku dapat email hari ni dari Wong Keng Chun 5E2 untuk posting dalam blog. Ini cerita dia:- Said has been bugging me to drop a note , so I gather since gue malas utk ceritain kisah "since you left SMSJ what happened?" gue bikin kontribusi la. I graduated from University Malaya where I used to meet the likes of Ragu, Viji, Boo, Syamsul and the late Aziz Misran in campus. Completed my MBA in Brisbane, Australia. I got into the financial services sector, started work in KL in 1984 but left Malaysia in 1989 to join a Venture Capital firm in Hong Kong. I have worked as an expatriate in Papua New Guinea, Hong Kong, Fiji , Sydney, Singapore, Jakarta in that order since. In those various countries I managed and ran merchant banking ; creditcards, leasing, factoring and insurance businesses, some of these businesses were then sold to companies like ANZ Bank, Commonwealth Bank, FAI etc as most VCs would. I have been based in S'pore for the past two years where I am now the Business ...

Perjumpaan di rumah Hafizah

Imej
suami aku dan suami Azida dah jadi member Hafizah, Azida, aku 15 Nov., setelah usai majlis konvokesyen tadika anak aku yg kecik sekali, kira-kira jam 12.50 tgh hari aku bertolak ke Shah Alam untuk menemui Hafizah di rumahnya. Azida juga menyatakan keinginannya untuk bertemu hafizah juga. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menemui rumah Hafizah dan bertemu dgn Hafizah. Aku disambut oleh ibu Hafizah. Seronok sungguh setelah 30 tahun dapat menatap wajah Hafizah dan ibunya yang penyayang tu. Azidah tiba setelah beberapa minit, semakin rancak perbualan kami sehingga tak sedar sudah pukul 4.00 petang. Kami beredar dan berjanji untuk terus bertemu di lain masa pula.

Huei Wuan

Imej
Foto atas Huei Wuan bersama 3 anaknya dan suami di Taiwan Huei Wuan dgn 4 orang anaknya, 3 perempuan dan 1 lelaki. Malam ini setelah menelefon Bedah (minta dia confirmkan kehadiran ke 1312), ada email masuk. Rupa-rupanya kawan kita Ee Huei Wuan (5E1) yang email , bertanyakan kabar aku...seronoknya hati aku. Kami berbalas-balas email, aku memujuknya untuk menyertai reunion 1312, namun dia tak dapat menyertai kita kerana perancangannya untuk bercuti sekeluarga ke usa telah dirancangkan lebih awal. Dia kepilkan 2 keping fotonya and family untuk tatapan aku, dan aku minta izin dari Huei Wuan untuk publishkan ke dalam blog kita supaya kita dapat berkongsi sama. Katanya dia harap kawan-kawan yg lain sudi juga untuk berhubung dgnnya. Dia sertakan no. tel nya 0296355293. Dia bekerja di Singapura (tapi suaminya orang Melaka). Selepas MCE dia dpt scholarship S'pore, buat A-Level dan masuk Univ kat sana dan seterusnya bekerja di sana. Dia selalu balik Melaka (hubby org Melaka) Kami dulu sgt...

Aini Saleho, 5M2

Imej
Emel yang aku terima dari 'Aini. Nama dia ada prostophe kat depan, sebab tu nama anak dia berderet ada prostophe juga (agaknya lah tu....). Husband dia lecturer aku sekarang ni - Assalamualaikum Dr. Ruslin! Saya masih di sini, jadi cikgu je di Bandar Baru Bangi, menumpang teduh di rumah UKM sejak 4 tahun lalu sebab suami (Ruslin) bekerja disini. Sebelum ni tinggal di fasa 4, Bandar Baru Bangi.Bila lihat gambar keluarga Zaiha, nampaknya bag tangan saya ramai lagi, 8 orang. Kalau orang lain anak pertama seorang tapi saya terus dapat dua sekali. Tu sebabnya cepat ramai kot. Alhamdulillah rezeki. Yang sulong kembar seiras perempuan Farah dan Farhani( tahun akhir di UPM dan UKM) kedua lelaki `Aizat, belajar di luar negara, ketiga Fatin Nabila, tahun ni SPM, keempat Luqman tingkatan 2, kelima `Aisyah tingkatan 1, ke enam Fatin Nadia tahun 5 dan ketujuh Muhammad Nabil 6 tahun. Mula-mula Member tel. bertanya khabar, macam mimpi saja tapi rupanya itu permulaan kita semua mula berhubung. Rak...

