Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sayang pokok

Ke Melaka

Salam, Aku ke Alor Gajah, Melaka dua hari lepas kerana menerima pelawaan untuk memetik buah di taman. Buah rambutan. Yang menariknya kawan sepejabat ini Hasnor (lelakilah) dusun orang tuanya tu ada lebih 20 pokok rambutan yang berbeza rasa. Mabuk. Tak terkata aku cuma memuji kebesaran Allah.Pergi bertiga. Ambil secara rencam aje. Dapat 7 guni tepung . Separuh hari buat kerja.Pecah melepuh jari yang manja. Jari yang lembut ni. Kalah lembutnya dari jari Fati!. Yang sedihnya kat sini rambutan tak ada nilai sebab jiran pun ada pokok rambutan.Kat KL RM10 3kilo. Macamana tu. Anak cucu tak balik sebab kos tinggi. Sayang kan buah hitam dan rosak di pokok. Membazir kan!. Moralnya apa ya! Jangan tanam pokok buah cuma sejenis sama dengan orang lain. Kalau ada pakatan kan elok dibuat jem rambutan. Larat ke 20 pokok tu! Hga.. hga.. aku dah buat satu entri. Usop, aku cover kali ni. Dulu miss.