Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Novelku

Kenangan lama bermain dimata: Adik Zuraini Alias

Imej
Ir Zuraini Alias Yang ni...aku boleh kata...wow ... Zuraini berbaju biru..menyanyi di atas pentas SMSJ. Patutnya, Zainal Alam panggil Zuraini nyanyi dulu... SMSJ78 Aku menulis lagi, entah siapa yang membaca tulisan aku ni aku pun tak tau. Dulu memang ada counter aku create di sisi blog ini, tapi kena godam...namun begitu sejak di bangunkan 'rumah maya' ini rasanya sudah melebihi 100k pembacanya, malah ada juga dari luar negeri. Aku semakin mengerti, media alternatif sekarang semakin mudah di akses dan mudah di baca oleh penggunanya. Hari ini aku terkenang di ruang mata dan teringat pulak seorang gadis, manis, lansing, tinggi, lincah dan aktif yang bernama Zuraini Alias. Dia ni junior aku setahun, rambutnya ikal mayang, mudah tersenyum, riang dan dan sering berjalan dengan aruah Faizah, Salamah dan Zaharah Yahya. 4 gadis ini mempunyai aura tersendiri. Zaharah Yahaya, amat manis dan berkulit sawo matang, Salamah, putih melepak bagaikan salji di pergunungan, Aruah Faizah...amat r...

Novel bersiri : Kembaraku : Tikaman

Rupanya umur 13-15 ialah umur yang paling kritikal. Bukan sahaja fizikal, tetapi pada emosi dan pemikiran. Pada zaman aku, pelajar perempuan lebih cepat matang pemikiran, emosi dan fizikalnya. Aku mengalami pertumbuhan yang amat perlahan dari sudut emosi dan pemikiran. Namun dari segi fizikal aku antara yang ada saizlah jugak. Masa tu aku mana tau tu semua, aku jalani hidup aku dengan apa yang ada pada masa itu. Aku tidak ada kawan yang ngam dan rapat, sebab aku rapat dan ngam pada semua orang. Aku sangat enjoy hidup di asrama, aku kini dapat lupakan kesusahan hidup di kampung. Dulu aku hanya tidur di atas tikar pandan, kini aku tidur di atas katil bujang bertilamkan tilam dunloppillo. Oh Indahnya. Dulu bantal kekabu, kini bantal dunlop. Dulu aku makan sekali sehari kini aku makan 5-6 kali sehari. Dulu aku berjalan kaki ke sekolah, kini aku menaiki bas dan balik pun begitu. Dulu aku tak ada kawan lelaki ramai dalam kelas kini aku ada ramai dan dari pelbagai daerah pula. Dulu adalah sej...

Novel bersiri: Kembaraku: Denda pertama di SMSJ

Aku dianugerahkan tuhan beberapa kelebihan, antaranya ialah aku mudah berkawan. Tidak sukar aku join mana mana kawan, aliran mana, bangsa apa atau jenis macamana, aku tak berkira, aku tak memilih dan aku mudah ketawa, aku suka mengusik dan aku juga mudah menegur sapa. Dalam tempuh 3 hari aku sudah ada ramai kawan. Masa hari pertama persekolahan semasa rehat hari pertama aku dah boleh main kejar kejar dan bergurau senda. Aku berkejaran dengan seorang budak mampan, batu pahat, rambut lurus dan perang...keras, kurus dan suka bergurau.....Elias namanya...sekarang menjadi kapten Pilot MAS. Dulu kami gelar dia Lias Stone...sebab keras hatinya dan bila lawan bercakap dia payah nak mengalah...Keras tu yang kita ibaratkan macam batu...stone...sampai sekarang gelaran tu melekat di kalangan kita orang. Aku dapat bersembang dengan lama dna panjang semasa MG dirumah mimbar. Anak 6, macam aku..gak. Dan ketika kami sedang berkejaran di masa rehat yang dah habis tu , lias dan aku dipanggil oleh Mr Y...