Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kongsi

MENGHINDARI GANGGUAN SYAITAN

Agak lama juga tidak menulis di blog ini. Mungkin lebih seronok berFB. Jadi malam ini aku tergerak untuk menulis sedikit. Tulisan aku seperti biasa tidaklah menarik, cuma cerita biasa sahaja. Syaitan adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada api.  Ia adalah daripada kalangan makhluk jin yang sangat jahat. Jin yang sangat jahat dipanggil syaitan.  Berbanding dengan kejadian malaikat yang dicipta daripada cahaya yang mulia sementara manusia pula dicipta daripada tanah. Pada asalnya Iblis adalah tergolong dari makhluk yang taat dan menyembah Allah. Ia tinggal bersama-sama para malaikat di langit dan di dalam syurga. Tetapi ababila ia enggan sujud kepada nabi Adam sebagaimana yang diperintahkan, maka ia dihalau dari syurga dan diharamkan mendapat rahmat Allah dan akan menjadi penghuni neraka untuk selam-lamanya. Setelah iblis dihalau dari syurga, ia bersumpah kepada Allah akan menyesatkan anak Adam seperti firman Allah di dalam surah Al Hijr: 39-40 yang bermaksud: "Iblis ber...

SELAMAT BERCIUM-CIUMAN

Imej
Malam ni aku nak buat cerita pasal bercium pula. Lain kali aku cerita khasiat buah-buahan lagi. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan bercium bagi kesihatan? Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika bercium, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. Berciuman yang berlansung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. Lagi...kelebihan berciuman....huhuhu! Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepad...

BERBAIK SANGKA KETIKA DI AMBANG KEMATIAN

Bagi memeriahkan blog ini malam ini aku membuat n3 baru. Ini adalah untuk kita mendapat cerita baru. Itu pun bagi menunggu GB Yusop kelapangan. Kalau GB Yusop sudah selesai urusannya maka kita serahkan semula kepadanya. Malam ini aku nak becerita sedikit kisah. Ini adalah lanjutan kepada cerita sistem tools part 3 oleh Roslan bin Sukimi@Bagio@Pak Roslan. Bagio mengingatkan usia kita yang semakin senja, minta kita menginsafi perbuatan buruk kita yang lalu, gurauan dan panggilan yang tidak senonoh didengar tapi enak dipanggil. Kemeseraan yang kita cipta semasa bersekolah dahulu berlanjutan hingga kini walau pun ada yang masih tidak bersua 30 ke 32 tahun dengan panggilan-panggilan manis dan manja. Untuk tidak membuang waktu biarlah aku menceritakan kisah yang hendak diceritakan. Suatu hari Rasululah s.a.w bertemu dengan seorang pemuda yang sedang nazak. Rasulullah duduk di sisi pemuda itu dan kemudian bertanya. "Bagaimana keadaanmu sekarang?" tanya Rasullah. Pemuda nazak itu ...

DIAM DAN TIDAK BERKATA-KATA

Malam ini aku hendak berkonsi dengan kawan2 semua tentang beberapa jenis diam. Daripada Anas r.a berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya: Sifat diam itu merupakan hikmat dan sedikit yang dapat melakukannya. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, diam bermaksud tidak bercakap (bersuara dan lain2), senyap, tidak bergerak2 atau berbuat apa2. Sedangkan berdiam pula bermaksud tidak bercakap2, bergerak2 atau melakukan sesuatu. Rasullah s.a.w menerangkan bahawa barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Imam Syafie menyatakan hadis ini bahawa apabila seseorang hendak berkata hendaklah dia berfikir. Apabila ternyata tidak ada bahaya atasnya maka bolehlah bercakap tetapi bila terjadi sebaliknya maka hendaklah dia diam. Di dalam buku Don't Be Afraid karangan Ahmad Safuan al-Karami menyebut jenis2 diam iaitu: Diam Bodoh. Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini oleh kerana kekurangan ilmu pengetahuan d...

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Imej
Malam ini aku hendak berkongsi sedikit dengan kawan2 tentang rahsia solat di awal waktu bagi sama2 kita renungkan dan cuba kita amalkan. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini uang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Waktu Subuh Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal atau terlewat waktu subuhnya berulang2 kali akanmenghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaaan roh dan jasad bercantum (keserentaka ruang dan masa) dalam kata lain jaga dari tidur. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu ber...