SCIENCE SCHOOL KLUANG & CLIFFORD SCHOOL KUALA KANGSAR
Dulu saya belajar di Science School Kluang tapi sekarang saya mengajar di Clifford School Kuala Kangsar . Science School sekolah berasrama penuh tapi Clifford School sekolah harian biasa . Namun kedua-duanya Sekolah Bestari .

Pengetua Science School dulu berbangsa Melayu tetapi Pengetua Clifford School dulu berbangsa Inggeris . Pelajar Science School bercampur lelaki dan perempuan tetapi pelajar Clifford School lelaki belaka kecuali tingkatan enam .

Science School terletak di Bandar Tentera tetapi Clifford School terletak di Bandar Diraja . Pelajar Science School 600 orang tetapi pelajar Clifford School 1500 orang . Usia Science School 35 tahun tapi usia Clifford School 112 tahun .

Di Science School saya mencari cinta yang tidak pernah kesampaian tetapi di Clifford School saya membelai cinta yang sentiasa subur kerana ……................ di sinilah suami saya bersekolah dulu …...........Dari sinilah juga putera saya berjaya ke menara gading ..............


Ulasan

kembara kelana berkata…
alimah
beza banding yang nostalgis...
terhibur aku membacanya....tapi yang last tu...banyak tanda tanya,..namun biarlah dia berlalu...

sk kg aur jauh sangat nak banding dgn cliford dan smsj jadi ..eloklah aku duk diam diam...
Citera Alam berkata…
Sop , awak ceritalah versi lain pulak , keindahan alamnya , seni suara kicau burungnya . Kat SMSJ pun ada kicau burung , kan !
kembara kelana berkata…
aku nak banding smsj dgn sdad dgn smj18, smkk, smkaj, smktg, skbtr, sktg, skp, skj, skka...banyak versinya mah...nantilah..aku entrikan apa yang patut tu..
Citera Alam berkata…
Eloklah tu , utk kita semua buka mata dan telinga tentang tempat orang lain .
asri berkata…
Ada orang putus cinta dia jadi mat rempit untuk melepaskan kekecewaan dan penderitaan cinta yang tak kesampaian itu dengan merempit. Istilah budak sekarang kalau Mat Rempit, nak tunjuk hebat buat wheelly, kemudian we...kang nasib baiklah kawan tu tak we... die. Begitulah bahana cinta yang tak kesampaian.

Seorang lagi pulak bila dah putus cinta ,dia mencari cinta sebenar iaitu untuk mencari cinta daripada tuhannya. Dugaan yang dihadapinya memang tak boleh cakap. Ialah nak mencari cinta yang abadi.Itu pun dia tidak pasti mendapat Cinta dari tuhannya atau tidak. Harap2 dapatlah.

Tahniah kepada anda Citra Alam kerana sudah dapat membelai cinta yang anda cari2 selama ini.

Sop, apahalnya dengan cinta-cinta kita Sop?
Citera Alam berkata…
Putrawaja , bila difikir , lebih baik kita kecewa di peringkat awal kerana ia dapat mengajar kita menghargai orang lain dan pasrah kepada Yang Maha Esa . Tanpa kekecewaan , kita boleh jadi lupa diri , juga boleh lupa Tuhan .
bong berkata…
Citera Alam kau memang hebat, tulisan kau semua cantik2
Citera Alam berkata…
Bong , cerita saya biasa ajer , macam cerita orang lain juga . Terima kasihlah sebab memuji . Ini maknanya rajin awak membaca , ya ! Saya tulis cuma utk seronok sendiri , menzahirkan apa yang dilihat dan dirasa . Sayapun baca juga tulisan awak , bagus juga idea awak . Teruskanlah menulis .

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI