Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lagi kawan kita telah ditemui

Abu Bakar Ali - 5E2 1978

Jumaat lepas terserempak dengan Hj. Yahya Selamat kat Batu Pahat semasa dia melintas jalan sedangkan aku dalam kereta. Sempat juga jerit kat dia, lepas tu call dia ajak pergi ngeteh, maklumlah petang pukul 3.30. Dia janji akan call balik kerana lama ada urusan di bank. Tunggu punya tunggu, aku pun teruskan perjalanan aku ke Seremban kerana SMSJ hantar kontinjen ragbi untuk kejohanan jemputan KGV Seremban & Sabtu pagi ada mesyuarat SAJOHA kat Kajang. Semasa dalam perjalanan antara Pagoh & Tangkak aku terima panggilan dari Hj. Yahya tetapi nombornya berlainan. Selepas bercakap dengan dia seketika aku bercakap dengan tuan punya telefon. Dia tak lain tak bukan Abu Bakar Ali, classmate aku budak Batu Pahat tu. Dia sekarang bertugas di pejabat pelajaran daerah Batu Pahat bersama2 Hj. Yahya kita. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi Abu Bakar, silakan : 019 723 4153

Noraini Samin

Imej
Petang tadi, Fati chatting dgn aku minta carikan apa berlaku pada Noraini Samin pas tu Kimin plak sms. Masa tu aku baru bangun tidor. So lepas mandi aku siap2 la nak g ke Bakri untuk menjejaki kawan sekelas aku ni...guru pakar dan guru cemerlang SMS Muar. Dah beberapa kali aku hantar sms kat dia tapi tak pernah balas. Kadang2 aku terfikir mungkin darjat aku dengan kawan2 aku ni tak sama, aku kat bawah mereka di atas tapi atas nama persahabatan aku padamkan aje fikiran2 mcm tu. Dalam perjalanan ke Bakri, aku sempat menelefon kawan aku d TNB Batu Pahat untuk bertanyakan Abu Hashim Hasan. Bila aku sebut nama Abu Hashim dia terus kata "budak yang pakai cermin mata tebal tu ke?" aku kata ya lah. Dia kata unit di mana Abu Hashim ditempatkan telah dibubarkan dan pekerja-pekerjanya telah ditukarkan di beberapa tempat termasuk KL mulai bulan Dis 08. Frust aku bila dengar macam tu tapi dia janji akan carikan di mana Abu Hashim. Sampai Bakri, aku cari Noraini dirumah ibubapa dia dan jir...

Menziarahi Rakan Sempena Aidiladha

Imej
Aidiladha tahun ni memang bermakna bagi aku dan semua rakan2 semua. Aku cuba menjejaki Azman Hassan dan akhirnya dapat juga berjumpanya di rumah orang tuanya di Batu Pahat. Harap maaf kerana lambat upload gambarnya sebab petang tu juga aku dah terus ke KL kena jam pulak kat senawang berjam2. Malam ni (Selasa) aku kat rumah Sukimin di Kinrara baru dapat upload & publish dalam blog ni. Selepas berborak panjang lebar di rumah Azman, aku, Kamisan dan dan isteri aku terus pergi beraya ke rumah dr. fauziah manan di parit bilal. Aku terpaksa pergi sama sebab nak pastikan tiada apa2 cerita kelak almaklumlah sejak2 kebelakangan ni macam2 cerita yang dikaitkan dengan si ogy ni. Semoga dengan gambar2 yang aku siarkan ini akan mengubat rindu kekawan kita sebelum bertemu pada 1312 nanti. Sesiapa yang nak contact Azman Khyber no. handphone dia 0192123328 . Dia bertugas di TNB di KL. selamat berhubung sebelum kita ramai berkumpul nanti.

Tumiran dijumpai

Tumiran Ahmad dari 5M2 telah ditemui. Pak Roslan baru aje beri nombor tepon dia 0176214090. Dia baru aje bertukar ke RHB Islamic Bank di Batu Pahat dari Muar. Aku dah kol dia dan dia confirm akan datang. Sementara itu Jamil Sharan (mungkin ada yang dah ada) contact number dia ialah 0177049955. Azhari yang beri aku pagi tadi. Ini pulak ialah info ringkas yang aku dapat cari dari SPR mengenai dia orang ni. Kena mintak tolong sesiapa yang dekat untuk terjah: 1- Abd. Jalil Ismail - Perigi Hang Tuah Duyong / Melaka 2- Zaidi Ibrahim – Kg. Parit Zing/Parit Zing/Gambir/Muar 3- Yahaya Sadikon - Jln Molek 2/26 Tmn Molek/Johor Jaya 4- Abdul Razak Bin Maharani - Slk Semabok Dalam/Semabok/Melaka 5- Sarian Bin Aman Jln Johor /Kampong Duku/Pekan Nenas/Johor 6- Norahmad Bin Said Kuarters Pertanian Mardi/Bukit Ridan/Rompin 7- Jama'iatul Khair Binti Jamil/Parit Mesjid/Kampong Rimba Terjun 8- Md Ja'afar Bin Sulatin Tmn Jaya/Padang Temu/Telok Mas/Melaka 9- Shamshul Bin Abdul Jabar Tmn Ampang Indah...

