Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bacaan umum

KAWAN KITA DITIMPA MUSIBAH

Aku dapat call dari Nasaruddin Md Rawi.. Beliau dapat email berikut... Dari FB Buang, gambar Sam dan Shahilon, Shahilon beritahu: Senior SMSJ kita, Noraini Samin (Guru Cemerlang Biologi di SM Sains Muar) ditimpa musibah-kebakaran rumah, tinggal sehelai sepinggang. *** kalau tak silap Lina, nie senior kita SPM78...*** sesiapa yang berhampiran boleh la datang ziarah...sedihnya. .. Aku cadangka sesiapa yang pakar IT buatkan account kat Blog ni, kita buat tabung untuk membantu...tolong!

BIASA TAPI TERASING

Imej
Team Cadangan Sambungan Surau SMSJ pada 7 November 2009. Aku yang terawal sampai jam 9.30 pagi. Itu pun setelah aku melepaskan kepingin aku dengan minuman dan roti bakar di Railway Station. Kena saman parking oleh MPK pulak masa kat Railway Station. Hari Sabtu pun ada saman! Dah la tu nak gi bayar kaunter Majlis Perbandaran Kluang TAK BUKA PULAK...HARI SABTU!! SAMAN JALAN JUGA!! KAUNTER NAK BAYAR TAK BUKA!!! APA DAH JADI NI!! PANAS GAK AKU!!Nak komplen kat YDP dia la. Aku sampai kat sekolah dan terus parking kat depan dewan makan. Keadaan sunyi sepi..Asrama macam dah cuti..tak de orang. Rupa-rupanya dia orang ada prep. Tak de sorang tegur aku walau aku pakai t-shirt reunion kita..merah lagi..! Bangunan tambahan kelas yang baru. Bangunan tambahan asrama puteri Aku melawat dapur dewam makan yang dah membesarkan kita selama 5 tahun. Kat sini lah aku pernah kena tampar seorang guru pasal membuang sisa nasi ke dalam tong nak bagi Mr Pang! Aku ingat sapa tampar aku tu. Bangunan surau ...

MESYUARAT CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU SMSJ DAN RAYUAN DERMA

Imej
Pada 29 Oktober 2009 Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Tambahan Surau (JPBTS) telah menjemput aku menghadiri satu mesyuarat di Pejabat Perunding NSJ. NSJ dimiliki oleh Tuan Hj Ir Nasarudin.. Bin..aku tak pasti Mohd Rawi atau Rahmat..konfius aku.. Pertamanya bagi pihak jawatankuasa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sanggup menerima kehadiran jawatankuasa ini. Tujuan mesyuarat adalah untuk menetapkan dan membuat keputusan dan membekalkan maklumat diperlukan kepada guru SMSJ (Pengetua) untuk dikemukakan ke Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan kebenaran membina tambahan bangunan surau. Yang hadir dalam mesyuarat ni adalah Abg Ramly Abu Bakar, Kak Noryn, Abg Alimor, Saiful Yazan, Jailani Jasmani, Nasarudin dan aku. ADA SATU PERMINTAAN AKU, MOHON KAWAN-KAWAN TERUTAMANYA EX-SMSJ MENGHULURKAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PEMBINAAN INI. UNTUK MENDERMA SILA LAWAT BLOG ALIMOR UNTUK NO AKAUN. Menurut Kak Noryn, dana yang sudah terkumpul setakat ini hanya RM80K++ sahaja. Jangka budge...

Pasukan Ragbi SAJOHA Tempat Ketiga

Imej
Hujung minggu lepas (1 & 2 Ogos) pasukan ragbi Alumni SMSJ - SAJOHA Vikings telah mengambil bahagian dalam pertandingan ragbi 10 sebelah anjuran Kesatuan Ragbi Johor di Johor Bahru. Pertandingan telah diadakan di padang Sekolah Sultan Ismail(SSI) dan pasukan SAJOHA telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Aku sempat menyaksikan perlawanan tersebut dan bertemu dengan pemain-pemain yang mewakili SAJOHA yang kebanyakannya adalah super-super junior kita. Dengan kemenangan tempat ketiga ini ia telah membuka lembaran baru kepada keujudan persatuan bekas pelajar SMSJ di negerinya sendiri. Syabas diucapkan kepada adik-adik/anak-anak yang berusaha kearah memertabatkan lagi keujudan bekas pelajar SMSJ. [Sajoha] [SAJOHA Vikings Rugby] Terima Kasih Johor! Monday, August 3, 2009 3:57 AM From: "SAJOHA Vikings Rugby Club" To: sajoha@yahoogroups.com Salam kepada semua, Alhamdulillah, buat pertama kalinya dan secara rasminya, kejohanan pertama SAJOHA Vikings di luar Lemba...

