Beraya di rumah Bekas Headboy SMSJ 78
Siapa yang tak ingat headboy kita pada tahun 1978. Tidak lain dan tak bukan Tn.Dr. Hj. Shaari Yusof kita. Hari Raya ke3 aku call dia, tapi dia masih di rumah mentua di Kajang. Dia beritau aku yang dia akan balik JB hari Sabtu jadi aku set dengan dia nak beraya dengan kekawan seangkatan di rumahnya pada hari Ahad tengahari. Aku pun call semua yang ada di JB atau yang ada balik JB untuk majlis hari Ahad tu antaranya Fuad Shoib, Hj. Samsuddin Md Dom, Kamaluddin Mohamadon, Jastan Inas dan Azman Rahim manakala yang lainnya aku ada hantar sms antaranya, Umat Salleh, Ibnu Hajar, Zulkarnail Zakaria dan ramai lagi.
Pada sebelah malam semasa raya kat rumah Batan, aku dah janji dengan Bagio untuk saing bersama-sama ke rumah headboy (ooops.......... bekas). Pukul 11-00 pagi terus ke rumah Dr. Hj. Shaari kita tapi lambat sikit sebab si Bagio dah tersesat almaklumlah sesekali masuk bandar itulah jadinya. Tapi akhirnya sampai juga ke tempat yang di tuju. Sampai-sampai Umat Salleh dah lama sampai dan dah makan pun.
Umat Salleh seronok menjamu selera.
Di belakangnya Bagio.
Walaupun ramai yang dihubungi tetapi ramai yang tak dapat hadir kerana kebanyakkannya terpaksa menghantar anak masing-masing kembali ke asrama sekolah masing-masing. Apa nak buat last minute plan macam itulah jadinya.
Umat bersama isteri dan kedua anaknya
Umat dan Dr. Hj. Shaari Yusof
Bagio, Noorsham, Dr. dan Said Ahmad
Si Noorsham balik awal sebab ada golf appointment pukul 2-00 ptg walaupun hujan lebat dah turun. Lepas aje majlis kat rumah Dr. Hj. Shaari aku terus pelawa Bagio datang rumah aku sebab hari ini (Ahad) saja yang aku boleh entertain dia, esok hari Isnin aku dah mula sibuk. Jadi terpaksalah layankan kawan lama yang seorang ni.
Sedang asyik melayari Blog SMSJ
Khusyuk yang amat sangat
Kiri - Sameha Mohd Said melayani isteri Pak Roslan
Khusyuk yang amat sangat
Kiri - Sameha Mohd Said melayani isteri Pak Roslan
Ulasan
Said,
tahniah kerana awak begitu gigih menjejaki kawan2 batch kita..begitu jaga dgn membar, usop, sukimin dan yg lain. Oleh kerana Said berada di JB, saya minta jasa baik said utk menjejaki Aliah Hussin...dia mengajar di Sek. Men Taman Universiti 1, Skudai.(berhampiran dgn rumah saya dahulu).Bila saya berpindah ke Tg Malim, saya lost contact dgn dia. saya cuba call tapi no respond, ini no. nya...0197756657.Semoga Said berjaya menjejakinya. Salam dari saya untuk Sameha juga...
aku ada gambar yang diambil semasa acara di Ayer Keroh, Melaka. nak hantar, tapi tak da email address kau.
-azhar aziz-