Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mini Gathering

SAJOHA - Perjumpaan @ Timur

Imej
Time Saturday, November 27 at 3:00pm - November 28 at 4:30pm Location Kuala Gandah Elephant Sanctuary Created By SAJOHA More Info 27/11 - mancing, makan, karaoke dll. overnite @ chalets 28/11 - elephant rides & etc, lunch - special menu patin tempoyak & petai orang asli Sg. Teris. Yang berminat untuk menyertai perjumpaan ini sila hubungi: Saudara Hussain Mian (SAJOHA 80) Kembara Kelana (Yusof Mohd SAJOHA 78)

Asam Pedas

Imej
Hari Sabtu yang lalu (27.3.10) aku berkesempatan bertemu dengan Member, Syed Zakaria dan Hazami Ros. Yang bestnya bukan setakat dapat jumpa dia orang tapi berpeluang makan asam pedas Muar kat Seksyen 8 Petaling Jaya. Inilah gerainya. Kau tanya Mimbar kalau nak dapat lokasinya Asam pedas ikan senangin Syed Z, Member, Hazami dan Sukimin Licin

MG: Shah Alam

Imej
Orang rumah kol agaknya suruh jaga cucu Sebelum balik, sempat berposing ala-ala body builder Kambing mandi dah terhidang Apalah yang Syed tengah sembang dengan Md. Shah Ni baru starter aje Mimbar dan Husin Sahara Tent, Shah Alam Mall Hari Jumaat lepas (5 Mac, 8.30 malam) Mimbar aturkan MG kat Sahara Tent, Shah Alam Mall. Yang datang selain Mimbar dan aku ialah Dr. Mohd. Shah Mahmood (MCE 1977) dan 2 SPM 1980 Husin Mian dan tauke yang belanja kita orang Syed Zakaria. Punyalah syok bersembang, sampai kena ' halau ' sebab kedai nak tutup. Sebelum ni aku tak pernah aku makan 'kambing mandi', tapi malam tu lima2 sepakat makan menu tu. Memang sedap rupanya kambing mandi ni. Dalam dok bercerita2 tu macam2 benda yang keluar. Salah satu yang unsangkarable ialah si Md Shah ni pernah kantoi dengan Mr Paul panjat pagar malam2. Macam tak percaya aja kan.... p/s Bong, kat khemah sahara tu tak ada peria ler...

MG @ Bandar Hilir, Melaka

Imej
Semalam (02/02/10) aku ada temu janji dengan Azman Rahman di Melaka. Sempat hubungi Hj. Sudin Md Dom & bertemu di Bandar Hilir, Melaka dok sembang2 sambil berbincang mengenai kerja. Azman berbincang sesuatu mengenai produknya dengan Hj. Samsudin Perbincangan selesai hampir awal pagi, aku terus balik JB manakala Azman overnite kat Melaka sebab ada kerja lagi nak selesaikan keesokannya. Hj. Sudin pulak balik rumah dia kat Ayer Keroh - 10 tahun dah dok merantau ke Melaka dari JB. Azman sibuk menerangkan bisnesnya kepada clientnya

GENAP SETAHUN KITA BER RE UNION

Hari ini 131209 dah genap setahun kita ber reunion..Yang berada di Lembah Kelang dan kawasan yang sewaktu dengannya berjumpa di Majlis Perkahwinan anak sulung Abg Rosli & Fatimah di Tanjung Malim. Mungkin yang di Selatan...berjumpa di rumah Habibah.. Sehingga jam 3 petang tadi batch SPM/MCE yang hadir adalah aku, Usop, Wak Jan, Zainuddin (Gajah), Mohd Nor, Md Khir, Norin, Azhar (Baby), Alimah dan Sukimin. Aku tak bawak kamera, jadi aku tak de foto. Sapa-sapa ada foto terutamannya Md Khir...sila masukan foto.

MG di Rumah Arbakariya Arif

Imej
Mini Gathering ini diinisiatifkan oleh Mohd. Khir apabila Shukri Mutamim datang ke KL untuk berkursus. Dengan bantuan boss MG si Said Ahmad, maka semua diwar-warkan untuk hadir melalui kiriman emel dan SMS selain undangan melalui panggilan telefon oleh Bakariya sendiri. Yang hadir Shukri Mutamim, Said Bakar, Mohd. Noor, Said Ahmad, Noorsham, Mohd. Khir, Syed Mohamad, Jamalulail, Fuad, Yusof, Sha'ri, Sukimin, Member dan tuan rumah Arbakariya Yusof, Noorsham, Said Bakar, Fuad, Syed Mohamad dan Shukri Mutamim Shukri, Said Bakar, Said Mohamad, Noosham, Fuad, Member dan Yusof

