SYUKURI NIKMAT ALLAH
Lebih bermakna jika menjadikan kesusahan lalu sebagai penanda aras dalam mendaki puncak kejayaan. Tanpa hasil kerja keras mana mungkin dengan mudah kejayaan berada dalam genggaman. Dalam erti kata lain, jangan hanya memandang ke atas hingga lupa di mana bumi dipijak. Kita sebagai hamba Allah yang daif perlu mensyukuri nikmat yang diberi kepada kita. Kita pernah bersekolah di sekolah pilihan yang menjadi igauan kepada setiap ibu bapa untuk menghantar anak2 bersekolah di sana. Kita pernah mengharungi kepayahan dan kesenangan sepanjang bersekolah. Begitu juga kita pernah merasakan selepas habis persekolahan. Hasil dari persekolahan kita telah menikmatinya pada hari ini. Rata2 kehidupan kita dalam keselesaan. Kita harungi kehidupan berumahtangga dengan aman bahagia.Hasilnya kita dikurniakan cahayamata yang sememangnya menjadi idaman bagi pasangan berumahtangga. Kita harungi kehidupan dalam pergolakan untuk membesarkan anak2 yang menjadi tanggungjawab kita.Hasilnya ada yang telah mendap...