Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kenangan mengusik jiwa

kekasih lama

Imej
Assalammualaikum Salam Sayang satu Batch aslam hormat untuk Sajohan Salam sejahtera untuk pembaca blog Kita hampir sebaya, kalau tua pun si Am tulah..1.1.61 atau yang muda Norsyam. Namun bolehlah dikatakan hampir sebaya. Masa telah mengheret kita ke angka 54 tahun , next year 55  Semoga panjang umur, murah rezeki dan ditingkatkan iman] Usia kita mula mengajak bersama sang uban, ada yang kena dirambut, misai, janggut atau kening...[ kat ketiak pun ada sikit sikit..hahahaha, maaf berseloroh je..] Usia kita menarik kita kesatu sudut slow and steady...tak gopoh sangat dan agak sabar dan banyak memerhati dan berfikir. Namun jangan lupa, usia kita menjadikan kita seorang yang suka kembali mengingat kawan lama dan kisah lama...sebab tu orang tua tua suka bercerita kisah zaman jepun, zaman perang, zaman dia susah...untuk ditinggalkan cerita itu kepada anak cucu....ok. Baru baru ini aku ada mendengar keluhan hati seorang kawan semasa aku bermesyuarat di Kuala Trengganu...Di...

memang nostalgic

Imej

Ko Ko Masa di SMSJ

Imej
Assalamu'ailakummmmmmm.......! Senyap jer rumah ni........ Aku pun sebenarnya lemas menengokkan rumah ni yang sunyi sepi sejak dua menjak ni. Aku rasa tuan rumahnya sebok sangat lagi, so aku saja-saja lah ziarah....hantar kuih sikit, sedap ke tidak tak tau lah yer..... teman bukan pandai sangat buat kuih jenis ni.....heheheeh....udah masuk bunyi Peghak la pulak yer! Masa kat SMSJ ( ini cerita koko akulah yer...) rumah sukan aku...rumah purnama lah! Hidup Mr Paul!! hahahah. Aku ni bukan orang sport (pakwe aku yerlah!, tapi masa tu aku sakit hati jer kat dia sbb rumah dia ( rumah buana) selalu jadi juara...... Tapi bila dia dapat banyak medal emas masa hari sukan, dia bagilah kat aku satu ...sbb dia kesian aku tak dapat apa-apa medal pun! ( masuk march pass pun tak menang!) geram betul aku...naik hitam berkawat setiap petang! Tapi dalam bab-bab pementasan.....haaa, rasanya aku jarang missed! Bukanlah jadi penyanyi pulak....suara aku tak merdu... tapi kalau koir ke, boria, tarian a...

Lagu-lagu kenangan

Sementara menunggu hati Bagio cair, aku buatkan jugak entri ini untuk menunaikan tanggung jawab yg di amanahkan oleh Usop iaitu minggu ini adalah giliran M2 untuk menghantar entri di blog ini. Aku tak pandai nak buat entri yang lawak atau yg ilmiah. Hanya bila mendengar lagu Uji Rashid yg Usop muatkan dalam blog ni , buat aku teringat beberapa lagu lagi yg menjadi pujaan kami semasa bersekolah di SMSJ dulu. Oleh sebab aku ni budak M dah tentu lagu melayu yg mendominasi lagu-lagu pujaan aku. Masa tu selain lagu-lagu Uji Rashid, lagu J Mizan ( hari ini kau datang riang), DJDave ( maafkanlah ), Sharifah Aini, Rafeah Buang, M Nasir dgn Yunizar Hussin ( aku terbayang Bakyah meniru mimik muka yunizar bila nyanyi lagu ni) A. Razak ( rasa mcm ada pertalian saudara dgn Ha)...dan ramai lagi. Bila masuk bab lagu Indonesia pulak, mestilah d'loyd ( lagu' ibarat air di daun keladi' tu lah), dan lagu 'widuri' ( yang cukup famous tu sampai Abg Jamaludin, head boy 1976 terkenal sbb ...

CIKGU RUBIAH

TERINGAT CIKGU RUBIAH Dia mengajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 1 di SMSJ pada tahun 1974 . Dia juga warden asrama puteri . Saya memasuki SMSJ Kluang pada bulan Jun 1974 bersama Aini , Iss , Noni , Jamaliah , Rohana , Bakyah , Jamaiah , Rozie (second intake) Pertama kali memasuki kelasnya , saya rasa macam hendak demam sebab suara , perkataan , lirik mata dan gerak badan kelihatan garang . Memang saya takut terutama bila dia memeriksa apron . Di sekolah lama saya mengambil Perdagangan , bukan Sains Rumah Tangga . Bila di SMSJ , saya terpaksa mula mempelajarinya . Saya belajar membuat apron di asrama daripada Fati . Masa itu saya dapati Fatipun kelihatan takut juga masa di kelas bila bercakap dengan Cikgu Rubiah . Suara Fati antara dengar dengan tidak . Oleh kerana takut , saya tidak berani bersembang dengan Cikgu Rubiah . Namun , jauh di sudut hati saya memujinya kerana dia seorang wanita yang ideal - pandai masak , menjahit , menyulam , berpakaian sopan yang sedap mata mem...

Jumpa Nasrudin

Imej
Tadi masa aku pergi ke SSP nak jemput anak aku balik over the weekend, aku sempat bertemu dengan Nasrudin. Anak aku form 3, anak dia form 4. Lepas kita orang beri nama anak masing-masing untuk dibuat annoucement, kita orangpun bersembanglah. Walaupun singkat tapi banyak jugalah yang sempat diceritakan..... Bila jumpa dalam asrama, segeralah kita berdua teringat zaman sekolah dulu. Sebab masa kita jumpa tu anak dia tengah ada kelas add maths, maka pemula cerita pun pasal add maths jugalah. Jadi keluarlah nama-nama cikgu yang pernah ajar kita add maths macam Cikgu Nordin, Cikgu Husin Lazim dan Pn. Sim Gam Poh. Hmmm dalam waktu yang singkat tu, sempat juga soksek pasal YB Ahmad Maslan yang baru aje dilantik menjadi Timbalan Menteri. YB ni masuk form 1 kat SMSJ pada tahun 1980. Dia sama batch dengan Zainal Alam (Astro) dan Arab (pencipta lagu dan penyanyi lagu Bila Bulan Berwarna Biru). Pada yang tak ambil form 6, mungkin tak kenal dia orang. Tapi yang buat form 6 pun aku rasa ada yang tak...