Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sejarah dan kisah kita sejak berpisah

kawankawanku , juga guruku

Imej
aku dan shaari- sama sekolah, sama sama jadi pengajar...akhirnya [ mengajar di U dan aku mengajar di sekolah rendah , dia pengawas, aku? ] salam sejahtera, semoga berbahgia disamping keluarga.. lama aku tak menulis dalam blog ni, adalah sibuk sikit sikit kemas sekolah, uruskan kewangan dan menyelia cikgu dan pekerja...emm, biasalah tu...aku tak mau cerita sangat bab kerja kerja ni, sebab boring...aku suka menulis kisah kita semasa smsj, sebab kita boleh flashback balik kisah kita 30 tahun lalu. sebagaimana kita maklum dalam pendidikan ada 3 jenis pembelajaran...school learning, community learning dan home learning..di smsj, community learning dan home learning....gurunya ialah kawan kawan aku. perempuan ke lelaki, junior atau senior..aku banyak belajar dari pelbagai sudut, sudut negatif atau positif. kau orang mungkin tau mungkin tak tau, geng perempuan lagilah tak tau..bahawa kami di asrama lelaki ni ada beberapa kumpulan. kumpulan yang agak dipandang tinggi ialah geng pengawas, bajun...

CIKGU RUBIAH

TERINGAT CIKGU RUBIAH Dia mengajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 1 di SMSJ pada tahun 1974 . Dia juga warden asrama puteri . Saya memasuki SMSJ Kluang pada bulan Jun 1974 bersama Aini , Iss , Noni , Jamaliah , Rohana , Bakyah , Jamaiah , Rozie (second intake) Pertama kali memasuki kelasnya , saya rasa macam hendak demam sebab suara , perkataan , lirik mata dan gerak badan kelihatan garang . Memang saya takut terutama bila dia memeriksa apron . Di sekolah lama saya mengambil Perdagangan , bukan Sains Rumah Tangga . Bila di SMSJ , saya terpaksa mula mempelajarinya . Saya belajar membuat apron di asrama daripada Fati . Masa itu saya dapati Fatipun kelihatan takut juga masa di kelas bila bercakap dengan Cikgu Rubiah . Suara Fati antara dengar dengan tidak . Oleh kerana takut , saya tidak berani bersembang dengan Cikgu Rubiah . Namun , jauh di sudut hati saya memujinya kerana dia seorang wanita yang ideal - pandai masak , menjahit , menyulam , berpakaian sopan yang sedap mata mem...

aku dan zubaidah

aku dan zubaidah sepatutnya menjadi rapat dan baik sekali, sebab rumah kami cuma jarak 5 batu saja, dia di parit jawa dan aku ada disekitarnya di muar...kami sepatutnya saling jaga menjagai dan saling harga menghargai. satu daerah , satu kelas dan satu sekolah. Rapat maksudku ialah patutnya berkawan baik. Sungguh aku nakal dan degil tak dengar cakap tetapi mata dan telinga aku amat sensitif. Aku mencerap disamping aku nakal itu. Zu adalah rakan sekelas aku selama 5 tahun, seorang gadis yang amat sopan dan matang sekali, guraunya amat terbatas, mintanya dengan senyuman, suaranya tak pernah tinggi menjerit, sabarnya amat jelas dan terbukti. Zu amat pandai menjaga diri dan kesopanan gadis melayu...sapa sapa yang kenal dia memang akan akui, sopan dan sabarnya... 5 tahun dia tak pernah kelihatan marah dan tension...[ dalam hati...tuhan jer tau ] dan zu adalah kawan perempuan yang aku tak ada modal. aku kalah pada kelembutan tingkahlakunya...so 5 tahun zu terpelihara dari kenakalan ku...bila...

