Malam Jumaat Keliwon Part 1
Hantu digambarkan sebagai seorang perempuan hodoh yang berambut dan berkuku panjang. Biasanya gigi taring dia pun panjang. Sebut aja pontianak atau hantu penanggal. Dikatakan Pontianak adalah seorang perempuan yg diperkosa oleh lelaki dan apabila mati bertukar menjadi hantu kerana untuk membalas dendam dan dikatakan juga pontianak akan menjadi cantik bila ditikam paku pada tengkuknya. Aku selalu berfikir kenapa kebanyakan hantu melayu adalah perempuan dan sampai sekarang aku belum membaca kisah hantu lelaki...
Kadang kadang aku berfikir juga bukan senang jadi pontianak. Iyalah hantu perempuanlah kata.. Agaknya pontianak tu pakai ”Bra tak?” atau ”Datang Bulan tak?”.Begitu juga dengan hantu penanggal...Kadang2 perempuan yg mati tu rambutnya kereting tapi bila jadi pontianak mesti rambutnya lurus dan fesyen rambutnya mesti sama.. lurus dan belah tengah.. Anih bukan.
.Semasa kita sekolah dulu, dikatakan asrama perempuan tu ada hantu dan aku rasa semua hantu yg budak2 perempuan nampak juga hantu perempuan. Kat asrama lelaki pun ada yg jumpa hantu perempuan sedang mengendung baby. Pak guard juga kata ada jumpa hantu kat dewan tapi juga perempuan hinggakan mayat dalam keranda terbang juga berisi mayat perempuan.. Agaknya sampai bila watak hantu mesti dipegang oleh perempuan?
Maaf jika aku berlebihan...dulu emak bapak marah kalau anaknya main sampai maghrib kerana takut disembunyikan ”hantu tetek” yg juga perempuan. Rasanya inilah satu satunya hantu melayu yg aku tau tak pakai ”bra”. Bayangkan kalau dia pakai ”bra” Berapa lama masa yg diambil untuk buka ”bra” tu kerana yg pasti teteknya terlalu besar hingga boleh menyembunyikan kanak2. Jika dia lambat, sudah tentu kanak2 itu boleh melarikan diri...
Agaknya kenapa orang melayu ni suka memperlekehkan perempuan dgn gambaran hantu atau mungkinkah kerana pencipta cerita hantu dulu menyimpan perasaan dendam pada seorang perempuan hingga beliau memomokkan hantu sebagai perempuan turun temurun sehingga ke hari ini....Sehingga hari ini aku tak pasti jerangkung tu lelaki atau perempuan kerana hantu ini menggunakan watak tulang ....Mungkinkah penciptanya seorang ”gay”?.....
Ulasan
hantu bungkus - perempuan jugak
hantu stokin - perempuan jugak
lan aku pun tak tau nape hantu melayu ramai sangat di watakkan oleh kaum perempuan...mungkin mereka selalu di keciwakan semasa didunia kut dan muncul semula cari lelaki.. yang mengeciwakannya
Teja hantu raya ke atau hantu rayau
Usop masa kat asrama dulu kau selalu jadi hantu macam aku...
Tapi sekarang telah banyak berubah
rasanya orang minyak n toyol bukan hantu pasal kepercayaan melayu, hantu tu mesti manusia yg dah mati..
Salam Teja,
Hantu raya cuma nasi tambah aja. boleh jadi lelaki atau perempuan..
Salam sop,
rasanya bong tu "kacang hantu"...
orang minyak manusia yang guna ilmu salah....dia hidup...tak mati lagi,
toyol pulak budak kecik..tak taulah jantinanya...kalau toyol betina tak ada ...tak mungkin ada anak toyol, sipa boleh beli beli..dia ni aku rasa bukan kategori manusia...jenis jin ke apa ke...
hantu raya jugak...bukan kategori manusia..dia belaan oleh pengamal ilmu salah...macma toyol jugak...
betullah lan, hantu melayu kebanyakkan nya perempuan...apasal ek?
siapa masa kat sekolah kita panggil dia YOTOL Toyol)? Rasanya dia batch Bro Asri tu.
bila baca citer wak mimbar..aku rasa betul pulak ke dia...kau macma biasa meng konpiuskan aku...tapi ada part 1 kau kena ingat tu bar, nanti part 2 kut baru kuar citer yang kau nak tu..jawab lan jawab...aku tak faham ni, org jawab je boleh citer
rosi lakau ka..uw ditak hafam. Ka..uu rendisi pu..un ditak hatu pa..aa ya..ang ka..uu lutis. Ka..uu siabanya selabah ja..aa. radi sokong ja.aa. Ka.uu siabanya lutis ludu, rahabu ka.uu raci jatuk. Gungtu ja..aa esipod wuda. Camam damu gita la..ah. Penaka marai ya..ang pinkius pa.aa ya..ang ka..uu lutis? Rosi.. ka..uu kacap terlabik. Ka..uw bemlab lakau ka..uw ditak hafam..
Bahasa hantu sekolah sains.
ka'u hatu sahaba kaau ti'u, sahaba tanhu lesokah yasain...tanhu camam ka'u dan kaau jasa yang hatu...dapan kuma ...hehehehehe....liba ka'u lutis terlabik camam ni'i..ka'u kewata rosang rosang...liger liger..jatuk ka..au jatuk behat laan, sirau ka'u caba...
kah kah kah...bahasa hantu panjat pagar sekolah sains dulu...
pak roslan timbulkan persoalan
1. kenapa citer hantu dikaitkan dengan malam jumaat?
2. kenapa hantu melayu kebanyakannya perempuan?
part 2 nanti...coming soon...
sedap sambal sotong tuu
wak mimbar nak komplen atau nak kutuk pun tak pe yg penting wak mimbah DUSAH NEPING.. bukan senang nak peningkan jawa sorang ni..bong pun poning..
Nama Matifah?
Pak roslan, cite psal hantu lak ye..
Kita dengar cerita ada tapi jumpa dengan spt yang ditulis tu tak de dan harap tak payah dijumpakan pun..takut, ngeri pun juga. Cuba bayangkan jika disorok dek hantu tetek, mesti dia sorokkan kat situ tentunya tercungap-cungap nak bernafas.. gelap pulak tu.
Yang pasti dan dah nampak, kat umah kita ada.. satu kat nak habis rambut dia... hantu jenis baik tapi boleh marah, kacau orang kat dlm umah tu aje tak kira siang atau malam, kat luar..? nak kena guna khidmat PI....hihihi ini dah kes merapu.
Mimbar..kita memang jawa dan akan mengaku jawa sepenuh hati tak macam setengah jawa tu tak mau mengaku jawa tapi bab-bab hari dalam kalendar jawa ni maaf kita orak ngerti tapi rasanya yang awak tulis tu betulah... Lagi satu.. sori ye, itu hari waktu dtg rumah kami, kita served you nothing.. not even tauhu & tempe Banting.
cikgu besar.. awak juge ye, kita minta maaf..
hantu yang satu dan dah habis rambutnya tu....yang ni menarik, susah nak jumpa hantu macam tu...ganggu kau tak siang atau malam? wahhh...ni kacau...
sal
aku datang bukan nak makan, tetapi aku memang suka berjalan...layanan kau dan wak amat berkesan dihati .. kau ingat lagi tak citer masa makan malam? hehehehehehe... jalanlah kerompin kalau kebetulan kau ke sini.