Selasa, 28 Oktober 2008

Kunjungan Rakan

3 sekawan , gajah, Razak dan Zahar....Azida kau kenal ke dia?



Teka, mereka tengah buat apa? Menjengok blog smsjohor kluang di komputer rumah aku.




Gajah dan Zahar tengah baca blog smsjohorkluang




Aku, Aini dan suaminya Dr. Rozlin



27 Syawal 1429, beberapa orang kawan kita sempat berkunjung ke rumah aku di Tg.Malim. Alhamdulillah, walaupun jauh aini dan gajah sanggup datang ke rumah aku untuk menambah eratkan lagi ikatan persahabatan yang memang sedia erat. Di tambah pula dengan kedatangan Zahar (5e2) dan Razak (senior kita batch Lokman).Kedua-duanya pensyarah di UPSI.

8 ulasan:

Azida berkata...

Salam. Zahar tu rasanya yang kecil aje dulu kan? Lain la rupa mereka, kalau selisih pasti tak kenal. Bestnys depa dtg rumah kau fatti.... Jealous aku...

Sukimin berkata...

rugi tak dpt g umah kau fati. Razak tu aku pernah jumpa masa dia ngajar di star. Apa2 pun tahniah atas posting kau nie

fati berkata...

Min , betullah tu...Dr. Razak sekarang jadi ketua jabatan Fizik di UPSI dan Zahar pulak ialah pensyarah di Fakulti Teknology Maklumat UPSI

Noorsham berkata...

Azida, bukan Zahar je yg kecil dulu. Gajah tu dulu pun sebenarnya kecil jer, kalau x silap saya...cuma panggilan jer gajah..apasal eyy? Apa pun seronok tgk korang berkumpul2, mesti byk citer yg tak hbs2 diperbualkan. Zahar tu dulu saya kejar dia masa Fosis Convention kat England n panggil dia 'baby' tp dia lari...sorilah Zahar, mintak maaf byk2...dah terbiasa. Skrg nak panggil Zahar jer..ok?

Azida berkata...

Salam. Haaa betul la Sham...kita dulu panggil dia 'baby' kan? Kau masih panggil dia camtu ke? Hehehehe....

kembara kelana berkata...

baby dan razak di upsi...aku mengaji diupsi tak tak jumpa...lepas aku buat blog baru jumpa...secara maya. baby ni memang kenal sangat...semua kawan kawan panggil dia baby..dia memang kecil, comel macam baby..kalau aku jumpa sekarang pun aku panggil baby keduanya ada dua zahar...seorang lagi dipanggil naga sebab matanya merah dan hisap rokok mengeluarkan asap yang banyak...dia tak reti sedut lagi masa tu...razak, memanglah aku kenal..senior kita memang kita rapat...yang aku frust ialah masa aku bermain di fakulti ekonomi dan perniagaan tak jumpa lansung mamat dua orang ni..termasuk suaminya fati..super senior kita...itulah ek, tak ada rezeki...senin lepas aku jumpa azman rahman al arab al saudi...dikuantan...dia kirim salam pada semua kawan kawan dan minta maaf sangat tak dapat bersama pada 13.12 nanti sebab dia di saudi...rupanya dia pakar IT sekarang ini...dari mulut dia aku dapat tahu amir dan goyang..dia juga pernah jumpa shahblack di KL..dia seronok sangat kalau dapat dapat jumpa kita...anyway kita doakan dia selamat dirantau orang, isteri dan 5 anak nya di keramat. terima kasih said beri telefon azman, malam kau beri esoknya aku jumpa dia...lihatlah kebesaran tuhan kepada kita jika kita ikhlas nak menyambung silaturahim sesama kita.. fati..minta maaf takd apat datang...aku jauh..tunggu mac nanti ya..azida, terima kasih sudi angkat tipon, dengar suara kau..sukimin pun sama, norsyam..abg aku boss tnb di alor star..kalau kau ada urusan mengenai letrik dan tnb jumpa hj shamsudin mohamad..kau seru nama aku...ok. semoga berjaya semua

Noorsham berkata...

usop, tima kasih di atas maklumat kau tp kau lambat skit jer. Hari tu aku berhempas pulas nak masukkan elektrik kat kilang aku. Ingatkan tnb dah korporat, jalan keja pun pro lah...rupanya keparat gak...hehehe. Lps tu, bila aku bagi cheque utk byr deposit n masukkan cheque hari yg sama untuk tambahkan fund menampung cheque tnb tu...rupa2nya timing lari n belum sempat cheque yg aku masuk tu clear, cheque yg lagi satu dah kena tendang...eeiii!...geramnya aku. Skrg tnb hntar surat kata cheque tendang, aku rasa mcm nak tendang jer bank tu...hehehe

kembara kelana berkata...

sham ..aku dah call abg aku kat alor star tadi, dia pun suka sangat ada anak melayu yang jadi korporat macam kau...dia akan bantu..kau just beritau dia paa isu yang berbangkit dalam mengurus kilang yang melibatkan bekalan ... rumah dia kat kuaters tnb depan hospital alor star..kalau kau tengok dia, rupa macam kembar dengan aku..sebab seliseh setahun..aku akan ke sana mac nanti...jumpa kau juga disana.. dia control, sg petani, pendang, alor star, langkawi..ok.