Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 5E1

Ujian Hidup 1

Salam. Dah lama aku tak post apa2. Sebabnya aku rasa aku tak pandai sangat nak coretkan idea2 yg bernas macam Bagio, Bong, Fatimah..KK toksah ckplah...korang sume memang pro. Jadi hari ni aku nak share skit pasal topik ni. Masa kita kecik2 dulu, kita tak tau sangat pasal ujian hidup. Apa kita tau ialah kita ada mak bapak yg jaga kita atau sape2lah yg dewasa yg jaga kita (utk sape2 yg masa kecik dah kehilangan sorang atau kedua2 dari ibubapa dia...itu pun dah ujian bagi dia). Kalau ada yang tak kena, kita menangis, merajuk atau marah sampai apa yg tak kena tu dapat disetel mengikut kemahuan kita atau sampai kita rasa hepi semula. Kesian kat mak bapak kita yg menjaga kita dulu kerana kena ikut kerenah kita. Aku ingat skali tu masa hari raya pegi beli kasut raya dgn mak bapak aku. Masa tu kat asrama sibuk dgn kasut lagen (kasut tumit tinggi). Jadi aku mati2lah nak beli satu juga tapi harga mahal. Tp aku nak juga, smpai org tua aku mengalah dan belikan. Tapi bila dah beli pakai sekejap jer...

Melawat Dr. Sha'ri di KPMC, Kajang

Imej
Sha'ri di samping isteri dan anak bongsunya Lokman dan Irfan - dah macam lama berkawan budak dua orang ni Pagi tadi aku berkesempatan melawat Sha'ri di Bilik Berlian Kajang Plaza Medical Centre. Aku tahu mengenai kemasukan dia ke spital bila baca emel yang dikirim oleh Mohsien Sies. Terus aku kol Sha'ri dan bila confirm dia masih kat wad, aku terus SMS kepada beberapa orang rakan. Rupanya ramai juga rakan yang dah tahu tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Sha'ri kata dia warded sejak hari Isnin. Masa tu keadaan dia memang teramat teruk tapi alhamdulillah semakin hari semakin pulih dan masa aku datang keadaan dia dah agak cergas. Dia kata mungkin kena gigit dengan nyamuk aedes tu masa menebas kat tepi rumah selepas balik dari kerja. Waktu pertukaran terang ke gelap tu kan waktu yang paling digemari oleh si aedes. So moral of the story ...jangan menebas! Hehe gurau aje.

Menziarahi Rakan Sempena Aidiladha

Imej
Aidiladha tahun ni memang bermakna bagi aku dan semua rakan2 semua. Aku cuba menjejaki Azman Hassan dan akhirnya dapat juga berjumpanya di rumah orang tuanya di Batu Pahat. Harap maaf kerana lambat upload gambarnya sebab petang tu juga aku dah terus ke KL kena jam pulak kat senawang berjam2. Malam ni (Selasa) aku kat rumah Sukimin di Kinrara baru dapat upload & publish dalam blog ni. Selepas berborak panjang lebar di rumah Azman, aku, Kamisan dan dan isteri aku terus pergi beraya ke rumah dr. fauziah manan di parit bilal. Aku terpaksa pergi sama sebab nak pastikan tiada apa2 cerita kelak almaklumlah sejak2 kebelakangan ni macam2 cerita yang dikaitkan dengan si ogy ni. Semoga dengan gambar2 yang aku siarkan ini akan mengubat rindu kekawan kita sebelum bertemu pada 1312 nanti. Sesiapa yang nak contact Azman Khyber no. handphone dia 0192123328 . Dia bertugas di TNB di KL. selamat berhubung sebelum kita ramai berkumpul nanti.

