Rabu, 29 Oktober 2008

Apasal masa kita dulu lelaki tak berkawan dengan perempuan?

aku nak bagitau satu perkara yang aku rasa amat bersalah masa kat sek sains johor dulu. aku tak tahu lah apa sebab yang sebenarnya tapi aku rasa amat bersalah kerana tak berkawan dengan pelajar-pelajar perempuan dan lebih sedih macam tak menghormati dorang, terutamanya yang sekelas dengan aku. Bukan aku tak mau berkawan, tapi macam ada aje yang menghalang. Bukanlah kita nak berkawan macam berendut-rendut gitu...tapi sekadar kawan-kawan biasa jer. Itu pun aku tak tau kenapa ia seperti satu perkara yang terlarang.

Jadi sempena bulan baik ini dan juga sempena kita nak membuat satu reunion buat pertama kali setelah 30 tahun berpisah, aku nak amik kesempatan ini menyusun 10 jari dan meminta maaf banyak-banyaklah kepada semua kawan-kawan perempuan yang satu batch terutamanya dari kelas aku. Janganlah disimpan kenangan yang bukanlah pahit tp yang tak manis tentang persahabatan kita dulu. Sebenarnya aku kalau boleh nak memusing kembali masa silam tersebut dan melaluinya semula dan 'undo' apa yang silap dan berkawan dan menganggap kawan-kawan perempuan semacam adik beradik juga macamana aku rasa begitu terhadap kawan-kawan lelaki yang lain. Tapi apa kan daya masa dah berlalu dan tak bole buat macam citer 'Back to the future' atau 'Back to the past'.

Bila dipikir2kan balik apalah bodohnya aku/kami yg lelaki sampai bertindak begitu terhadap kawan2 perempuan se batch dulu. Jadi sebagai mengembalikan zaman silam yang tidak berlaku seperti apa yang sebaiknya, kami ingin mengajak kawan-kawan perempuan seangkatan untuk bersama-sama di majlis reunion ini supaya kami dapat meminta maaf di atas kesilapan kami dan membetulkan apa yang silap dan menghubung semula persahabatan yang tidak terjalin seperti apa yang sepatutnya berlaku dulu.

Harap kawan-kawan semua faham apa yang saya maksudkan dan minta maaf sekali lagi. Actually despite of what I have said above, deep inside we actually love you girls just like we love our other brothers in SMSJ....so hope to see you girls at the reunion...

This is especially to the girls of 5E1:- Ee Huei Wan, Faraza (from form 4), Hafizah Awang, Norela Samad and Rosilawati (I hope I have spelled all your names correctly)

13 ulasan:

kembara kelana berkata...

haah...aku pun pelik...bukan ada salah apa apa pun...bebudak perempuan masa tu ok jer, sentiasa bersedia nak berkawan, namun tak tergerak dihati nak bertanya khabar dan bersembang macam adik beradik. aku lagi ler pulak, kelas aku cuma 4 orang jer bedah dalam tu...masa nak berpisah baru bermaaf maafan ...setelah lima tahun bersama dalam kelas...kelas 5m2..sampai tak tau nama kelas 5e2 kenal cuma azida tu pun sebab satu muo dan pakai cermin mata..kelas 5e1..nama aku lansungtak ada dalam diari hati dia orang...yang aku cari geng lelaki jer masa berkawan.
sebenarnya pada pendapat aku, situasi dan kepatuhan kita kepada norma masa itu amat kuat sekali, sapa ada mak we bakal di ejek, budak sains pantang betul kena ejek..lelaki dan perempuan semua sama ..tak suka di ejek. Norm masa tu kalau diketahui anda berbaik dengan perempuan ..anda akan di ketawakan...kedua, kita beranggapan kita kalau kawan mesti mahu serius punya...tak mahu main main...sedang kita tak bersedia..aku ucapkan tahniah kepada said dan sameha yang cekal melawan norma hidup masa itu, tahan telinga dan akhirnya mereka menjadi suami isteri...sham tahniah kerana dah mula masukan entri baru untuk blog kita, kawan lain macamana?
salam

norlilasamad berkata...

