Ahad, 26 Oktober 2008

Azida Abdul Aziz (5E2)

Ini adalah serba-sedikit profil salah seorang rakan kita Azida Aziz yang diterima melalui kiriman emel semalam. Terima kasih Azida.

Salam.

Saya Azida binti Abdul Aziz (5E2). Berasal dari Muar dan kini menetap di Serdang, Selangor. Said yang contact baru ni dan emel kat saya maklumat terkini berkenaan batch kita. For the first time saya buka blog kita. Wah.....seronoknya baca berita dan cerita kawan-kawan. Rasanya ramai lagi yang belum dapat dijejaki. Yang selama ini contact saya adalah Noreen dan Amin (5E1).

Seronok berkongsi maklumat diri, semoga dapat membentuk satu networking yang bermakna dalam diri kita semua.


Perkembangan diri saya sejak 30 tahun

Selepas tamat MCE, result sains saya tak berapa ok....mulanya sambung tingkatan 6 sastera di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru...tak lama cuma 3 bulan aje. Lepas tu saya dapat tawaran ke UiTM untuk buat Diploma In Accountancy (1979 – 1981).

Selepas tamat diploma, saya kerja sekejap di UPM dan UM. Masa di UPM saya berkenalan dengan suami saya sekarang. Pada tahun 1983, saya sambung pelajaran di peringkat sarjanamuda dalam bidang perakaunan dan grad tahun 1986. Berkahwin hujung tahun 1985....tak sabar dah nak tunggu grad...masa konvo tu tengah sarat mengandung anak sulung (8 bulan).

Masuk bekerja dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada tahun 1987. Sejarah penempatan untuk makluman.....:
i. 1987 – 1993: Akauntan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Ibu Pejabat) di Jalan Duta, KL
ii. 1993 – 1998: Akauntan di Kementerian Pelajaran Malaysia, di Bahagian Kewangan (Pusat Bandar Damansara, KL)
iii. 1998 – 2000: Akauntan Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Unit Hasil, Damansara Heights, KL
iv. 2000 – 2002: Timbalan Pengarah, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan WP KL, di Menara Maybank
v. 2002 – 2003: Timbalan Ketua Akauntan, Kementerian Kerja Raya, KL
vi. 2004 – 2004: Ketua Akauntan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya
vii. 2005 – 2006: Cuti belajar di peringkat Sarjana di UPM
viii. 2007 – kini: Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya, Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (bertanggungjawab terhadap exam jabatan, PTK, dan kerjaya akauntan sektor awam)

Suami saya bertugas di UPM sebagai Timbalan Pendaftar dan kini di tempatkan di Fakuti Perubatan UPM.....Ghizan tu kekawan dia aje...tapi dia tak berapa kenal saya....low profil. Nama dia Jamsari bin Tamsir.

Anak 3 orang:
sulung Mohd Syamim study di peringkat ijazah dalam bidang software engineering di UPM
kedua Farah ‘Aliah study di peringkat diploma dalam bidang sains perpustakaan di Unisel, Batang Berjuntai
ketiga Mohd Zahin tingkatan 4


Alamat: No. 16, Lorong 4/2°,
Taman Sri Andalas,
Serdang Jaya,
43300 Seri Kembangan Selangor.

No. HP: 012-9271815

Banyak kenangan di smsj...dan memang saya tak pernah jengok pun sekolah kita tu...Saya doakan semoga usaha menjadi kenyataan.
Sewaktu konvo

Bersama suami tersayang


Di samping keluarga

6 ulasan:

kembara kelana berkata...

azida...sekali imbas suami kau macam YB sabah. Safie afdal. maff azida...gurau jer..tahniah dah semoga berbagia hingga akhir hayat. salam

Azida berkata...

Terima kasih. Ke akhir hayat tu yang didoakan...orang lelaki ni tau2 aje la... Makin berusia makin laku... Hehehehe...

kembara kelana berkata...

aku pun tak tau kenapa, tetapi memang realiti lah azida...sebab aku juga merasa pengalaman tu...namun demi anak anak dan isteri aku yang tersayang so far aku terselamat lagi...aku sentiasa sayang pada keluarga aku...tapi masalahlah orang perempuan ni, dia tau dah suami orang, dah tua, dah ada anak ramai....tetapi dia orang [ setengah2nya] masih nak juga...ohhh dont khow waht to say...kena tanya said ahmad...so, u better jaga suami yang tersayang tu...lagi berumur orang lelaki ni lagi sensitif...saja jer..beri pendapat...aku check pula pada kawan kawan yang lain...semua kata betul pada kenyataan kau tu...lelaki..makin berusia makin laku hehehehehe...salam

Azida berkata...

Salam. Betul tu. Lelaki ni makin berusia (x nak ckp tua) suka nak bermanja. Tapi yang sebenarnya kena sama2. Gadis2 sekarang ni dia org mahukan kesenangan, tak main dah susah senang bersama, depa nak senang aje. Semua semua dapat mengharungi dugaan dunia. Dugaan tu tetap akan dtg walau sekali dalam hidup kita.

Noorsham berkata...

Salam Azida & Usop,hey...apa hang b2 ni citer aarr?...mcm ada apa2 jer...hehehe..gurau jerlah...jgn marah..apa pun kalau nak buat sesuatu tu buatlah betul2..itu jer. Memang pengalaman hidup aku begitu juga...tp dari apa yg aku nampak, org pompuan yg dlm keadaan tu bukan sungguh2 tp mcm azida ckplah, nak amik jalan mudah jer...where got road..

Azida berkata...

Salam. Macam pernah lalui pengalaman yang hampir serupa aje... Saja la Sham.. kami ni tukar-tukar cerita. Dulu lepas hubby aku buat masters tahun 1987, dia nak tukar jadu pensyarah..kecut aku. Kami bincang buruk baik...akhirnya tak jadi. Aku la yang paling lega...Takut tak boleh nak tanding gadis yang comel lote.