4 Syawal 1429 - Satu Hari di Hari Raya
Aku contact Bagio petang pukul 4.00 dia tak ada kat rumah. so plan diubah ke malam untuk berhari raya. jam 10.00 mlm sampai kat rumah bagio. dia tinggal kat kawasan taman puteri wangsa, jb, sebelah dalam. dia sekarang masih di sarawak cuma balik bercuti raya sehingga rabu 08/10/08. jadi aku ambillah kesempatan ini untuk bertemu dengan dia. Pak Roslan aka Bagio - Rupa dah macam Bapak Bupati.
Bagio lama di Kalimantan Barat jaga ladang dan anak-anak dayak di sana. Sedang berbual-bual
si Noorsham Yusof pun telefon dan plan pulak dengan dia pergi rumahnya Shahruddin Abd. Rahman aka Batan. Seterusnya kita orang pun bergerak ke rumah Batan. Sampai kat rumah dia pun dah pukul 11.00 malam. Sementara menunggu Noorsham sampai berborak-boraklah kami dengan gelak ketawa cerita-cerita lama. Sampai sahaja Noorsham keadaan semakin riuh rendah
walaupun dah pukul 12.00 t/malam.
Noorsham, Batan & Bagio.
Tak sempat masuk rumah lagi si Noorsham dah ajak ngeteh sebab nak tengok bola EPL kat big screen. so kita orang pun proceedlah kat kedai mamak 24 jam yang ada big screen berdekatan dengan rumah Batan kat Taman Daya. Habis tengok bola balik semula ke rumah Batan dan sambung borak lagi sampai pukul 2.30 pagi.
Kepada Batan minta maaf banyak-banyak sebab gangu masa dengan keluarga dah tu esoknya (Ahad) nak hantar anak balik ke MRSM Batu Pahat pulak. Batan pun ada beritau perjumpaan kat rumah Dr. Shaari Yusof esoknya (Ahad) dia tak dapat hadir sebab kena hantar anak balik ke sekolah.
Kiri ke kanan - Roslan, Shahruddin, Said Ahmad & Noorsham Yusof
Ulasan