Matang dan .......
Apa itu yang dikatakan matang? Itu soalan yang Azida lontarkan pada aku. Aku ingin beri sedikit pandangan dari pengalaman aku yang sikit ini. Matang mungkin bermaksud kita: 1. sentiasa cuba melihat dunia ini secara total, pelbagai sistem fizikal dan metafizikal yang cukup teratur dengan harapan kita dapat ambil pengajaran dan iktibar melalui pemerhatian kita dalam mengharungi kehidupan kita seharian. 2. sentiasa menghisap diri samada apa yang kita lakukan atau telah lakukan untuk ahli masyarakat (bangsa, negara) benar-benar sesuatu yang bernilai, kalau boleh bernilai tinggi, mengikut kehendak dan tuntutan agama. (ask ourselves is this correct, is this right, ... buat sesuatu bukan kerana ia hanya baik tapi ia mesti betul dan benar... lupa.. dan mesti faham kenapa kita buat kerja itu) 3. kita sentiasa membuat keputusan (pilih kerja, pilih rumah, pilih suami/isteri, pilih kawan, atau buat keputusan nak tukar kerja, nak tambah cawangan [oops], macam-macam lagi perkara yang perlu pilihan ...