Mini Gathering: Am Mansor, Jamil Sien & Amin Ali Zin

Imej
Inilah lokasi bersejarah tempat Mini Gathering berlangsung pada 30 Ogos 2008 yang lalu - Restoran Nasi Kandar Pelita, Subang Jaya Gambar menunjukkan model nasi kandar sedang beraksi . Kelihatan jauh di belakang ialah Mimbar dan Jamil Ketibaan Azhari disambut oleh Jamil dan Mimbar - selepas 30 tahun tidak berjumpa Giliran Amin Ali Zin pulak yang tiba Am Mansur disambut oleh Mimbar dan Amin Ketibaan Md. Nor Mereka yang hadir dalam MG kali ini Md. Nor, Sukimin, Jamil Sien, Member, Am, Azhari dan Amin Kali pertama Mini Gathering (MG) ni dibuat pada waktu pagi. Kalau dulu masa MG kat Pelita ni kita buat kat tingkat atas, tapi kali ni buat kat bawah. Aku dengan Azhari sampai awal daripada masa yang dijanjikan, tapi rupa-rupanya ada orang lebih awal sampai dari aku. Seperti biasalah siapa lagi kalau tak si Mimbar ni. Dia datang sekali dengan Jamil Sien. Memang happening betul perjumpaan kali ini. Agaknya sebab esok nak raya korban kot. Kau orang tahu ajelah dia org tu memang sekepala mas...

Mini Gathering: Am Mansor

Mimbar dah set untuk pertemuan dengan si Am ni pada ketetapan seperti berikut: Tempat: Restoran Pelita, Subang Jaya Tarikh : 7 Disember 2008 (Ahad) Masa : 8.30 pagi Breakfast kat sini.... pada yang dekat kawasan berhampiran, jom datang. p/s Malam ni rupanya si Mimbar tengah berjumpa dengan Jamil Sien kat Restoran Pak Ali, Shah Alam. Kurang asam punya budak sebab tak jemput aku

ROSLIE AHMAD & MUSTAFA KAMAL AHMAD 5E1

Imej
Salam kawan-kawan Semalam aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan2 kita yg telah dikesan di Melaka & Seremban. Salah seorangnya adalah Mustafa Kamal yg bertugas di Agro Bank Alor Gajah Dah ada tiga anak tp berada dgn isterinya di Rengit Batu Pahat kerana tugas.Jadi kawan kita ni duk bujang aje di Alor Gajah. Dia tak dapat nak join pd 1312 ni kerana ada family day bank pd hari 1312 walaupun hati berat nak join tp apa nak buat. Seorang lagi adalah Roslie Ahmad yg bertugas di Sek Men Sains Seremban Dia ni merupakan pemain hoki Sains Johor yg gambarnya telah dipublishkan oleh Sukimin tempohari Dia akan hadir pd 1312 nanti. Kat sini aku ada postkan gambar diaorang mas a perjumpaan tersebut

Maklumbalas Daripada Farazah Mahmud

Terima email daripada sahabat kita yang baru dikesan. Setelah 30 tahun Berlalu From:"Fara Mah" charade4000@yahoo.com To: masajb45@yahoo.com Assalamualaikum, Thanks for the sms. Tahniah kerana telah berjaya menjejaki saya. Terima kasih kerana still mengingati saya. But betul ke U masih ingat or kenal saya ni? I doubt it sebab saya cuma spent 2 tahun aje di SMSJ and agak low profile sikit @ tak mesra alam. Rasanya ramai yang tak berapa ingat and kenal saya. Macam saudara Md Khir Md Noor - serious saya memang tak ingat! Bila tenguk gambar dia dlm blog, barulah saya tahu yang dia dari kelas M1 dan kini bertugas di kendalian Teknik, RTM. Anyway, salam perkenalan untuk semua! Mengimbas kembali selepas MCE. Selepas MCE, saya mengambil diploma Kej. Elektrik di UTM. Semasa di UTM ni, adalah saya berjumpa dengan Zaiha dan jumpa Azman (masa tu Azman jumpa budak SMSJ juga). Lepas grad tahun 1982 - 1983 - saya bertugas di Hospital besar JB. Tahun 1983 -1985 - Saya buat degree di USA. Masa...

