Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Selingan

Adik aku kata : Luahan cinta ibarat kxntut Disimpan sakit Diluah malu Dah lepas, fuh! lega ... Aku kata : Kalau tak lepas ? Adik aku kata : Angin naik ke atas Sakit kepala. Dalam hati aku kata : Sah. Patut pun ...

Lama Tak Posting

Imej
Dah lama juga tak posting & upload gambar2 kat blog nie. Almaklumlah asyik ada program aje. Lepas hari raya banyak pulak program2 yang kena buat. Maaf kepada semua kerana kurang respon kepada posting yang lepas2. Fati minta maaf banyak2 kerana tak dapat hadir majlis awak tu nanti sebab saya berada di Pulau Sipadan masa tu. Insya Allah lepas daripada tarikh majlis tu mungkin saya akan ziarah awak sekeluarga di Tanjung Malim. Antara foto yang sempat diupload:- Majlis Open House Raya Aidil Fitri rumah Azida Dengan isteri di Puteri Harbour Kota Iskandar, Johor. Program di Pulau Tinggi, Mersing Sop, Mim, Bong, Bag, Fati, Teja, G, Azida, Sal dan lain2 keep up the good works in order to make this blog alive. Really appreciate kau orang punya masa & kerajinan untuk buat posting. Ada masa akan post lagi gambar2.

MESYUARAT CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU SMSJ DAN RAYUAN DERMA

Imej
Pada 29 Oktober 2009 Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Tambahan Surau (JPBTS) telah menjemput aku menghadiri satu mesyuarat di Pejabat Perunding NSJ. NSJ dimiliki oleh Tuan Hj Ir Nasarudin.. Bin..aku tak pasti Mohd Rawi atau Rahmat..konfius aku.. Pertamanya bagi pihak jawatankuasa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sanggup menerima kehadiran jawatankuasa ini. Tujuan mesyuarat adalah untuk menetapkan dan membuat keputusan dan membekalkan maklumat diperlukan kepada guru SMSJ (Pengetua) untuk dikemukakan ke Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan kebenaran membina tambahan bangunan surau. Yang hadir dalam mesyuarat ni adalah Abg Ramly Abu Bakar, Kak Noryn, Abg Alimor, Saiful Yazan, Jailani Jasmani, Nasarudin dan aku. ADA SATU PERMINTAAN AKU, MOHON KAWAN-KAWAN TERUTAMANYA EX-SMSJ MENGHULURKAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PEMBINAAN INI. UNTUK MENDERMA SILA LAWAT BLOG ALIMOR UNTUK NO AKAUN. Menurut Kak Noryn, dana yang sudah terkumpul setakat ini hanya RM80K++ sahaja. Jangka budge...

SATU PINTU TERTUTUP ADA PINTU LAIN TERBUKA

Walaupun kecewa, sedih dan hampa yang amat sangat, satu perkara yang perlu diingat: hidup bukan untuk terus bersedih, kecewa dan hampa. Hidup yang kita lalui seharian adalah satu ujian dan cabaran untuk kita. Allah dah janjikan di dalam surah al-Ankabut ayat 2-3: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta." Ramai yang lupa atau enggan percaya, setiap yang Allah swt tetapkan punya sebab, alasan dan hikmah yang tersendiri. Aku percaya Mat Gar dan Mat bukan Gar yang kurang cemerlang dalam pelajaran dan putus cinta di SMSJ Allah menyayangi mereka. Allah telah memberikan mereka rezeki dengan cara yang lain. Apa yang penting kegagalan pertama tidak bermakna kita akan terus gagal selamanya. Bagi yang putus cinta bukan bermakna tiada cinta...

andaiku tahu

ANDAIKU TAHU - UNGU Andaiku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku Andaiku tahu Kapan tiba masaku Ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku Aku takut Akan semua dosa-dosaku Aku takut Dosa yang terus membayangiku Andaiku tahu MalaikatMu kn menjemputku Izinkan aku Mengucap kata taubat padaMu Aku takut Akan semua dosa-dosaku Aku takut Dosa yang terus membayangiku Ampuni aku Dari segala dosa-dosaku Ampuni aku Menangisku bertaubat padaMu Aku manusia Yang takut neraka Namun aku juga Tak pantas di syurga Andaiku tahu Kapan tiba ajalku Izinkan aku Mengucap kata taubat padaMu Aku takut Akan semua dosa-dosaku Aku takut Dosa yang terus membayangiku Ampuni aku Dari segala dosa-dosaku Ampuni aku Menangisku bertaubat padaMu

Malam Jumaat Keliwon Part 3

Imej
teka ni gambar siapa? Tuai padi antara masak.... Esuk jangan layu layuan... Intai kami antara nampak... Esuk jangan rindu rinduan.... ( Khas untuk Teja) kita dinamakan manusia kerana kita mempunyai akal dan kerana itu kita tak pernah puas dgn diri kita.. kita mesti bersyukur dengan apa yg kita miliki bukan berfikir apa lagi yg belum kita punyai.. Ini ada gambar exclusive yg telah diharamkan di majalah sekolah 1978 atas alasan yg begitu dirahsiakan. Mereka adalah wakil sekolah yang mengharumkan sekolah pada tahun 1978..Cuba kita sama sama menarik benang merahnya... Atau kita biarlah gambar dibawah menjadi saksi bisu sepanjang hayat kita.. Case no 1. ( Pemain Bola Sepak U17) Diharamkan kerana mereka tak pakai seluar pendek waktu bergambar. Case no 2 ( Qari Sekolah) Diharamkan kerana "style" kaki yang bersilang seperti gaya "Black Dog Bone".. Case No 3 ( Pemuzik Rock) Ini yang paling pelik. Dunia mengakui mereka adalah kumpulan Rock yang hebat tapi gambar mereka bukan...

KEPAYAHAN

Musim tengkujuh silih berganti, bertukar menjadi kemarau melanda negara. Begitulah situasi yang tak dapat tidak mesti ditempuhi dan tak terkecuali kumpulan SPM/MCE 1978 SMSJ. Tahun itu kita dilanda kemelesetan. Bahangnya cukup kuat dan cepat menyebabkan kumpulan ini bagaikan cacing kepanasan. SPM/MCE semakin hampir. Kita semua bagaikan daun-daun kering yang berguguran. Pelbagai dugaan diharungi. Antara yang aku ingat ialah kita yang dipanggil Putera tidak dibenarkan memakai talipinggang semasa berpakaian sekolah. Bayangkan kalau terbeli seluar yang terbesar sedikit saiznya. Keduanya yang aku ingat sampai bila-bila ialah tidak dibenarkan study lebih waktu. Sebelah petang kena turun padang untuk bersukan. Tidak dibenarkan berada di bilik asrama atau di bilik darjah. Sebelah malam hanya waktu prep saja dari jam 8.00 - 10.00. Jam 10.30 kena tutup lampu dan tak boleh berada di kelas. Bayangkan waktu tu 'Mat Gar' yang awal tahun relex dan bertekad untuk study last minit. Mat Gar pun ...
SCIENCE SCHOOL KLUANG & CLIFFORD SCHOOL KUALA KANGSAR Dulu saya belajar di Science School Kluang tapi sekarang saya mengajar di Clifford School Kuala Kangsar . Science School sekolah berasrama penuh tapi Clifford School sekolah harian biasa . Namun kedua-duanya Sekolah Bestari . Pengetua Science School dulu berbangsa Melayu tetapi Pengetua Clifford School dulu berbangsa Inggeris . Pelajar Science School bercampur lelaki dan perempuan tetapi pelajar Clifford School lelaki belaka kecuali tingkatan enam . Science School terletak di Bandar Tentera tetapi Clifford School terletak di Bandar Diraja . Pelajar Science School 600 orang tetapi pelajar Clifford School 1500 orang . Usia Science School 35 tahun tapi usia Clifford School 112 tahun . Di Science School saya mencari cinta yang tidak pernah kesampaian tetapi di Clifford School saya membelai cinta yang sentiasa subur kerana ……................ di sinilah suami saya bersekolah dulu …...........Dari sinilah juga putera saya ...