La... after 30 years baru sedar. X pe la dimaafkan. By the way, Norela 5E2, I'm Norlila. Mmng kite org close b4 and until now.Still keeping in touch. Ok, insyallah I'll be attending the reunion with my beloved hubby. ( ex Technic JB student).

fati berkata...

Norlila....kau menjelma akhirnya, doa aku dimakbulkan Tuhan....terima kasih kerana sudi menyegarkan kembali persahabatan kita. Kau ada no tel atau email girl E1 lain ke...Hafizah Awang, Huey Wuan, Rosilawati...share dgn kami please..

Azida berkata...

Salam. Bermaafan tu baik sekali sesama kita. Alhamdulillah. Norlila...Apa khabar? Betul kata Fatti tu, sharela dengan kami.

Noorsham berkata...

Salam Norlila, akhirnya muncul juga kawan lama saya ni. Sebenarnya lama dah saya sedar. Masa saya kat UK dulu n bila berjumpa dengan isteri saya (dia dari sek men sains Kedah)saya tengok dia dgn kwn2 lelaki batch dia berkawan mcm adik beradik jer. Jadi saya terpikir kenapa kita di SMSJ tidak begitu. Tapi mcm usop ckplah, ada norma2 yg 'semulajadi' bg batch kita (saya rasa batch lain tak begitu) yang menyebabkan ia berlaku. Tapi mcmana nak betulkan? Jadi inilah saya mengambil kesempatan setelah selepas mini reunion di kl hari tu, kami bersepakat utk mengadakan reunion yg lebih besar bagi batch kita...saya bukak cerita ni untuk 'come clean' di atas salah silap kami pelajar2 lelaki batch '78 supaya tidak ada keraguan lagi tentang isi hati kami. Masa berubah, dan kita semua dah makin masuk umur senja. Inilah kesempatan utk kita mengakui kesilapan yg lepas dan memperbetulkan apa yg silap. Suami Norlila bekas pelajar Sek. Men. Teknik JB? Masa saya di JB, isteri saya mengajar di sek tu juga. Norlila buat apa sekarang n di mana eyy? Semuga yg lain akan muncul juga. Looking fwd to see you girls in Kluang this Dec.

iss berkata...

Salam kekawan....
He... he...
Itu juga antara sebab napa kekawan tak kenal Iss.
Semasa Iss hubungi sebahagian kekawan... ada yang masih menyatakan..
'aku masih marah kat diorang sampai sekarang... dah laa suka kutuk aku... ngacau pulak tu... lagi-lagi ..., ...., .... Dan .....
Ertinya ingatan 30 tahun tu masih membekas lagi.
Semoga pertemuan semula 13 12 akan mengubah persepsi ini.
Dan harapan saya, jangan laa mewujudkan satu persepsi BARU... ya Usop...

kembara kelana berkata...

terima kasih norlela kerana keluar dari persembunyian dan selamat berkenalan semula
iss, kau memang steady...namun panggilan dan jemputan dari yang satu menhalang kemunculan kau pada 13 12 kami doakan kua selamat pergi, mengerjakan dan kembali..anyway, akan ada klip video nanti akan merakamkan peristiwa 13 12.. kau janganlah sensitif sangat hal yang dah lama tu..kita semua melakukan kesilapan aku mewakili semua budak lelaki e1, e2, m1, m2 memohon ampun dan maaf pada kesalahan kami semasa sekolah dulu...buang yang keruh dan ambik yang jernih...baru teguh peribadi

norlilasamad berkata...

Salam buat Fati & Azida. Alhmdulillah...Selepas 30 thn kn.
I mmng dh lost contact dgn Hafizah, Rosilawati & Farzah. Baru td Huei Wuan balas my email. Dia X dpt hadir.Holiday ke USA Dis ni.
Salam buat Norsham.I cuma Eng.teacher aje.Hubby manage biz.sndiri.Dh puas kami merantau.Skrng dh balik BP.Ade la keep in touch dgn Yahya Selamat & wife.Sama bidang kn...
Anak 5 orang.1st-grad. UPSI,2nd- Medic studnt di Aus,3rd-F4 MRSM Jasin,4th-F3 & last in Yr2(only boy).Ok, looking forward to see our 5E1 friends, too...