Zaiha Ariffin, 5M2

Imej
Ini cerita mengenai Zaiha yang aku terima melalui emel. Terima kasih Zaiha. Hai! Assalamualaikum dan salam sejahtera, 30 tahun berlalu memang satu jangkamasa yang lama. Banyak memori-memori yang telah hampir dilupakan terutama kisah sedih, kecewa dan lain-lain. Tapi kenangan manis memang disimpan rapi untuk menjadi inspirasi meneruskan hidup yang hampir kepenghujung. Apa-apa yang berlaku dah tentu ada hikmahnya. Memandangkan tempoh 30 tahun satu tempoh yang lama, banyak cerita dah tak sensasi lagi untuk diceritakan.Idea untuk perjumpaan semula memang satu rahmat dan saya begitu ghairah sekali untuk turut serta. walaupun satu batch/satu kelas tapi dah lama terputus hubungan dan juga tidah kenal-mengenali lagi kalau tidak dikenalkan. Saya juga tidak pasti samaada saya mengenali tuan-puan atau saya sendiri dikenali lagi oleh tuan-puan. Walaupun selama 5 tahun sebumbung di SMSJ tetapi antara perempuan dan lelaki memang terbatas perhubungan lelaki dan perempuan. Inilah didikan ibu bapa kita...

Azida Abdul Aziz (5E2)

Imej
Ini adalah serba-sedikit profil salah seorang rakan kita Azida Aziz yang diterima melalui kiriman emel semalam. Terima kasih Azida. Salam. Saya Azida binti Abdul Aziz (5E2). Berasal dari Muar dan kini menetap di Serdang, Selangor. Said yang contact baru ni dan emel kat saya maklumat terkini berkenaan batch kita. For the first time saya buka blog kita. Wah.....seronoknya baca berita dan cerita kawan-kawan. Rasanya ramai lagi yang belum dapat dijejaki. Yang selama ini contact saya adalah Noreen dan Amin (5E1). Seronok berkongsi maklumat diri, semoga dapat membentuk satu networking yang bermakna dalam diri kita semua. Perkembangan diri saya sejak 30 tahun Selepas tamat MCE, result sains saya tak berapa ok....mulanya sambung tingkatan 6 sastera di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru...tak lama cuma 3 bulan aje. Lepas tu saya dapat tawaran ke UiTM untuk buat Diploma In Accountancy (1979 – 1981). Selepas tamat diploma, saya kerja sekejap di UPM dan UM. Masa di UPM saya berkenalan dengan suami sa...

Mohd Razif Yahya aka Atuk

Imej
Isnin lalu dapat email dari Razif Yahya beritau dia akan ke JB atas tugas dari hari Isnin hingga Jumaat. Rasa gembira kerana dia nak jumpa dengan aku. Terus SMS dia agar perjumpaan pada hari Rabu malam. Dia bersetuju. Aku mulalah contact semua member2 yang ada kat JB untuk joint sekali. Cuma Batan sorang aje yang available jadi aku pun pergilah berdua aje dengan si Batan jemput Atuk kat hotel M Suite. Wajah ceria Batan dapat berjumpa dengan Atuk Atuk bertugas dengan Telekom Malaysia. Selalu ke JB sebab dia terlibat dengan perancangan pembangunan kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya. Dia tinggal kat Seremban tapi ofis kat Bangsar. Anak2 dia semuanya kat Universiti Al-Azhar Mesir cuma yang kecil aje masih bersekolah. Atuk macam dulu juga ceria, senang berjumpa & berbual juga low profile walaupun punya banyak pengalaman bertugas di luar negara. Kami bersembang sambil minum kopi kat Danga Bay dari pukul 11-00 mlm hampir ke pukul 2-00 pagi itu pun rasa macam tak puas lagi. Seronok r...

Said Ahmad

Imej
Banyak-banyak terima kasih kepada Sukimin kerana mencadangkan perjumpaan mini tempuhari di Subang Jaya. Pada mulanya saya tidak menyangka yang posting saya dalam sajohagroup mendapat response daripada kawan2 semua terutamanya Member, Sukimin & Noorsham . Cadangan bermula daripada Head Boy kita dulu juga i.e Dr. Shaari Yusof kita iaitu semasa saya terserempak dengan beliau & Azman Rahim semasa menghantar anak masing2 ke klinik UPSR di UTM Skudai bulan Julai yang lalu. Tetapi sehingga kini saya dapati kurang maklumbalas daripada kedua2nya terutama Azman Rahim, almaklumlah mungkin masing2 sibuk dengan tugas mereka masing2. Kita teruskanlah niat murni ini dan InsyaAllah minggu depan saya akan ke Kluang untuk merancang apa yang sepatutnya dan segala maklumat akan diberitahu selepas itu. Mungkin saya akan perlukan bantuan selepas ini dan diharapkan ada yang sudi membantu untuk menjayakan perjumpaan ini. Yusof Mohd jangan khuatir saya cuba memberi seberapa banyak sokongan untuk me...