Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pak roslan

Bagio bertemu Jastan di Pasir Gudang

Imej
Dapat panggilan telefon dari Bagio pukul 1.30 petang. Dia berjumpa dengan Jastan di Kompleks Kastam Pelabuhan Johor, Pasir Gudang. Dia panggil aku join sekali makan tengahari dekat kafeteria kastam pintu masuk pelabuhan sebab Jastan bertugas hari ini. aku pun terus kesana dengan orang rumah aku. aku ada ambil gambar untuk tatapan kawan2 sekelian. Kepada semua Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.

Malam Jumaat keliwon Part 9

Setiap orang pernah menerima dugaan atau cubaan dari Allah Yg Maha Esa samada kecil atau besar. Tanyalah siapapun… dari murid hingga ke Guru Besar. Dari nelayan hingga kepada Perdana Menteri. Kadang2 kita diuji dengan kemiskinan dan kadang2 kita di uji dgn kekayaan hingga kita menjadi kufur kepada nikmat Allah…Kita perlu tabah dan redha dengan semua ujian itu tapi benarkah kita seorang yg tabah? Berapa lama agaknya kerinduan kita boleh bertahan apabila berpisah dgn anak kita? Adakah kita telah cukup tabah sekiranya Allah swt mengambil seorang dari anak kita? Cuba kita perhatikan ketabahan seorang Jaga yg berumur 46 tahun.Beliau sanggup berpisah dgn anak dan istrinya diwaktu malam untuk bekerja semata mata demi RM21/sehari. Beliau sanggup menyabung nyawa demi keamanan estate dan tidak pernah lupa untuk tabek Manager setiap kali melintas didepan pondok kawalan. Beliau ada seorang watchman yg cuma berkopiah walaupun tidak pernah ke Mekah. Azamnya hanya satu… memberi pendidikan yg terbaik ...

Malam Jumaat Keliwon Part 8

Imej
aku terpaksa buat entri baru bila malam jumaat keliwon 7 byk mengundang kontrovesi... Kata orang yg pandai, ada beberapa perkara boleh membantu kejayaan sesaorang semasa hidup di dunia.. 1. Mempunyai kawan yg ramai tanpa mengira warna kulit, ajaran atau asal usul.. aku lupa siapa kiri dan kanan Saadiah... norlela, norlia atau norlida 2. Mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh... Aku cuma ingat cikgu Sharif , Cikgu Rahman Molar dan Cikgu Husin Gar aja.. 3. Mempunyai kekuatan otak dan otot yg kental.... Bong, kau jadi tekong. Surya menang pasal wak jan bisul kat ketiak.. 4. Setiap yg berjaya dikata ada yg berada dibelakangnya samada suami atau istri.. Fauziah dgn kebaya sampai Syed Bakar tangkap lentuk.... Kita belum tua lagi kalau kita boleh mengingati nama dalam gambar kat atas... Hidup Surya.... dan Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Malam Jumaat Keliwon Part 6

Imej
Ada 1000 bunga di taman yang sama warna, sama usia dan sama jenis tapi kenapa kita pileh satu antara 1000 itu untuk diberi kepada kekasih kita?999 cuma gagal dipileh oleh kita sedangkan ianya akan dipileh oleh orang lain .... Ada 1000 pelajar sekolah sains johor yang mandi dgn air yg sama, makan dan minum didewan yg sama dan segalanya sama tapi ada yg berjaya dan ada yg gagal? Mereka cuma gagal dalam peperiksaan tapi mereka telah berjaya dalam kehidupan yg lebih besar selepas sekolah... Sedikit petua khas untuk anak2 yg akan menghadapi peperiksaan. 1. Gunakan papan notis di dalam kelas untuk menampal semua formula atau bahan2 yg berguna supaya mudah diingati semasa peperiksaan nanti. teka siapa?...fatie..kau pulak jawab? bukan gambar unta yg di tampal... Anak2 seharusnya mencontohi pelajar seperti dalam gambar di atas yg mejanya penuh buku2 yg tebal2.. Cuba contoh pelajar tersebut... 2. Kesihatan perlu diberi perhatian dan seimbangkan dengan sukan. Bercampurlah dengan teman2 walaupun b...

Malam Jumaat Keliwon Part 3

Imej
teka ni gambar siapa? Tuai padi antara masak.... Esuk jangan layu layuan... Intai kami antara nampak... Esuk jangan rindu rinduan.... ( Khas untuk Teja) kita dinamakan manusia kerana kita mempunyai akal dan kerana itu kita tak pernah puas dgn diri kita.. kita mesti bersyukur dengan apa yg kita miliki bukan berfikir apa lagi yg belum kita punyai.. Ini ada gambar exclusive yg telah diharamkan di majalah sekolah 1978 atas alasan yg begitu dirahsiakan. Mereka adalah wakil sekolah yang mengharumkan sekolah pada tahun 1978..Cuba kita sama sama menarik benang merahnya... Atau kita biarlah gambar dibawah menjadi saksi bisu sepanjang hayat kita.. Case no 1. ( Pemain Bola Sepak U17) Diharamkan kerana mereka tak pakai seluar pendek waktu bergambar. Case no 2 ( Qari Sekolah) Diharamkan kerana "style" kaki yang bersilang seperti gaya "Black Dog Bone".. Case No 3 ( Pemuzik Rock) Ini yang paling pelik. Dunia mengakui mereka adalah kumpulan Rock yang hebat tapi gambar mereka bukan...

