Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel saja-saja

Senyum Sejenak

Imej

TIGA KELAS TAKBUR

Dalam mengenal takbur aku dapat mengelaskan kepada tiga seperti berikut:- Takbur Terhadap Tuhan : Takbur kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancaman-Nya dan memandang remeh segala syariat dan peraturan-Nya. Takbur Terhadap Rasul-Nya : Takbur terhadap Rasullulah saw ialah enggan mengikuti petunjuknya. Kebanyakkan orang pada masa kini tidak mahu mengikut ajaran Rasullulah kerana menganggapnya kolot, ortodoks, ketinggalan zaman dan pelbagai alasan lagi. Takbur Sesama Manusia : Orang yang takbur sesama manusia akan merasa dia lebih tinggi daripada orang lain dari semua perkara. Dirinya merasa dia adalah yang terhebat dan terbaik. Tambahan pula dia dipilih untuk memegang jawatan yang tinggi. Orang berpangkat tinggi merasa dirinya patut dihormati, digeruni, dimuliakan dan menganggap orang lain rendah. Orang yang merasa dirinya adalah terbaik adalah apabila orang lain lakukan sesuatu perkara, maka dia akan menganggapnya bukanlah yang terbaik dan memandang mereka dengan penilaian yang...

PERHEBAT PERIBADI ANDA

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau sebesar zarah dari perasaan takabur atau sombong". Sabda Rasullah saw dan "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina-dina". (Al-mukmin :60) Sombong, bongkak, angkuh dan takabur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu salah satu sifat-sifat mazmumah (iaitu sifat tercela/terkeji). Sifat ini terbahagi kepada dua iaitu takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakan. Kebiasaannya ia dilihat pada gaya, mulutnya tajam dan mudah menghina orang. Imam Al-Ghazali pernah berkata : "Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar". Ia akan berasa dengki dan dendam apabila orang lain mendapat nikmat atau kesenangan berbanding dengan dirinya yang mendapat kesusahan. Takabur batin ialah...