Raya Pertama di rumah Hj. Khairul Anuar Md. Amin
Raya pertama sebelum pulang beraya ke rumah mentua di Batu Pahat aku sempat ke rumah Hj. Khairul. Kampung dia dengan kampung aku sesebelah aje. Dia kat Perpat sebelah dengan Tg. Piai, aku pulak kat Sg. Durian, Pontian. Sehari sebelum raya aku ada sms dia bertanya samada dia ada balik ke. Almaklumlah dia ni macam Bagio juga cuma dia lagi lama menetap di Labuan. Bertugas di Petronas Gas, Labuan.
Sebelum beredar sempat bergambar dengan Tn. Hj.Khairul Anuar Md. Amin.
Hj. Khairul Anuar Md. Amin
Kepada sesiapa yang tak ingat dengan Hj. Khairul, dia sekelas dengan aku 5E2 & bermain hoki untuk sekolah dan daerah di posisi penjaga gol. Orangnya penyenyap semasa di sekolah dulu begitu juga sekarang masih penyenyap. Anak cuma seorang, perempuan bersekolah menengah sekarang. Orang rumahnya orang sekampung itu pun orang tuanya yang carikan.
Sebelum beredar sempat bergambar dengan Tn. Hj.Khairul Anuar Md. Amin.
Ulasan