lepas upsr nak masuk sbp 2010

Salam. Kawan2, Kalau benar sumber aku ni persiapkan anak2 kita dari awal darjah 4. Intake ke tingkatan satu mulai 2010 kena ujian bertulis dan temuduga. Langkah persediaan:- 1. Borang online diisi oleh pihak sekolah. salinan kepada parent.salinan juga dihantar oleh sek ke sbp yg di pohon oleh pelajar.Selalunya borang diisi bulan ogos. 2.Surat yg dihantar ke sbp tu tolong sertakan:- a. salinan borang online, b.salinan sijil koko dsb, juga c. salinan buku rekod pelajar dari darjah 4 ke 6( Ni lain dari yg lain). Jarang orang bagi maklumat yg ni kan !. Semua itu kena sahkan salinannya. Maklumat ini boleh dipercayai. Yg bg maklumat tu panel penemuduga lah kan. Kalau sekolah cuma kosong 12o katakan dan yg mohon 1200 orang macamana nak 'shortlisted'. Hantar borang saje bye bye. Tak cukup syarat. Tulisan tak boleh baca.dan macam2lah. Pada pandangan kau orang cara baru ni ok ke?. Tak ke nanti ada 'cronism'. Cikgu Usop, Cikgu Sukimin, Cikgu siapa lagi ekk... Hga. Zaidi...macamana...

Malam Jumaat Keliwon Part 2

Orang cakap mereka adalah kacang hantu,degil dan jangan diikuti.Mereka selalu buat bising kat kelas dan berambut panjang.Itulah ”Mat Gar”..berasal dari ”rugged” dan diterbalikkan menjadi Garred dan akhirnya jadi ”GAR”..Sebenar ramai Mat Gar hari ini telah menjadi org2 yg lebih hebat dalam mana2 industri mau pun menjadi org yg lebih alim dari kita... 1. Kita lihat cara Mat Gar basuh baju pulak. Mat Gar biasanya menggunakan pintu almari/gerobok yg diselitkan dibawah sink Semakin panjang pintu tu, semakin bagus. Satu pintu almari panjang boleh digunakan 3 atau 4 Mat Gar membasuh baju. Satu sabun, satu papan basuh mereka kongsi bersama dan dah tentu ”deng” dgn ”korok setabang” yg sama... 2. Mat Gar juga mesti tau bermain gitar walaupun sikit. Sekurangnya lagu chord senang seperti lagu “Pontianak”.Kalau tak pandai main gitar pun takpe tapi waktu konsert dalam bilik mesti pandai ketuk baldi atau pandai nyanyi atau buat bising. Mgkn Azman Rahman boleh cerita.... 3. Hampir semua Mat Gar suka k...

DULU DAN SEKARANG

Jika ada yang masih ingat atau pun kebetulan pernah terpanggil mengikuti siri Jejak Rasul 6 di TV3 pada 22 Julai 2003 yang memaparkan ternakan kambing di Habsyah. Aku tertarik dengan sekumpulan kambing di Habsyah mencari dan meragut makanan dengan cara memanjat pokok. Aku kagum dengan kecekapan, kemahiran dan ketabahan kumpulan kambing berkenaan. Lokasi yang digambarkan itu tiada kelihatan rumput-rumpai yang tumbuh, hanya pokok-pokok berduri dan berdaun halus saja yang ada. Amannya kambing-kambing berkenaan makan di atas pokok, malah ada yang menjangkau sampai ke hujung dahan dan juga di pucuk. Jauh beza dengan kambing-kambing di tempat kita. Kambing-kambing di sini begitu mudah dimana makanan dihantar dan disediakan. Kambing-kambing ini kalau dilepaskan dari kandang rasanya mungkin tidak mampu meragut rumput yang ada di sekeliling kerana pembekal makanan sentiasa memenuhi kehendaknya di kandang. Bagi aku cukupdengan pengertian yang boleh diandaikan kambing di Habsyah terpaksa buat ker...