MEMANCING DENGAN DR MOHD SHAH BIN MAHMOOD

Imej
Asalamualaikum, Salam Sejahtera. Foto lama ni aku amik dari facebook Mohd Shah Mahmood. Mohd Shah bersama Bong Lokasi : Perairan Pelabuhan Kelang Tarikh : 1 & 2 Ogos 2009 Temujanji dengan Mohd Shah bin Mahmood (Dr) dah dibuat sejak 3 minggu lalu. Dia amat sibuk dengan tanggungjawap terhadap negara. Sampai aku malu nak telefon dia, takut mengganggudia. Aku main sms je dgn dia. 30 tahun aku tak pernah jumpa dia. Cuma mengetahui dia ada di KL melalui akhbar bila ada kes besar. Dia batch SPM/MCE 1977. Aku pernah sebilik iaitu tahun 1977. Dua perkara yang tak berubah pada Mohd Shah: 1. Dia maintained slim. Bila aku tanya macamana dia maintain,dia jawap kena kuat main. Game Bedminton! 2. Dia masih ramah. Aku menjala untuk mencari udang hidup. Payah nak dapat umpan. Tapi ada juga. Jurukamera ni ada kelas la. Mohd Shah. Dah nak 'sunset'. Mohd Shah posing dengan pari antara 18-20kg. Video aksinya ada kat bawah. Tengok lah. Cuba perhatikan dan dengar dialog terakhir dala...

Lapuran Terkini Kutipan Dana Pembesaran Surau AlIkhsan SMSJ

Diambil dari email sajoha group. Kutipan untuk batch 78 adalah semasa reunion tempuhari. Harap maklum [Sajoha] KUITPAN DANA SURAU AL-IKHLAS SMSJ - 25 JULAI 2009 Friday, July 24, 2009 10:02 PM From: "Haizad Ibrahim" To: "SAJOHA" By Batch Amount 1976 9,000.00 1977 100.00 1978 1,860.00 1980 1,250.00 1982 650.00 1983 1,100.00 1986 8,000.00 1987 450.00 1988 150.00 1990 500.00 1992 1,150.00 1995 1,360.00 Batch tak confirm 50.00 TIADA NAMA 530.00 Hibah 10.27 ...

Senior Menang Dapat Kereta MB

Imej
Proud Mercedes Winners From left: Mohd Rais and Voong with their brand new Mercedes-Benz B 170, flanked by Peter and Wong. Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) celebrated its 110th anniversary by giving away two Mercedes-Benz.CCB organised a contest for those who purchased a Mercedes-Benz or serviced their vehicles at its service centres. Prof Mohd Rais Mustafa - with his slogan "Built by inspiration, driven by passion" - was the winner in the sales category. Voong King Yee was the other winner with the best slogan in the after sales category. His slogan, "A legacy of distinction, a pursuit of perfection", won him a Mercedes-Benz B170. "Beginning July, CCB is organising another co...

KULIT BABI

Imej
Minggu lepas anak aku yang no 2 mendakwa yang kasut abangnya (along) diperbuat dari kulit babi. Sedangkan aku sendiri tak tahu macamana nak mengenalpasti perkara ini. Jahilnya aku...! Aku pernah dengar dari orang yang 'dot' bekas bulunya ada tiga dot. tiga dot macamana? Aku nak kepastian. Dalam zaman IT ni maka aku cari dalam internet. Yes!! Dapat. Dalam blog malimkundang. Ni yang aku kongsi kepada semua. Cuba perhatikan dot lubang kulit ini. Ni biasanya untuk kasut. Ni kalau pada briefcase. Sekiranya anda regangkan kulit tersebut maka anda akan nampak jelas dot yang tiga tu. Dot tu 3dot dalam satu group! Selain tu beberapa product yang menggunakan kulit babi ni adalah seperti sarung tangan kulit. Beg tangan wanita, dompet dan sebagainya. Ciri-ciri kulit babi ni adalah kulit tu lembut (kulit lembu pun lembut juga). Maka berhati-hati lah! Kebanyakan product dari China menggunakan kulit babi. Barangan dari kult babi boleh dilihat dalam link ni: http://www.ec21.com/ec-market/Pigsk...

BLOG KITA TAK SEMERIAH MACAM DULU YE

Aku berkesempatan membaca blog ni yang lepas-lepas. Sebenarnya dah kepenatan buat kerja jadi aku santai dengan melihat entri-enrti lama. Dalam lebel 5M1 tu ada entri Kamisan dimana dia dapat mengesan Jasminah. Terdapat 26 komen. Macam-macam komen. Dan aku masih tergelak membaca komen-komen tu! Tetapi... kenapa sekarang tak macam dulu yek...? Agaknya masing-masing sibuk? Sesiapa boleh buka topik baru untuk kita sama komen dan bersantai secara maya? Mana hilangnya Rahman Moktar? Azida? G? (G ada blog sendiri agaknya sibuk mengurus blog?)Andai tak sihat bagi tau la... kita orang merindui celoteh kalian? Hafizah dah muncul. Kena jolok baru melatah si Hafizah ni. Dah menjadi rutine Rahman Mokhtar akan sms aku pada setiap hari Jumaat. Terima kasih Man!