MG kat Serdang

Imej
Ni rumah Arbakaria...jemput datang semua pada 1.12.2009...malam lelaki atau perempuan atau keluarga...bukan jauh...dekat jer...sampai UPM call... 0133955571 Salam, Kawan2 kat KL & Selangor dan yang sewaktu dengannya ,harap lapangkan masa menghadirkan diri ke MG kat rumah Dr. Arbakariya.Ada pun majlis itu pada esok hari selasa 1hb Dis, '09 selepas maghrib. Ini untuk merai kedatangan kawan kita Sdra. Inspektor Mohd Shukri (5M1-78). Dia sedang berkursus di IPTAR, Angkasapuri,KL. GB Mohd Yusop turun dari Rompin,Pahang. Sdra. Said Ahmad sudah sampai dari Johor.Sdra Mohd Noor Maaros dah tau. Member ,Sukimin dan Mohd Fuad dah juga tau!.. Rahman Mokhtar...harap kau datang...Syed Mohd, Syed Bakar, Elias, Azida, Aini, semua tak jauh tu.... Sila war war kan MG ni. Alamat: 38,Jln 12,Tmn Desa Serdang, 43300 Serdang Lama... Datang.. jgn tak datang. Kalau sesat tipon...

MG & Mesyuarat Projek Pembesaran Surau SMSJ

Imej
Sabtu lepas - 04/07/09 aku & isteri hadir ke majlis mesyuarat projek pembesaran surau SMSJ bersama-sama dengan Pengetua & Guru2 SMSJ. Presiden SAJOHA, Pengurus Projek & AJK 'Task Force' yang terdiri daripada junior2 & senior2 kita telah hadir untuk membincangkan perjalanan projek tersebut. Untuk makluman sahabat2 sekelian dana berjumlah lebih kurang RM 350,000-00 adalah diperlukan untuk melaksanakan projek ini dan kutipan derma di kalangan ahli SAJOHA bolehlah diteruskan dan diusahakan manakala kutipan derma daripada pihak2 lain saperti orang awam, persatuan2, NGO2 & badan2 kooperat akan dilaksanakan sebaik sahaja surat kelulusan kebenaran pungutan derma daripada Jabatan Agama Islam Johor diperolehi yang mana dijangkakan dalam masa sebulan daripada sekarang. Kutipan derma yang telah kita buat semasa reunion kita tempuhari telah pun diserahkan terus oleh pihak sekolah kepada tabung projek ini. Kepada sahabat2 yang masih ingin membuat sumbangan bolehlah berbua...

MG @ Syioknyer Mancing

Imej
Esa Kahar teruja dapat t-shirt SAJOHA "Eeee... besarnya udang tu" Manalah perginya semua udang-udang ni? Hadiah yang menanti pemenang Alimor tekun melihat cara bagaimana umpan dipasang oleh Efy Sembang dulu sebelum mula Short training oleh Efy Mandrem udang sebelum mula memancing Mana nak dapat banyak udang , asyik sembang aje ... Pemancing pertama naikkan udang Johan memancing Sameha (80), Alimor (77), Said (78), Shamshul (78) Khairudin (77) Yani, Sukimin (78), Md. Nor (78), Member (78), Esa (78), Zainudin (78), Sha'ri (78) Semua gambar lengkap boleh diperolehi di Facebook.

Jom Ngeteh Kat KL Sabtu Nie 06/06/09

Aku ada kat KL Sabtu ni sebelum bertolak ke K Trengganu sebelah ptg/malamnya. Kepada kekawan yang ada free tu jomlah kita berjumpa semula selepas lebih kurang 6 bulan reunion kita. Tempat aku tak kisah bagitau aje aku akan sampai. Kepada senior2 dan junior2 tu pun boleh join sekalilah. Boleh email/sms/call aku.

MG & XPDC - Grik, Hutan Simpan Belum & Tasik Banding

Imej
MG akan diadakan di Grik seterusnya ke hutan simpan Belum pada 17 - 19 Julai 09 akan datang. Semuanya adalah kerana untuk bertemu dengan seorang lagi sahabat lama kita iaitu Rostam Mohd yang sebelum ini bertugas dengan EMKAY dalam membangunkan resort Belum di tasik Banding tu. kaki2 pancing ayuhlah kita ke sana mencuba nasib pula di tasik yang penuh dengan ikan2 air tawar yang memang banyak terdapat di sana. Aturcara MG adalah saperti berikut:- 17/07/09 2.30 ptg - Berkumpul di KL dan bertolak ke Grik. Dijangka sampai di Grik jam 7.30 ptg. - Bermalam di Grik & makan malam bersama sahabat kita Rostam Mohd 18/07/09 9.00 pagi - Selepas sarapan bertolak masuk ke hutan simpan Belum - Aktiviti luar - Memancing, menjelajah seluruh kawasan hutan simpan, lawatan ke kg. orang asli dll. 5.00 ptg - Bertolak ke tapak perkhemahan hutan simpan Belum. Persiapan tempat perkhemahan dll. 8.00 mlm - Makan malam dan BBQ sambil sembang2 cerita2 lama & terbaru. 19/07/09 9.00 pagi - Selepas sarap...