Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Taksonomi Cinta

Taksonomi Cinta : Lagu Dari Kamar

SMSJ78 Assalammmualaikum Salam Sayang satu batch Salam Sajohan Salam sejahtera pada pembaca Memang sibuk. Kerja tak berenti-renti. Keluar rumah pukul 7.00 pagi balik pukul 7.00 petang. Pelbagai bidang, lokasi, aras, kategori aku dah lalui. Mengumpul pengalaman yang berharga untuk menjadi seorang yang knowledgeable, berkemahiran tinggi dan bersahsiah baik. Aku nak repair imej dan reputasi yang pernah tercalar. Dalam masa yang sama aku tak pernah lupa pada blog batch 1978 ini. Ada seorang kawan tulis.... usop....smsj ni terlalu signifikan dalam hidup u ...yer...sampai begitu banyak sekali kisah di smsj yang u tuliska n Tidak kurang juga yang membaca secara diam diam ...tak komen tetapi menjadi peminat setia blog ini, tiba tiba kawan aku cakap ....sop..kenapa ko tak tulis lagi...aku baca hari hari blog kau...frust aku sebab tak ada entri baru... . ada yang wasup ada yang email dan ada juga bercakap melalui telefon. Aku rasa gembira dan excited nak menulis lagi, walau pun...

Taksonomi Cinta : Putus sudah harapanku

Imej
Menjelang tahun 1979 aku menerima satu tamparan yang paling hebat dalam hidupku. Usia baru menjejak 18 tahun, aku di keluarkan dari SMSJ dan diminta meneruskan pelajaran di Muar disekolah biasa. Namaku di hantar ke SDAD, Sek Datuk Seri Amar Di Raja. Aku tidak lagi dapat menyakinkan pentadbiran SMSJ pada masa itu sebagai seorang pelajar yang baik dan berguna. Aku di lihat berpontensi lulus sahaja dan kemungkinan besar berpotensi menjadi pemimpin pelajar yang membangkang dan mempengaruhi orang lain. AKu tanya kenapa, mereka kata awak tak layak bersekolah sini, aku kata...saya ditawarkan ke form six disini, bukan itu tanda saya layak dan mereka kata aku melanggar disiplin. Masa bila? aku tanya...awak orang pertama membotakkan kepala tanda protes kepada guru pada tahun 1976 dan dan tahun berikutnya berbelas belas orang membotakkan kepalanya,..awaklah yang pengaruh ni...sumpah cikgu,...demi allah saya tak ada pun suruh atau mempengaruhi mereka....dan kalau saya salah kerana membotakka...

Taksonomi Cinta. : Puisi utk Sekolah Sains

Imej
SMSJ78 Disini Dedikasi:SMSJ Disini disini ada belaian syahdu kupotretkan buat kenangan di dalam memori hidup disini ada memori sedih ada air mata berjuraian mencari erti kehidupan seolah tiada akhirnya disini bersama terik sinar mentari dan keheningan pagi tiada lagi kumeniti ruang terbentang apakah dapat kutempuhi kembara sesunyi ini kembara kelana batch 1978

Taksonomi CInta : Cinta yang lara

Imej
Assalammmualaikum Salam Sayang Satu Batch Salam Sajohan Salam sejahtera untuk pembaca blog Ini juga entri lama...telah dipostkan dulu. Tetapi ketika itu tsunami Facebook melanda. Blog tak mendapat sambutan...namun aku terus menulis...dan menulis walaupun tiada yang membacanya. Kini tsunami Whasapp dan telegram pulak melanda, Fb mula menjadi pilihan kedua lepas wasup. Whasapp dapat merangkaikan blog dan blog dapat dibaca dengan mudah dengan sekali klik pada link itu....jadi blog ni kini mula dibaca semula. Catatan dari blog menunjukkan setiap entri yang aku post kini mendapat 50-75 pembaca...kira oklah tu...tak kiralah sesaorang tu baca banyak kali pun. Bukan nya apa...bila aku menulis atau lain lain author menulis, dan ada orang membaca rasa hilang letih menulis tu...hehehehe...tapi tak paksa yer...sapa ada kelapangan bacalah... Ini kisah sebuah cinta lara yang melanda budak sekolah sains menurut persepsi dan andaian aku sahaja...kalau salah...minta maaf. Dan kebanyakkann...

Taksonomi cinta : Pelarian cinta

Imej
Assalammualaikum Salam sayang satu batch Salam sejahtera Entri lama lagi...aku post semula dgn sedikiy edit sana sini.... Hujung minggu ni. Bole jugs baca baca kan.... Aku dah banyak kisahkan kisah perasaan dan kasih sayang antara kita dan kisah di celah celah kehidupan kita. Barangkali ada yang suka membaca dan ada juga yang mengatakan aku ni mat jiwa jiwa. Aku masih ingat lagi kawan kawan ngutuk aku pasal aku pakai nama samaran kembara kelana, apalah lu sop.....mat jiwa jiwa..sambil dia orang ketawakan aku ramai ramai...aku tetap aku. Aku tetap guna id tu, aku masih menulis kisah cinta. Kali ini kisah perlarian cinta. Cinta yang menyala boleh membuatkan sesaorang itu menjadi kuat dan bersemangat. Cinta boleh menjadi pendorong dan pembakar jiwa. Buktinya ramai kawan kita saling dorong mendorong dan saling jaga menjaga. Mereka menjadikan cinta sebagai pemangkin kecemerlangan akademik dan mencapai cita cita mereka. Mereka tetap bercinta, saling berjumpa, senyum dan bertegu...

Taksonomi Cinta : Belaian Bayu Malam

Imej
gambar hiasan SMSJ78 Alunan angin malam ni menyapa hatiku, membelai lembut jiwa sukmaku untuk aku mengalun sebuah irama sumbang ini lagi. Aku seakan tersadung di denai penuh duri. Gelap dan akar akar hari sentiasa mengait sepasang kaki usang ini untuk terus melangkah. Bisikan bayu bertanya, kenapa kau juga membisu? Di mana tegar dan tekal semangatmu dahulu? karyamu itu umpama membina jambatan silaturahim. Ketika membelai jiwa sukmaku, bayu malam berbisik lagi..kuatkan iltizammu, perjuangan sebagai wadah penyabung silaturahim bukan mudah dan bukan sementara, ini satu cabaran yang panjang dan kalau cabarannya sepanjang sungai kau mesti punya sabar seluas lautan...aku mengangguk setuju. Meski kau rasa kau berjalan di dalam gelap, percayalah sentiasa adaa cahaya dari mata mata yang kau sendiri tidak tau siapa, menerangi langkahmu, dan kalau kau sangka denai harimu penuh duri..percayalah semua duri itulah menjadi pagar pagar penyelamatmu pada satu ketika nanti...pesan bayu mal...

Taksonomi Cinta - Kasihnya Ibu

Imej
 Emak...... Assalamualaikum Salam sayang satu batch Salam Perpaduan Selamat hari raya aidil adha Hari ini hati aku sentap, aku re post entri lama aku dengan sedikit ubah suai.... Aku minta maaf kalau mengganggu...dengan tulisan dalam blog ini. Tak paksa pun. Tak baca pun tak ape.. Aku tulis untuk tiga hari berturut sebab lepas ni aku kena bercuti...disebabkan hari raya,,dan meeting. Aku masih lagi berlegar tentang kasih sayang rindu dendam cinta...juga,,,cuma kali ini tentang kasihnya ibu. Of cozlah mak aku...sebab aku tak dapatlah nak bercerita tentang emak orang lain. Kasih sayang yang kita terima adalah satu pengalaman yang indah dan penuh bermakna. Indah kerana apa yang kita kehendaki dan inginkan selalunya dituruti atau ditolak secara halus dan lembut. Bermakna pula adalah kerana segala-galanya seolah tiada halangan dan gurisan luka di hati dan perasaan. Namun adakah semua orang menikmati nilai nilai yang indah dan bermakna ini? Sudah tentu tidak, kerana s...

Taksonomi Cinta - Jom Tengok Wayang

Imej
SMSJ78  AJK Wayang Gambar 1977 Asalammualaikum Salam Sejahtera Salam sayang sama batch Salam Perpaduan Kepada semua kawan kawan satu batch, sajohan dan pembaca yang dikasihi.. Semoga semua sehat dan gembira disamping keluarga tercinta, didoakan semua ada rasa sahabat agar kita bersatu, bersilaturahim dengan harmoni dan menggembirakan. Kerana bila kita bersetiakawan, anak anak akan mencontohi perbuatan dan tingkahlaku kita. Malah tuhan juga merahmati kita. Insya Allah. Tengok Wayang. Satu dari episod yang menggembirakan semasa duduk di asrama. Memang tak boleh lupa...dimana biasanya akan ada iklan ditampalkan dan penggumuman di buat oleh AJK Wayang Sekolah.  Perhatian, malam ini jam 8.30 mlm satu pertunjukan wayang akan di adakan di tapak perhimpunan.....bla bla bla Screen besar di pasang. filem dari gelong besar di mainkan oleh AJK Wayang Gambar Sekolah menggunakan projektor macam di panggung wayang zaman 60an. Biasanya malam minggu. Malam sabtu d...

Taksonomi CInta - Kami bukanlah jahat sangat...

Imej
SMSJ78 Rumah Kami di kala senja....Blok B Asrama Putra. 1976 ..gambar ni memang nostalgia,  aku beli dari abg Form 6   Pelan Lokasi supaya senang diingat kembali semasa membaca Assalammmualaikum Salam Sayang Salam perpaduan Untuk rakan batch 1978, Sajohan dan pembaca sekelian. Hari ni free...kerja semua under control...so aku luangkan masa sikit pada blog. Aku kali ni nak memberikan penjelasan kenapa ramai antara kawan lelaki kelihatan nakal dan kekadang dipanggil budak jahat...untuk kawan kita di asrama putri sana tu...tau...sebab kita tak pernah diberikan peluang bela diri..hehehe Ingat senang...untuk sampai ke Sekolah Sains. Bila bas kluang berhenti...kita kan menyusuri dengan berjalan kaki membimbit bag...dan melalui Kuaters JKR dan ada padang bola sebelah kanan kita...kita terus mendaki bukit...kemudian jalan tu berpecah dua...kalau terus kita masuk kampung cina dan kita akan ikut jalan tar ke kanan...dengan melalui sisi padang bola l...

Taksonomi Cinta - Level of Love

Imej
SMSJ78   Assalammualaikum Salam Sejahtera Salam Kasih Sayang Terutama batch 1978 yang dikasihi, Sajohan yang di hormati dan pembaca yang disayangi Bersambung kembali... Aku mulakan dengan doa agar semua berada di dalam kebahgiaan dan keselamatan, dijauhi dari segala mara bahaya dan mala petaka, semoga semua gembira selalu, sebagaimana gembiranya hatiku ini kerana semua kawan kawan kini telah boleh bersembang dengan penuh mesra dan gurau senda. Sehingga kita sentiasa berhubung antara satu sama lain dengan pelbagai group dalam Whatsapp, telegram, FB dan lain lain. Blog ni kira macam dah ketinggalan...  Walau bagaiamana pun Blog kelihatan agak lebih ekslusif..lebih puas membaca, lebih puas menulisnya dan lebih puas diulang baca jika kita boring boring. Lagi pun blog ni sudah berusia 6 tahun...sayang untuk aku stop dan jika tidak update...Pak Google kita akan tamatkan perkhidmatannya. Ada yang bertanya...kenapa pilih perkataan taksonomi...apa tu...tak faham ...

Taksonomi Cinta - Sweet 17

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum Salam Sejahtera Salam Perpaduan Kawan kawan batch 78 khasnya dan Sajohan amnya juga pembaca yang mengunjungi blog ini. Ketemu lagi. Masih dalam Taksonomi Cinta. Kali ini tajuknya Sweet 17. Sebelum aku mula bicara tajuk ini, aku mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan menghulurkan ungkapan kubra...Alhamdulillah.. kepada rakan kita yang telah mendapat panggilan Ilahi untuk menunaikan fardu Haji. Smeoga rakan kita dan keluarganya selamat pergi, selamat mengerjakan dan selamat kembali. Sehat tubuh badan, cergas pemikiran, dipermudahkan segala pekerjaan yang boleh disifatkan sebagai fisabillilah. Berikan tumpuan dan fokus agar mendapat haji yang mabrur. Bagi batch kita tahun ini yang aku tahu ialah Zubaidah Ahmad 5M1 serta suaminya. Bagi batch 77 kak ima dari JB ( cikgu juga ) yang telah pun berlepas. Yang tidak aku ketahui yang terdiri dari sajohan...juga didoakan hal yang sama Juga kepada kawan kita yang dilanda sakit, semoga cepat sembuh, yang ...

Taksonomi Cinta - Biarkan bunga berkembang

Imej
SMSJ78 Assalammualaikum Salam Sejahtera 2014 merupakan tahun ke 40 kita berkenalan. Satu tempuh yang cukup dewasa. Cukup lama dan hebat. Namun adakah kita telah menggunakan masa 40 tahun itu untuk mengenali kawan kawan kita? Jawapnya tidak....kalau dikira kira ada antara kita masih belum bercakap selama 40 tahun sejak kita berkenalan. Tidak menunding jari kepada sesiapa. Aku sendiri belum satu patah perkataan pun bercakap dengan ramai kawan batch kita! Kawan perempuan dari kelas M2, E1, E2...terutamanya....jadi aku sebenarnya memang tidak boleh berbangga dengan kenyataan yang aku dah kenal dia 40 tahun lamanya. Mengapa itu terjadi? Adakah kita mahu anak kita mengalami nasib seperti itu? Masa telah berlalu....semua nya seakan akan berakhir...sebab ramai dari kita telah mula kembali ke rahmatullah...sebab itu aku sering ingatkan diriku sendiri, apabila berjumpa rakan se batch kita aku mulakan dengan doa ...cakap baik baik...gurau sedanya...diakhiri dengan doa..dan maaf....