Jumaat, 24 Oktober 2008

Perjumpaan Kembali 30 Tahun - 13 Disember 2008

Tarikh telah ditetapkan - 13 Disember 2008.
Pendaftaran di sekolah dari jam 2 - 5 ptg.
Majlis makan malam akan diadakan di Hotel Prime City Kluang mulai jam 8 mlm.
Petang selepas asar akan diadakan majlis tahlil dan doa selamat di surau sekolah untuk rakan2 dan bekas guru2 kita yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.
Bayaran untuk jamuan makan malam - Dewasa RM 60-00/orang, Kanak2 (4-12thn) RM 42-00/orang.
Kepada mereka yang memerlukan penginapan di hotel tersebut bolehlah membuat tempahan dengan menalipon terus ke hotel tersebut. Kadar bilik yang telah diberi adalah saperti di bawah. Sila nyatakan majlis SAJOHA semasa membuat tempahan bilik:-


Standard Room @ RM161.00nett/room/night
Superior Room @ RM185.15nett/room/night
Family Deluxe @ RM241.50nett/room/night
City Suite @ RM265.65nett/room/night
Prime Suite @ RM305.90nett/room/night
** pls. make a reservation ASAP.

Tel No: 07 7711111 Fax: 07 7739111
Website: http://www.primecity.com/


Berbagai acara akan diadakan pada malam tersebut antaranya cabutan bertuah melancung sekeluarga, tiket penerbangan pergi balik ke destinasi popular, persembahan peribadi rakan2 lama kita dan macam2lah. Memang gempak punya. Almaklumlah ada yang baru saja berjumpa setelah 30 tahun berpisah. Mungkin juga kita akan dapat bertemu dengan kawan2 kita yang sudah popular dan terkenal ketika ini, mana tau?
Dengan itu jangan tunggu lama2 sila buat pengesahan dengan segera.
Untuk mengesahkan jumlah kehadiran ke majlis jamuan makan malam sila buat pengesahan melalui email/sms/call saya pada atau sebelum 10 November 2008.
Segala kerjasama tuan2/puan2 amat saya hargai demi untuk menjayakan majlis ini.

Saya boleh diubungi melalui:-


email masajb45@yahoo.com

sms/call 013 7474545

5 ulasan:

kembara kelana berkata...

said
aku confirm. duit untuk jamuan macamana nak bayar? bank in kat akaun kau lepas tu aku sms...tapi aku tak menginap di hotel,aku tidor rumah abang aku di sana. lepas lepak dgn member aku rasa sampai suboh. tidor esok ajer lah...
ada cikgu kita datang ker?

pakroslan berkata...

Salam,
Insya Allah...Pakroslan pasti datang.....

Said Ahmad berkata...

ok sop. kau berapa orang? tak bawa isteri & anak2 ke?
tak apa kalau nanti malas nak ke rumah abang kau tu lepak aje kat bilik hotel aku.
aku ada book bilik lebih untuk kawan2 yang last minit tukar fikiran/plan tak nak balik. mesti ada punyalah!

kembara kelana berkata...

aku datang sorang..anak anak aku ramai tak muat kereta, saiz mak dia jer ada tiga orang, saiz aku ada sorang...lagipun aku..tak mahu bini dan anak anak aku rasa di tinggalkan..sian juga..cadangan yang baik...aku akan lepak bilik kau..sampai pagi..beres..boring kita ke stesen kereta api..kena kopi
jadik...set.
salam

Azida berkata...

Wah Usop dan Said ni macam planing nak borak sampai pagi aje....

Said kau ada pelan ke hotel tu ke atau aku kena cari sendiri?