Jumaat, 31 Oktober 2008

Perutusan Dari Urusetia Majlis

Terima kasih banyak2 & tak terhingga untuk saya sampaikan kepada semua rakan2 yang telah membuat pengesahan dalam apa jua cara samada melalui email, telefon, sms, blog dll. Pertama sekali maaf saya pohon kerana dua hari yang lalu saya tidak dapat membuka komputer kerana menghadiri konferen di Kuala Lumpur. Hanya pada hari ini saya baru dapat menatap semua email2 yang telah dihantar termasuk juga laman blog ini. Terharu.............. amat terharu saya nyatakan sekali lagi dengan respon yang begitu menakjubkan daripada kekawan sekelian.
Saya juga dapat merasakan kegembiraan yang dialami oleh kekawan kita yang telah dapat menghubungi di antara satu dengan yang lain melalui perancangan yang sedang kita sama2 lakukan sekarang. Ada di antara kita yang telah awal2 lagi bertemu sebaik sahaja memperolehi maklumat untuk menghubungi di antara satu sama lain kerana kerinduan yang tidak boleh dikawal lagi memandangkan 3otahun telah terpisah. Saya berjanji agar majlis yang akan diadakan ini menjadi satu kenangan yang abadi kepada setiap kekawan kita yang hadir maupun yang tidak hadir dan segala sokongan,cadangan,sumbangan dll daripada kekawan sekelian amat2 saya alukan.
Setakat ini sahaja buat kali ini izinkan saya untuk meneruskan tugas saya menyambungkan kembali silatulrahim di antara kekawan kita dan saya juga ingin meminta ampun dan maaf kepada kekawan kita yang akan pergi menunaikan haji semoga selamat pergi dan selamat kembali dan memperolehi haji yang mabrur.

Tiada ulasan: