Kawan Lama Datang Beraya
Jam 8:15 malam aku terima satu panggilan telefon lagi menyatakan yang dia dah on the way ke rumah aku. Aku pun maklumkan kepada isteri tersayang aku bersiap sedia dengan segala juadah yang sudah dia siapkan dari petang lagi. Yang nak datang ni orang Muar asalnya jadi isteri aku masakkan mee bandung Muar untuk dia sekeluarga. Jam 9:00 dia pun sampai rumah aku. Berdua aje dengan isteri dia.
Azhar Shahruddin aka Azhar Naga
Azhar bersama isteri
Azhar masa kat SMSJ dulu sampai form three aje. Tapi lepas form three kami selalu berhubung sebab tu pertalian tu masih akrab apalagi kekawan kita yang dah bersama sehingga ke tingkatan lima, sudah tentu keakrabannya lagi menebal. Jadi jangan lupa ..........................................................
13 Disember akan datang. Tarikh keramat untuk kita semua bersama-sama memanafaatkannya.
Lama juga si Azhar berborak sambil surfing blog ni kat rumah aku. Aku ada kata kat dia yang Usop ada nak turun JB raya ni. Jadi aku suruh dia contact si Usop dulu untuk confirmkan supaya aku dapat kumpulkan kekawan kita yang lain untuk berkumpul sekali i.e. Jastan, Umat, Kamal dll. Kumpul dan jumpa kat rumah aku aje kat Pasir Gudang. Tak kisah siang/malam boleh borak-borak panjang, tapi mesti confirmkan awal2 takut aku kena outstation.
Aku bersama Azhar tengah surfing blog SMSJ
Harap selepas ini pertemuan saperti ini akan berterusan untuk semua kawan2 kita yang lain. Rumah aku sentiasa terbuka kepada semua kawan2 lama untuk datang.
Ulasan