Malam Jumaat Keliwon Part 1

Hantu digambarkan sebagai seorang perempuan hodoh yang berambut dan berkuku panjang. Biasanya gigi taring dia pun panjang. Sebut aja pontianak atau hantu penanggal. Dikatakan Pontianak adalah seorang perempuan yg diperkosa oleh lelaki dan apabila mati bertukar menjadi hantu kerana untuk membalas dendam dan dikatakan juga pontianak akan menjadi cantik bila ditikam paku pada tengkuknya. Aku selalu berfikir kenapa kebanyakan hantu melayu adalah perempuan dan sampai sekarang aku belum membaca kisah hantu lelaki... Kadang kadang aku berfikir juga bukan senang jadi pontianak. Iyalah hantu perempuanlah kata.. Agaknya pontianak tu pakai ”Bra tak?” atau ”Datang Bulan tak?”.Begitu juga dengan hantu penanggal...Kadang2 perempuan yg mati tu rambutnya kereting tapi bila jadi pontianak mesti rambutnya lurus dan fesyen rambutnya mesti sama.. lurus dan belah tengah.. Anih bukan. . Semasa kita sekolah dulu, dikatakan asrama perempuan tu ada hantu dan aku rasa semua hantu yg budak2 perempuan nampak juga...

BERKAITAN DENGAN SYUKUR

Adalah menjadi kewajipan kita untuk mensyukuri nikmat Allah swt yang diberikan kepada kita. Kita selalu lupa dan leka dengan anugerah Allah kepada kita. Lihat sahaja pada diri kita apakah anugerah yang telah Allah berikan.Anugerah tiga pancaindera utama dan amat berharga iaitu mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mululut untuk berkata2. Tiga pancaindera ini tidak boleh dibuat atau dicipta oleh manusia. Bersyukur kita kepada Allah kerana kita dilahirkan dalam keadaan sempurna. Kita tidak boleh merasakan diri kita hebat sehingga lupa bahawa itu semua pinjaman semata2. Kadang2 kita merasa gah dengan kerja, jawatan, pengaruh,kuasa dan hubungan sehingga kita lupa tanggungjawap kita yang sebenar hubungan dengan Allah dan sesama manusia.Perasaan ini telah membawa kita berasa riak, sombong, bongkan dan takabur. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihyaulumuddin" menulis "ukuran hubungan seseorang insan dengan tuhannya ialah pada ketelusan hubungannya dengan insan yang lain...

MENCIPTA SAAT-SAAT ROMANTIS

Imej
Wanita memang sukakan sesuatu yang romantis namun lelaki pula tak semuanya mahu bersikap sedemikian. Demikianlah percanggahan yang selalu berlaku. Melakukan perkara-perkara romantis bersama pasangan mampu menambah lagi keintiman dan kemesraan. Malah melalui masa-masa romantis mampu menyegarkan sebuah perhubungan. Perkara ini tidaklah terhad kepada pasangan suami isteri yang muda saja, mereka yang telah berusia juga harus mempratikkannya. Sikap inilah akan mencipta kesetiaan dan kebahagian yang berkekalan. Walaupun usia kita semua sekarang ini hampir mencicah setengah abad tapi aku fikir kita juga perlu membuatnya. Di sini aku berikan beberapa tip yang mudah dimana kita boleh mencuba dan mempratikkannya. Bercerita di kamar             Habiskan waktu bersama di dalam bilik tidur dengan saling bercerita dan tertawa. Bagi memberi kesan yang lebih romantis pasangkan lampu yang tidak terlalu terang atau nyalakan lilin. Pun begitu tidak semestinya b...

En.Jamil - Madutiga Episod Akhir

Apa cita2 kita masa sekolah dulu? Guru, Polis, Askar etc tapi lihatlah pada hari ini apa pekerjaan kita. Agaknya kita akan menjadi semakin baik atau menjadi semakin jahat jika cita cita kita tu terlaksana? Adakah Allah tidak adil dengan kita? Kenapa cita2 kita tak tercapai? Siapa yg kita perlu salahkan.. 1. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan dan Tuhan telah tetapkan aku kawin dgn Sabariah Senggarang masa aku trainning Askar di Batu Pahat. Aku terpaksa lupakan cita cita masa sekolah aku demi Sabariah.. Orang tak faham tapi bukan itu ketentuan dari tuhan?Kadang2 nak juga tukar kerja lain bila tenguk kawan sekolah kerja tak pakai unifom.. 2. Aku tak tahan tiap2 hari mak aku berleter pasal aku tak de kerja kat rumah. Result aku ok tp Inggeris aku teruk masa sekolah . Aku tak kisah aku jadi apa kerana yg penting aku ada kerja. Sebab tu sampai sekarang aku kerja kat sini tapi kadang2 aku bengang jg pasal kawan sekolah aku yg tak "hansem lansung" kawin dgn org putih pasal dia panda...

Happy Birthday, Norin.

Kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke 48 kepada sahabat kita Norela bte Muhammad Shah (5e2) pada 07 10 09 dengan ucapan semoga tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dijauhkan dari mara bahaya dan dikurniakan kebahagiaan hidup selamanya dan Jemputan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dirumah No 16, Lorong 4-2A, Tman Serdang Jaya Azida Aziz pada 10/10/2009 Sabtu { tengahari sampai petang. }

SUSAH SENANG JADI CIKGU PART 1

Imej
Salam untuk semua semuga sihat. Aku sebenarnya bukan berkerjaya cikgu. Tetapi aku masukkan cerita susah senang jadi cikgu. Ini adalah kerana ramai dikalangan batch kita SPM/MCE 1978 menjadi cikgu. Aku dapat cerita ni dari kawanku seorang Pengurus FELDA yang isterinya seorang cikgu. Bahasa Rojak Kalau boleh jadi panduan ikut je lee, tapi kalau tak betul jadikan penglipur lara. Anak Malas Bahasa Kalau ada yang terkasar aku minta maaf. Kalau tersinggung juga aku minta maaf. Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada masih hidup atau mati. *Kalau nak jelas dailog klik pada gambar

Madutiga - En Jamil Part 11

Aku tak tau samada betul atau salah…. Terdapat 3000 peminta sedekah di Malaysia dari berbagai kaum dan usia. Jika pendapatan mereka adalah RM20.00 sehari maka jumlah wang yg mereka dapat adalah RM60,000 sehari dan kalau sebulan mgkn RM1.8juta dan kalau setahun???. Agaknya kemana wang itu dibelanjakan? Arak, judi atau keperluan harian..Kita mampu untuk membina sebuah sekolah bersama2 rumah guru setiap tahun tanpa bantuan kerajaan... Aku juga tak tau samada betul atau salah.... Terdapat 2 juta lelaki yang berpendapatan tetap menunaikan Solah Jumaat di Malaysia. Secara kasar jika 2 juta makmun itu mendermakan RM1.00 seminggu kedalam tabung masjid, maka sudah tentu simpanan tabung masjid di Malaysia berkisar RM104juta. Kita mampu untuk mendirikan sebuah mesjid baru setiap tahun tanpa bantuan kerajaan... Aku tak tau samada betul atau salah.... Terdapat 3,000 pelajar yg keluar dari SMSJ sejak ditubuhkan pada tahun 1973.. Secara kasar jika mereka budget RM1000 untuk kueh raya, tol,minyak merc...

Munajat Di Kuburan

Imej
Pengunjung bermunajat di Makam Sunan Kalijaga, Demak, Jawa Tengah. Bapak hanya setakat menghadiahkan Al-Fatihah.