Mini Gathering: Am Mansor, Jamil Sien & Amin Ali Zin

Imej
Inilah lokasi bersejarah tempat Mini Gathering berlangsung pada 30 Ogos 2008 yang lalu - Restoran Nasi Kandar Pelita, Subang Jaya Gambar menunjukkan model nasi kandar sedang beraksi . Kelihatan jauh di belakang ialah Mimbar dan Jamil Ketibaan Azhari disambut oleh Jamil dan Mimbar - selepas 30 tahun tidak berjumpa Giliran Amin Ali Zin pulak yang tiba Am Mansur disambut oleh Mimbar dan Amin Ketibaan Md. Nor Mereka yang hadir dalam MG kali ini Md. Nor, Sukimin, Jamil Sien, Member, Am, Azhari dan Amin Kali pertama Mini Gathering (MG) ni dibuat pada waktu pagi. Kalau dulu masa MG kat Pelita ni kita buat kat tingkat atas, tapi kali ni buat kat bawah. Aku dengan Azhari sampai awal daripada masa yang dijanjikan, tapi rupa-rupanya ada orang lebih awal sampai dari aku. Seperti biasalah siapa lagi kalau tak si Mimbar ni. Dia datang sekali dengan Jamil Sien. Memang happening betul perjumpaan kali ini. Agaknya sebab esok nak raya korban kot. Kau orang tahu ajelah dia org tu memang sekepala mas...

Mini Gathering: Azhari Ehsan 5M2

Imej
Seperti biasa kalau pertemuan aku yang atur, tak pernah aku sampai awal. So...siapalah agaknya yang jadi mangsa menjadi penyambut tetamu? Siapa lagi kalau bukan si Mimbar. Bukan sekali dia tolong, dah tiga kali! Terima kasih Mimbar. Lokasi yang ditetapkan oleh Mimbar ialah Restoran Lenggong, Seksyen 20. Bila dah tiba kat situ, akupun kol si Azhari untuk beritahu restoran mana kat area situ yang telah ditetapkan. Aku pikir dia masih on the way sebab masa aku mula bertolak dari Putrajaya, dia masih kat Seri Kembangan. Tapi bila dia jawab rupa-rupanya dia dah tengok dok bersembang dengan si Mimbar - malunya aku! Masa muula melangkah masuk restoran aku dah boleh cam dia. Pada aku raut wajah dia tak banyak berubah cuma saiz badan dia aje yang diluar jangkaan aku sama sekali. Kalau kita ingat masa mula masuk SMSJ 1974 di SSI dulu sampailah tamat sekolah di Kluang 1978, saiz badan dia adalah antara yang terbesar. Kalau kelas aku dulu 5M1 si Fuadlah yang paling tinggi. Kita masa form 1 dulu ...

ROSLIE AHMAD & MUSTAFA KAMAL AHMAD 5E1

Imej
Salam kawan-kawan Semalam aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan2 kita yg telah dikesan di Melaka & Seremban. Salah seorangnya adalah Mustafa Kamal yg bertugas di Agro Bank Alor Gajah Dah ada tiga anak tp berada dgn isterinya di Rengit Batu Pahat kerana tugas.Jadi kawan kita ni duk bujang aje di Alor Gajah. Dia tak dapat nak join pd 1312 ni kerana ada family day bank pd hari 1312 walaupun hati berat nak join tp apa nak buat. Seorang lagi adalah Roslie Ahmad yg bertugas di Sek Men Sains Seremban Dia ni merupakan pemain hoki Sains Johor yg gambarnya telah dipublishkan oleh Sukimin tempohari Dia akan hadir pd 1312 nanti. Kat sini aku ada postkan gambar diaorang mas a perjumpaan tersebut

ABD RAHMAN MOKHTAR

Imej
Aku ambil kesempatan masa aku di KL untuk mencari seorang lagi kawan kita ini. Minta bantuan daripada Kamisan Mat. Alhamdulillah dengan kebesaranNya aku dapat berjumpa dengannya di pejabatnya di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Dia masih mesra saperti dulu cuma fizikal dia dah banyak berubah almaklumlah seorang korporat yang amat berjaya. aku tak bawa kamera maka tak adalah gambarnya tetapi selepas hampir 4 jam berborak kat ofis dia aku dan isteri pergi makan dengan dia dan masa tu dia ada ambil gambar dengan kamera handfon dia. Bila dia email gambar yang dia ambil tu aku akan post balik dalam blog ni.

Faraza Mahmud 5E1

Terbaru peroleh maklumat daripada sesorang. Faraza bertugas sebagai Jurutera di RTM Angkasapuri. Md Khair harap dapat sahkan. Ini no. telefon dia. Harap all the ladies can start contacting her. 012 2052241