Wajah Terkini

Imej
Am ( Bayi sihat) ni memang suka sangat menelefon. Cuba kau tengok posting yang Noorsham buat. Azhari Ihsan Am dan Member Amin Ali Zin Jamil Sien

Mini Gathering: Am Mansor, Jamil Sien & Amin Ali Zin

Imej
Inilah lokasi bersejarah tempat Mini Gathering berlangsung pada 30 Ogos 2008 yang lalu - Restoran Nasi Kandar Pelita, Subang Jaya Gambar menunjukkan model nasi kandar sedang beraksi . Kelihatan jauh di belakang ialah Mimbar dan Jamil Ketibaan Azhari disambut oleh Jamil dan Mimbar - selepas 30 tahun tidak berjumpa Giliran Amin Ali Zin pulak yang tiba Am Mansur disambut oleh Mimbar dan Amin Ketibaan Md. Nor Mereka yang hadir dalam MG kali ini Md. Nor, Sukimin, Jamil Sien, Member, Am, Azhari dan Amin Kali pertama Mini Gathering (MG) ni dibuat pada waktu pagi. Kalau dulu masa MG kat Pelita ni kita buat kat tingkat atas, tapi kali ni buat kat bawah. Aku dengan Azhari sampai awal daripada masa yang dijanjikan, tapi rupa-rupanya ada orang lebih awal sampai dari aku. Seperti biasalah siapa lagi kalau tak si Mimbar ni. Dia datang sekali dengan Jamil Sien. Memang happening betul perjumpaan kali ini. Agaknya sebab esok nak raya korban kot. Kau orang tahu ajelah dia org tu memang sekepala mas...

dari arab saudi

Imej
Salam alaik kawan-kawan, Selamat menyambut Aidil Adha. Semoga rakan-rakan semua berada di dalam keadaan penuh rahmat. Semoga rakan-rakan semua mendapat rezeki yang melimpah-ruah penuh barakah. Sempena hari raya ini, saya kepilkan beberapa foto juadah dari Tanah Arab. Penyediaan Kambing Panggang Penyediaan Ayam Panggang Nasi Bukhari + Peshawari + Ayam Panggang Nasi Peshawari + Daging Unta Hashi Mutton Kabab, Homos, Roti dan Nan Cheese Semoga rakan-rakan semua bergembira semasa hadir di Reunion nanti. Saya tak dapat balik Malaysia lagi sehingga selesai tugasan. Jika ingin call, sila guna nombor tel Saudi : +966.50.6068224 . Harap call selepas pukul 3 petang Malaysia sebab waktu saya lambat 5 jam. PS: - Tocham > harap bersabor banyak-banyak. - Usop > kau memang nak kena karate kalau tak bukak gelanggang Silat Lian. - Hafizah, Farazah, Said, Mimbar, Elias, Sukimin > rupa kau semua tak berubah. - Am, Bagio dan Mat Noor Maaros > kau bertiga datang Arabia lagi debab jadinya.

Mini Gathering: Azhari Ehsan 5M2

Imej
Seperti biasa kalau pertemuan aku yang atur, tak pernah aku sampai awal. So...siapalah agaknya yang jadi mangsa menjadi penyambut tetamu? Siapa lagi kalau bukan si Mimbar. Bukan sekali dia tolong, dah tiga kali! Terima kasih Mimbar. Lokasi yang ditetapkan oleh Mimbar ialah Restoran Lenggong, Seksyen 20. Bila dah tiba kat situ, akupun kol si Azhari untuk beritahu restoran mana kat area situ yang telah ditetapkan. Aku pikir dia masih on the way sebab masa aku mula bertolak dari Putrajaya, dia masih kat Seri Kembangan. Tapi bila dia jawab rupa-rupanya dia dah tengok dok bersembang dengan si Mimbar - malunya aku! Masa muula melangkah masuk restoran aku dah boleh cam dia. Pada aku raut wajah dia tak banyak berubah cuma saiz badan dia aje yang diluar jangkaan aku sama sekali. Kalau kita ingat masa mula masuk SMSJ 1974 di SSI dulu sampailah tamat sekolah di Kluang 1978, saiz badan dia adalah antara yang terbesar. Kalau kelas aku dulu 5M1 si Fuadlah yang paling tinggi. Kita masa form 1 dulu ...