Malam Jumaat Keliwon Part 2

Orang cakap mereka adalah kacang hantu,degil dan jangan diikuti.Mereka selalu buat bising kat kelas dan berambut panjang.Itulah ”Mat Gar”..berasal dari ”rugged” dan diterbalikkan menjadi Garred dan akhirnya jadi ”GAR”..Sebenar ramai Mat Gar hari ini telah menjadi org2 yg lebih hebat dalam mana2 industri mau pun menjadi org yg lebih alim dari kita... 1. Kita lihat cara Mat Gar basuh baju pulak. Mat Gar biasanya menggunakan pintu almari/gerobok yg diselitkan dibawah sink Semakin panjang pintu tu, semakin bagus. Satu pintu almari panjang boleh digunakan 3 atau 4 Mat Gar membasuh baju. Satu sabun, satu papan basuh mereka kongsi bersama dan dah tentu ”deng” dgn ”korok setabang” yg sama... 2. Mat Gar juga mesti tau bermain gitar walaupun sikit. Sekurangnya lagu chord senang seperti lagu “Pontianak”.Kalau tak pandai main gitar pun takpe tapi waktu konsert dalam bilik mesti pandai ketuk baldi atau pandai nyanyi atau buat bising. Mgkn Azman Rahman boleh cerita.... 3. Hampir semua Mat Gar suka k...

Malam Jumaat Keliwon Part 1

Hantu digambarkan sebagai seorang perempuan hodoh yang berambut dan berkuku panjang. Biasanya gigi taring dia pun panjang. Sebut aja pontianak atau hantu penanggal. Dikatakan Pontianak adalah seorang perempuan yg diperkosa oleh lelaki dan apabila mati bertukar menjadi hantu kerana untuk membalas dendam dan dikatakan juga pontianak akan menjadi cantik bila ditikam paku pada tengkuknya. Aku selalu berfikir kenapa kebanyakan hantu melayu adalah perempuan dan sampai sekarang aku belum membaca kisah hantu lelaki... Kadang kadang aku berfikir juga bukan senang jadi pontianak. Iyalah hantu perempuanlah kata.. Agaknya pontianak tu pakai ”Bra tak?” atau ”Datang Bulan tak?”.Begitu juga dengan hantu penanggal...Kadang2 perempuan yg mati tu rambutnya kereting tapi bila jadi pontianak mesti rambutnya lurus dan fesyen rambutnya mesti sama.. lurus dan belah tengah.. Anih bukan. . Semasa kita sekolah dulu, dikatakan asrama perempuan tu ada hantu dan aku rasa semua hantu yg budak2 perempuan nampak juga...

En.Jamil - Madutiga Part 9

Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Al Jawaher ( ...Duhai bonda duhai ayahanda Dengarlah rayuan anakanda Yang jauh di mata... ) Tanpa ku sedari airmata ku mengalir Terdengar ayat suci seruan takbir Betapa daku gembira dekat di samping keluarga Di pagi mulia hari raya... Inilah antara lagu raya favorite aku kerana penyanyinya JAWA her. Jika kita dilahirkan pada suasana yg susah dan ditanya bila kita nak makan ayam, bila nak pakai baju dan kasut baru atau bila nak minum air sirap... pasti jawapannya Tunggulah hari raya..Tanyalah pada diri kita semasa kita kecil setiap malam raya terlalu sukar untuk kita tidur kerana kita tak boleh menahan sabar akan kedatangan hari raya hinggakan kita tidur berbantalkan kasut raya. Aku pernah kena marah pasal pagi2 dah buka pintu reban sedang telah menjadi hukum raya berkata reban tak boleh dibuka sebelum ayam2 disembelih jk tidak…. Kita terpaksa berlumba lari dgn ayam.. Corak dan warna baju kurung dibeli bukan berdasarkan warna tapi berdasar harga dan kemampuan...

Madutiga - En Jamil Part 8

Ayam Den Lapeh - Anita Sarawak Luruihlah jalan Payakumbuah Babelok jalan Kayu Jati Dima ati indak karusuah Ayam den lapeh ai ai… ayam den lapeh Mandaki jalan Pandaisikek Basimpang jalan ka Biaro Di ma ati indak kamaupek Awak takicuah ai ai… ayam den lapeh Sikucapang sikucapeh Saikua tabang saikua lapeh Tabanglah juo nan karimbo Oi lah malang juo Pagaruyuang Batusangka Tampek bajalan urang baso Duduak tamanuang tiok sabanta Oi takana juo ai ai… ayam den lapeh Luruslah jalan Payakumbuh Berliku jalan Kayu Jati Bagaimana hati tidak susah hati Ayamku terlepas. Mendaki jalan Pandaisikek Bersimpang siur jalan ke Biaro Bagaimana hati tidak berkata Aku tertipu… Ayamku terlepas… Setelah berusaha gila2 tapi gagal juga, Seekor terbang, seekor terlepas Terbanglah ke hutan rimba oh, malang sekali nasib aku Pagaruyung Batusangkar Tempat berjalan orang Baso Sekejap-sekejap aku duduk termenung Oi terkenang juga ai ai… ayamku terlepas … Kebiasan bila kita balik kampung , kita teringat bekas kekasih kita...