KISAH DI AKHBAR 23 OKT 2008- TUNTUTAN HARTA SIMATI
Malam tadi aku masa relak kat rumah aku baca akhbar (Utusan), yang menarik perhatian aku adalah Sisuami yang telah membunuh isterinya sendiri dan menuntut harta simati. Semasa kita memandu kalau ada katak melintas jalan pun secara sepontan kita akan cuba mengelak! Ini pulak isteri sendiri dibunuh dengan tangan sendiri.
Si mangsa adalah Allahyarhamah Faizah bte Arshad. Junior kita di SMSJ. Si Suami adalah Suhaimi. Patut ke tuntutan ini?
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Amin..
Berikan komen anda.
Si mangsa adalah Allahyarhamah Faizah bte Arshad. Junior kita di SMSJ. Si Suami adalah Suhaimi. Patut ke tuntutan ini?
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Amin..
Berikan komen anda.
Ulasan
dunia, dimulai dengan penuh kegembiraan, pertengahannya jemu dan bosan diakhiri dengan fitnah...demikianlah kata kata ariffbillah. Aruah Faizah Arshad adik kepada Halim Arshad,dari kluang...siapakah diantara kita yang dapat melupakan dia? Baik budi pekerti, sopan, bijak dan good in english lagi dan yang terkenalnya wajahnya yang amat menawan, aku kategorikan antara student yang tercantik sekali...ramai yang secret admire terhadap dia...
selepas masa berlalu, tiba tiba semasa aku membaca berita...muka depan eksekutif petronas mati ditikam bertubi kali oleh suaminya sendiri..kemudian suaminya di tangkap....aku masih tak tahu itu adalah faizah..junior aku, bila aku berjumpa dengan kawan kita ...kawan kita cerita baru aku tau dia adalah faizah arshad...
komen tentang tuntutan harta tu...aku tak ada apa nak komen, cuma selagi manusia yang bertuhankan hawanafsu dan gilakan dunia...itulah hakikatnya...aku secara peribadi mendoakan faizah dalam kesejahteraan dan rahmat Allah dan rohnya di tempatkan dikalangan orang yang di redhainya...salam