INDUSTRIAL BIOTECHNOLOGY

Imej
Minggu lepas aku dipelawa oleh Arbakariya b Arif untuk menghadiri 'talk' yang akan dibentangkan oleh beliau. Tempat : Dewan Taklimat Bangunan Pentadbiran UPM Tarikh : 8 Mei 09 Masa : 9.45 pagi Tajuk : Industrializing Biotechnology : Role of Fermentation & Bioprocess Technology Penyampai : Prof. Dr. Arbakariya b Arif Aku sebenarnya masih tertanya-tanya apakah itu 'biotechnology'. Aku hadir kerana untuk mengetahui apa bendanya tu! Bila kawan sekelas kat SMSJ muncul memberikan ceramahnya, baru aku tau apa bendanya 'biotechnology'. Maklumlah aku orang kampung dan ke laut je yang tahu! Rupa-rupanya dalam kehidupan kita ni sangat bergantung rapat dengan biotechnology ni. Ubat-ubat, makanan diperoses mengunakan kaedah ini. Arbakariya memang hebat orangnya. Agaknya dah 25 tahun bercakap depan student maka penyampaian berjalan lancar sambil diselitkan beberapa joke. Contohnya perkataan 'fermentation' bermaksud tapai. Dia cakap bila pagi isterinya kata dia wa...

GP JORAN DI SEDELI 2-3 MEI 2009 Siri 1

Imej
Pada 2-3 Mei 2009 aku menyahut cabaran GP Joran di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor. Semasa dalam perjalanan aku singgah rumah Cikgu Rahman Karim yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak bungsunya di Api-Api Pontian. Kawan aku bersembang dengan Cikgu Rahman Aku posting dengan Cikgu Rahman Isteri Cikgu Rahman buatkan air jus buah kedondong Petang Jumaat aku sampai ke Tanjung Sedeli kira-kira jam 6.45 petang. Malam tu ada pasar malam. Ni lah suasana pasar malam kat situ. Kalau Fatimah baca blog ni mesti mengamit kerinduan kampung! Aku order ni kat satu kedai yang ada di Tanjung Sedeli. Dia jual sop aje. Pas tu jadi cam ni pulak! Gear box kambing! Susah nak dapat kat tempat aku. Aku jadi kemaruk la! Fati, bila kau nak balik kampung? Kalau Sukimin nak cuba datang lah ke Tanjung Sedeli. dekat kampung Sukimin juga tu! Pagi Sabtu kesibukannya macam ni lah di Jeti LKIM Tg Sedeli ketika menunggu pelepasan. Peserta-peserta yang menyertai GP Joran. Sedang memunggah barang. Bukan calang-ca...

Bila lagi nak buat MG?

Imej
Lama juga aku tak contribute dalam blog ni. Almaklumlah ada sikit sibuk sebab asyik ke pulau aje. Jomlah buat MG, kita jemput sekali senior/junior kita. Tak kiralah kat mana, Kl ke, JB ke, Sungei Petani ke, Rompin ke, mana-manalah....................... Dua senior yang dapat terjah blog kita i.e Alimor Sipon dan Asri Ahmad ada telefon aku.Mereka semua begitu excited. Rasanya mereka ingin menjalinkan kembali silatulrahim yang telah terjalin lebih 30 tahun yang lalu. Masa diving kat Tioman bulan Februari lepas Kepada yang nak involve dengan "underwater diving" beritau aku, boleh aku uruskan program kursusnya. 1-3 April ni aku akan ke Tioman bawa student kolej ambil kursus menyelam. Mei nanti aku akan ke Pulau Perhentian & Redang, Terengganu dan Pulau Aur, Mersing. Jomlah joint sekali. Semoga kita semua dapat bertemu lagi.

CIKGU HJ ABD RAHMAN MANCING DI PORT KELANG

Imej
Cikgu Abd Rahman datang rumah aku. Dia datang dengan isteri pada 7 Mac 07. Hari tu juga aku ajak memancing. Memang gagah dia ni. Satu malam tekun tak tidor. Aku tidor. Cikgu Abd Rahman jadi juragan masa pergi. Juragan masa balik keesokannya. Ni aje hasilnya.. camtulah nasib pemancing. Kadang-kadang ada lebih rezeki, dan kadang-kadang ni je.. tapi ada la kurau kecik tu dan anak jenahak. Macamana pu aku puas dapat bersembang semalaman dengan Cikgu Abd Rahman.. Cikgu, jangan serik datang ke tempat saya ye..