Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tahniah

Tahniah Sukimin ..dapat Baby

Imej
Tahniah, kepada sukimin dan isterinya kerana dikurniakan baby....semoga bertambah bahgia kehidupan sukimin dan keluarganya.

Selamat Berbahagia

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 48 kepada sahabat kita Mohd Sukri Mutamim bin Mohd Sharif (5M1) pada 08-07-09 . Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan, dijauhkan dari mara bahaya, dan berbahagia hidup di dunia maupun di akhirat. Amin...... Dari sahabat2mu batch SPM/MCE 1978

SALAM BAHAGIA

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita TUMIRAN AHMAD (5M2) pada 16 hb Jun 2009 dengan ucapan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia di dunia dan akhirat Dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Salam Bahagia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita Januri Kadeni (5M2) dan Rodziah Tawil (5M2) pada 15 Jun 2009 dengan ucapan semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia di dunia dan akhirat Dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Cikgu Syed Hussin Makan Angin

Imej
Reunion kita tempuhari ada cabutan bertuah berupa penginapan percuma 3H/2M di pelbagai tempat dalam & luar negeri. Antara pemenangnya adalah cikgu Syed Hussin kita ni. Hari ni aku telah menyampaikan kepadanya baucer asal penginapan tersebut di rumahnya di mana beliau akan ke Cherating, Pahang pada 3 hingga 5 Jun akan datang. Dia sekeluarga akan menginap di Legend Resort, Cherating. Sesiapa yang berdekatan dengan tempat penginapannya tu bolehlah ziarah dia sekeluarga dan percayalah bila dah jumpa dia memang banyak cerita akan keluar darinya sehingga sukar untuk kita beredar/berpisah darinya. Satu karekter yang masih kekal sejak dari jadi guru kita lagi.

Salam Bahagia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita ROSMALA PAIMAN (5M2) dan NORLIDA MD ALI (5E2) pada 18hb Mei dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya,dan berbahagia di dunia dan di akhirat. dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Tahniah Norsyam

Sekitar pukul 10.00 pagi tadi Sameha menalipon memberitahu berita gembira , Norsyam sudah dikurniakan dgn gelaran 'datuk'. Tahniah Norsyam dan cikgu Nor kerana telah dikurniakan dengan seorang cucu lelaki malam semalam. Semoga bertambah cerialah kehidupan mereka sekeluarga. Amin.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan untuk MEMBER HJ SIRAT DAN ISTERINYA pada 24 Disember Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Wakil : 5m2, 5m1, 5e2, 5e1