ROSLIE AHMAD & MUSTAFA KAMAL AHMAD 5E1

Imej
Salam kawan-kawan Semalam aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan2 kita yg telah dikesan di Melaka & Seremban. Salah seorangnya adalah Mustafa Kamal yg bertugas di Agro Bank Alor Gajah Dah ada tiga anak tp berada dgn isterinya di Rengit Batu Pahat kerana tugas.Jadi kawan kita ni duk bujang aje di Alor Gajah. Dia tak dapat nak join pd 1312 ni kerana ada family day bank pd hari 1312 walaupun hati berat nak join tp apa nak buat. Seorang lagi adalah Roslie Ahmad yg bertugas di Sek Men Sains Seremban Dia ni merupakan pemain hoki Sains Johor yg gambarnya telah dipublishkan oleh Sukimin tempohari Dia akan hadir pd 1312 nanti. Kat sini aku ada postkan gambar diaorang mas a perjumpaan tersebut

Perjumpaan di rumah Hafizah

Imej
suami aku dan suami Azida dah jadi member Hafizah, Azida, aku 15 Nov., setelah usai majlis konvokesyen tadika anak aku yg kecik sekali, kira-kira jam 12.50 tgh hari aku bertolak ke Shah Alam untuk menemui Hafizah di rumahnya. Azida juga menyatakan keinginannya untuk bertemu hafizah juga. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menemui rumah Hafizah dan bertemu dgn Hafizah. Aku disambut oleh ibu Hafizah. Seronok sungguh setelah 30 tahun dapat menatap wajah Hafizah dan ibunya yang penyayang tu. Azidah tiba setelah beberapa minit, semakin rancak perbualan kami sehingga tak sedar sudah pukul 4.00 petang. Kami beredar dan berjanji untuk terus bertemu di lain masa pula.

Kisah Mimbar Masjid Benut: PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG…

Imej
PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG… dari mimbar hj siraj Dah 30 tahun meninggalkan SMSJ. Pendek kata murid-murid yang ada di SMSJ hari ni belum ujud kita orang dah keluar memperjudikan perjalanankehidupan ini. Mulanya disini.. Lahir di Kampung yang serba kekurangan. Kampung Parit Serom, Benut, Pontian. Tak de la api dalam kaco Air dalam bosi. Dulu aku ni teruk sangat.. Nakal bukan main. Main kat sawah dan sungai je hari-hari. Kalau aku fikir-fikirkan seolah-olah aku ni memang takkan jadi orang (bak kata pepatah). Tapi Allah Taala dah tentukan aku cam ni.. Kesimpulannya.. KALAU NAMPAK BUDAK-BUDAK COMPANG CAMPING JANGAN ‘JUDGE THE BOOK BY ITS COVER’. Alhamdullilah.. Mak meninggal ketika aku umur 3. Kakak aku yang membuai ketika aku sakit, membasuh pakaian aku, cebukkan dan mandikan mengantikan mak aku. Aku masuk sekolah darjah satu ketika umur 7 tahun. Caya tak? Aku cakap Melayu sepatah dua je yang tau! Kampung semuanya Jawa sampai Cina pun cakap jawa! ...

Said Ahmad

Imej
Banyak-banyak terima kasih kepada Sukimin kerana mencadangkan perjumpaan mini tempuhari di Subang Jaya. Pada mulanya saya tidak menyangka yang posting saya dalam sajohagroup mendapat response daripada kawan2 semua terutamanya Member, Sukimin & Noorsham . Cadangan bermula daripada Head Boy kita dulu juga i.e Dr. Shaari Yusof kita iaitu semasa saya terserempak dengan beliau & Azman Rahim semasa menghantar anak masing2 ke klinik UPSR di UTM Skudai bulan Julai yang lalu. Tetapi sehingga kini saya dapati kurang maklumbalas daripada kedua2nya terutama Azman Rahim, almaklumlah mungkin masing2 sibuk dengan tugas mereka masing2. Kita teruskanlah niat murni ini dan InsyaAllah minggu depan saya akan ke Kluang untuk merancang apa yang sepatutnya dan segala maklumat akan diberitahu selepas itu. Mungkin saya akan perlukan bantuan selepas ini dan diharapkan ada yang sudi membantu untuk menjayakan perjumpaan ini. Yusof Mohd jangan khuatir saya cuba memberi seberapa banyak sokongan untuk me...