Keadaan Norlila Samad

Imej
Selepas ke rumah Cikgu Syed Hussin aku terus bergegas ke HSA untuk melawat kawan lama kita yang seorang lagi ni yang sudah seminggu di HSA. Setiba aku di BlokC tingkat satu suami Norlila terus menyapa aku bersama dengan dua anaknya di luarwad kardio. Dia seterusnya membawa aku ke dalam wad untuk berjumpa dgn Norlila. Keadaannya stabil sekarang tapi tidak boleh bercakap banyak, so aku lebih banyak berbual dengan suaminya. Dia mula menggunakan alat 'pacemaker' untuk jantungnya pada tahun 2004 dan penyakit jantungnya merupakan penyakit genetik mengikut apa yang diberitahu oleh suaminya. Aku juga diberitahu bahawa rakan kita Cikgu Rohana juga ada melawatnya. Minggu depan dia akan menjalani pembedahan untuk membaiki dan menggantikan alat 'pacemaker' itu dan doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menghadiri majlis kita nanti. Setiap kali aku menyebut tentang majlis 1312 tu dia sentiasa tersenyum menandakan tanda gembiranya dan semangatnya untuk bersama2. Bersama suami N...

Kamaluddin Mohamadon

Imej
Ahad 23/11/2008 aku menjejaki seorang lagi rakan lama. Aku tahu benar di mana dia bekerja kat JB ni. Memang dia setia dengan bidang kerjanya sejak dari habis pengajiannya dulu cuma berubah tempatnya sahaja. Tapi tempat dia bekerja sekarang memang begitu lama, sudah tiga kali tempat kerjanya sekarang bertukar nama tapi dia masih tak bertukar ke tempat kerja lain. JA Residence Hotel, itulah nama tempat kerjanya sekarang. Terletak betul2 di tengah2 bandar JB. Lepas dari causeway masuk dari Singapura jalan kaki pun dah sampai ke hotel dia ni. Aku tiba kat hotel dia bekerja jam 11.00 pagi. Dia begitu gembira menyambut ketibaan aku. Perbualan terus terarah kepada perjumpaan 1312 akan datang. Banyak cerita2 lama yang dibualkan dan acap kali dia merakam rasa terharunya untuk datang dan berjumpa dengan kawan2 lama pada tarikh tersebut. Akhir sekali dia menyatakan akan kehadirannya ke majlis 1312 kita. Dengan itu aku menyeru kawan2 yang lain agar jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan ...

Perjumpaan di rumah Hafizah

Imej
suami aku dan suami Azida dah jadi member Hafizah, Azida, aku 15 Nov., setelah usai majlis konvokesyen tadika anak aku yg kecik sekali, kira-kira jam 12.50 tgh hari aku bertolak ke Shah Alam untuk menemui Hafizah di rumahnya. Azida juga menyatakan keinginannya untuk bertemu hafizah juga. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menemui rumah Hafizah dan bertemu dgn Hafizah. Aku disambut oleh ibu Hafizah. Seronok sungguh setelah 30 tahun dapat menatap wajah Hafizah dan ibunya yang penyayang tu. Azidah tiba setelah beberapa minit, semakin rancak perbualan kami sehingga tak sedar sudah pukul 4.00 petang. Kami beredar dan berjanji untuk terus bertemu di lain masa pula.

Huei Wuan

Imej
Foto atas Huei Wuan bersama 3 anaknya dan suami di Taiwan Huei Wuan dgn 4 orang anaknya, 3 perempuan dan 1 lelaki. Malam ini setelah menelefon Bedah (minta dia confirmkan kehadiran ke 1312), ada email masuk. Rupa-rupanya kawan kita Ee Huei Wuan (5E1) yang email , bertanyakan kabar aku...seronoknya hati aku. Kami berbalas-balas email, aku memujuknya untuk menyertai reunion 1312, namun dia tak dapat menyertai kita kerana perancangannya untuk bercuti sekeluarga ke usa telah dirancangkan lebih awal. Dia kepilkan 2 keping fotonya and family untuk tatapan aku, dan aku minta izin dari Huei Wuan untuk publishkan ke dalam blog kita supaya kita dapat berkongsi sama. Katanya dia harap kawan-kawan yg lain sudi juga untuk berhubung dgnnya. Dia sertakan no. tel nya 0296355293. Dia bekerja di Singapura (tapi suaminya orang Melaka). Selepas MCE dia dpt scholarship S'pore, buat A-Level dan masuk Univ kat sana dan seterusnya bekerja di sana. Dia selalu balik Melaka (hubby org Melaka) Kami dulu sgt...