BERPADA-PADA
Kerana perhubungan yang akrab , janganlah sampai menjamin semua pinjamannya . Kalau terjadi perselisihan serta dikhianati , boleh papa kedana jadinya . Kerana persahabatan yang rapat , janganlah ahli keluarga diserahkan untuk dijaganya . Dek godaan halus , boleh porak peranda keluarga dibuatnya . Kerana ada ikatan persaudaraan , janganlah hal yang terlalu personal dikongsi bersama . Kalau terjadi salah faham , habis semua hal-hal luar dalam boleh terjaja . Kerana terlalu libral , janganlah letakkan kepercayaan penuh kepada satu pihak . Jika terjadi perubahan dasar secara songsang , merana dibuatnya . Fikir dahulu sebelum bertindak . Sebaik-baik tindakan adalah yang sederhana . Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tak berguna .