Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel takziah

Takziah

Baru balik dari P. Redang, semalam ke KL pula atas urusan kerja. Dalam perjalanan pulang dapat maklumat ayahanda kepada isteri (bapa mertua) sahabat kita Noorsham Yusof meninggal dunia. Dia sekeluarga terus bergegas ke K Kinabalu semalam kerana bapa mertuanya sudah lama menetap di sana. Takziah diucapkan kepada Noorsham sekeluarga dan diharap banyak-banyak bersabar dan senantiasa tabah menghadapi segala dugaan hidup ini. Setiap yang hidup pasti akan mati. Al Fatihah.

Ayahanda Mohd Razif Hj. Yahya kembali ke Rahmatullah

Kekawan semua, pagi ini dapat SMS daripada Razif aka Atuk mengenai ayahandanya Hj. Yahya Ikram yang telah pergi buat selama2nya pada 17 Jan 09 jam 10pagi di Hospital Pakar Pantai, Batu Pahat, Johor. Kepada Razif dan keluarga, takziah dan banyak2lah bersabar. Sama2lah kita mendoakan semoga rohnya dicuri rahmat dan dimasukkan dikalangan orang2 yang soleh. Al Fatihah P/S Razif contact no. 013.360.4228