KITA MATI BUKAN KERANA TUA
Entri yang lepas aku cerita pasal rokok. Oleh kerana ada permintaan suruh berhentikan cerita rokok, jadi malam ini aku entri cerita mati. Kita sering mendengar apabila umur sudah tua, ajal menghampiri kita. Maka kita pun menunggu saat itu. Ini sebaik sahaja kita berpencen. Sedarkah manusia mampu hidup 200 tahun? Walaupun hidup mati adalah takdir tuhan, dengan ikhtiar dan amalan pengurusan diri yang baik, kita mampu hidup lebih lama lagi. Kita mati lebih awal disebabkan penyakit yang dihadapi. Secara biologi, tubuh kita adalah jentera 'bio-chemical' dan manusia boleh mengubah biologi diri kerana akal pemikiran dan amalan. Tubuh badan kita menjalani pemuliharaan (recreation and regeneration) bagi mengganti dan membina sel2 baru dan proses pembiakan. Dari aspek sains, tubuh kita mengalami kesusutan fungsi organ2 1% selepas 30 tahun dan keperluan fungsi organ 30% bagi fungsi 'peak capacity'. Ini bermakna umur 100 tahun kita masih berkemampuan 30% sebelum usia tua sebenar. I...