sha'ri berkata...

pasal apa tak cakap... rasanya aku cakap juga dengan Huei Wuan, Hafizah, Norela, ... yang lain tu pasala segan dan malu

Noorsham berkata...

salam norlila. Janganlah ckp mcm tu...isteri saya pun Chemistry teacher jer. Saya dulu pun belajar amik degree in Maths jer...mula2 tu ingat nak masuk teaching gak, n masa tahun 1987 tu sbb gawat teruk n MARA (my sponsor)mmg takder sediakan pekerjaan utk scholar dorg, saya cuma jadi guru sandaran kat sek di jb ajr math (teras dan tambahan), sains paduan, english...tapi dpt gaji RM395 + RM25 eka jer...sbb dorg takder peruntukan untuk degree hanya sampai STPM jer n since saya takder STPM (amik A-levels) dorg byr ikut SPM/MCE jer. Dahlah balik belajar oversea n ajar budak form 3,4 n 5 tp byr gaji ikut SPM/MCE jer and masa tu anak dah 4 org...mmg sedih tp apa nak buat? Tu yang pusing2 cari kerja dpt keja kilang yang saya sebenarnya tak tahu apa2 pun tentangnya. So belajar baliklah tp bukan dari aspek teori tp praktikal. Itulah serba sedikit latarbelakang pengalaman kerjaya saya...bila dah dkt 20 tahun keja kilang, bila ada peluang lain plak(nnti saya cerita apa yg berlaku) dari keja kilang org lain...skrg nak bukak kilang sendiri plak..tp msh dlm proses setup. Harap2 kwn2 dpt doakan saya supaya dpt menjalankan perniagaan industri ni dgn berjaya...sbb sejak berhenti kerja n berusaha sendiri ni...dah nak 3 tahun tp belum ada income yang betul lagi cuma byk yang keluar jer utk memulakan perniagaan ni n dah nak hampir tenggelam kalau x dpt mulakan production n buat sales dlm masa 6 bulan yg akan dtg ni... jd saya berharap sgt kwn2 mendoakan saya supaya Allah bantu saya dlm mengatasi beberapa halangan yang msh ada utk dpt memulakan operasi kilang saya dgn secepat mungkin...

Shari, saya bukan kata kita takder berckp langsung dgn kwn2 perempuan tp hubungan kita dgn dorg taklah seakrab mcmana yg sepatutnya dlm persahabatan biasa apabila kita dah belajar dlm satu kelas selama 5 tahun!

norlilasamad berkata...

Salam Noorsham.Mcm ni la. My hub pun dh lalui perit jerit nk set up biz.Time gawat juge mase tu. Yr 1996 lepaskn jawatn di M'sia Airports Bhd.We strted fr zero.Alhmdulillah, now evrythng's ok.We hd prform the hajj, gone for afew umrahs with family, vacations & children doing fine in their studies.Cume, I'm now on pacemaker (heart problem).Well, u win some, u lose some, right...ALLAH MAHA ADIL. Life has to go on no matter what...Ok la.I pray to ALLAH that u will be able to overcome all the obstacles and manage to operate ur factory as soon as possible, Ameen.

Azida berkata...

Salam. Syam, kejayaan dan kesenangan tidak datang dengan mudah. Aku doakan semoga kau berjaya...jangan mudah putus asa. Aku tabik spring kat kau kerana berani menceburi bidang perniagaan...aku ni sayang nak tinggalkan kesenangan makan gaji...bukan tak tahu rezeki banyak di dunia perniagaan.

Norlila, sedih dengar keadaan kesihatan kau. How are u? Masa usia begini banyak dugaan kesihatan yang kita lalui...

Sha'ri tu tak usah kata la....ramai admirer dulu, sebab tu ada la perempuan nak bertegur sapa...lepas dapat bercakap...happy...

norlilasamad berkata...

Salam, Azida.I'm fine, ok aje.Normal life as usual.Dah 5 years dah on pacemaker. Umpama bateri jantung la.Bila heart beat slow, die bantu la...Tu, doktor2 kite tu lebih faham...