Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel norlela

Keadaan Norlila Samad

Imej
Selepas ke rumah Cikgu Syed Hussin aku terus bergegas ke HSA untuk melawat kawan lama kita yang seorang lagi ni yang sudah seminggu di HSA. Setiba aku di BlokC tingkat satu suami Norlila terus menyapa aku bersama dengan dua anaknya di luarwad kardio. Dia seterusnya membawa aku ke dalam wad untuk berjumpa dgn Norlila. Keadaannya stabil sekarang tapi tidak boleh bercakap banyak, so aku lebih banyak berbual dengan suaminya. Dia mula menggunakan alat 'pacemaker' untuk jantungnya pada tahun 2004 dan penyakit jantungnya merupakan penyakit genetik mengikut apa yang diberitahu oleh suaminya. Aku juga diberitahu bahawa rakan kita Cikgu Rohana juga ada melawatnya. Minggu depan dia akan menjalani pembedahan untuk membaiki dan menggantikan alat 'pacemaker' itu dan doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menghadiri majlis kita nanti. Setiap kali aku menyebut tentang majlis 1312 tu dia sentiasa tersenyum menandakan tanda gembiranya dan semangatnya untuk bersama2. Bersama suami N...