Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel muhasabah diri

Kongsi Pandangan

Salam, Minta maaf lama juga tak dapat ikut serta blogging. Usop, minta maaf kerana aku ni tak cekap. Nak hantar gambar pun minta anak tolong. Pada 29 Julai ke 03 Ogos aku bercuti. Buat job freelance. Buat kerja MCP (Multiple Camera Production). Alhamdulillah dalam usia begini ada swasta sudi ambil kita. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang dalam pasaran yang tak menentu. Adalah kawan2 dari tv stesen swasta dan krew filem. Banyak yg dapat dipelajari terutama cara kerja dan teknik. Apa pun itu cuma pembuka kata Aku nak kongsi pandangan dan perasaan. Begini: Aku tanya Pak Pacak. Pelakun tambahan yang dibayar RM50 sehari. RM15 agen ambik. Tinggal RM35. Isi minyak kereta RM15. Dapatnya RM20 SEHARI!. Pacak dari calling time 9 pagi ke 10 mlm atau 2 pagi. (Makan ditaja 5x sehari). Sanggupkah anda?. Nampak tak nilai RM20 macam RM200 bagi mereka. Atau... dunia asal glamour peduli apa poket tak berduit. Biar papa asal bergaya. Aku muhasabah diri... Dalam program tu jemputan OKU( orang kuat u...

Berfikir Sejenak

Salam, Kawan-kawan Semua, Kali ni aku nak berkongsi pengalaman dalam menjalani kehidupan seharian. Ceritanya begini... Dulu semalam (bahasa org kampung) dalam perjalanan ke pejabat di Tol Jln Duta, aku ikut 'lane' smart-tag kanan sekali. Dah nak sampai rumah tol dlm 5 meter ada kereta tiba-tiba 'cross' dari kiri. Wow..berderau darah. Oh... aku pakai kancil aje. Siapalah aku. Kerdilnya aku. Semalam sekembalinya dari Temerloh (melawat anak) di Tol Duke hala ke AU dilorong smart-tag. Lebih kurang cerita. Kali ni ada kereta 'cross' dari kanan sedang kami dah dilorong kanan. Wow berderau darah. Menjerit kami anak beranak. Nah ..kali ni dgn citra!. Orang sekarang kan! Di mana moral orang sekarang?.Dah banyak hilang respek. Cuma pentingkan diri sendiri!. Risikonya melibatkan orang lain. Komen anda?. Dimana sifat keMelayuan kita? Dah takda keMaluan!.Perasan. Hingga takda perasaan. Aku sedar siapa aku.Usop kau jauh tapi dekat.