SEKOLAH TAMAN
Nampaknya admin blog kita masih sibuk dan pening2 lalat lagi. Bagio pula sambungan sistem toolsnya pun masih belum pulang ke Malaysia. Jadi aku masuk le lagi. Kali ini nak cerita pasal seorang cikgu kita semasa di SMSJ. Kita tengok kartun yang aku masukkan menceritakan cerita Sekolah Taman atau Sekolah Ladang. Ada Kerbau, ayam, itek, kucing dan monyet. Jadi aku teringat le dengan cikgu kita tu. Cikgu yang aku maksudkan nak dikatakan Melayu aku rasa tidak, sebab bila dengar cakapnya masih tebal lagi. Kalau nak kata Jawa aku rasa memang Jawa. Cikgu ni menganjar Ilmu Hisab Moden (Metametik Moden) semasa tingkatan 2 atau 3 (tak berapa ingat) bagi kelas-KELAS 'M'. Cikgu ini pernah menjadi warden kita. Kalau tak silap dia berkereta Toyota KE10. Orangnya memang kemas dan handsome. Lepas tukan cikgu ni berkawan rapat dan baik pulak dengan warden asrama perempuan. Bila aku terpandang kartun yang aku lampirkan maka aku teringat le satu perkatan yang dia ucapkan semasa di kelas aku.Pe...