Madutiga - En Jamil Part 11

Aku tak tau samada betul atau salah…. Terdapat 3000 peminta sedekah di Malaysia dari berbagai kaum dan usia. Jika pendapatan mereka adalah RM20.00 sehari maka jumlah wang yg mereka dapat adalah RM60,000 sehari dan kalau sebulan mgkn RM1.8juta dan kalau setahun???. Agaknya kemana wang itu dibelanjakan? Arak, judi atau keperluan harian..Kita mampu untuk membina sebuah sekolah bersama2 rumah guru setiap tahun tanpa bantuan kerajaan...

Aku juga tak tau samada betul atau salah.... Terdapat 2 juta lelaki yang berpendapatan tetap menunaikan Solah Jumaat di Malaysia. Secara kasar jika 2 juta makmun itu mendermakan RM1.00 seminggu kedalam tabung masjid, maka sudah tentu simpanan tabung masjid di Malaysia berkisar RM104juta. Kita mampu untuk mendirikan sebuah mesjid baru setiap tahun tanpa bantuan kerajaan...

Aku tak tau samada betul atau salah.... Terdapat 3,000 pelajar yg keluar dari SMSJ sejak ditubuhkan pada tahun 1973.. Secara kasar jika mereka budget RM1000 untuk kueh raya, tol,minyak mercun dan bunga api serta duit raya budak2 bermakna perbelanjaan adalah RM3,000,000 dan apa salahnya jika 10% dari budget raya kita infakkan kesurau sekolah... Bayangkan jika kita yg sudah 30 tahun keluar sekolah....Bukan setakat surau aja, sekolah pun kita boleh bina tanpa bantuan kerajaan...

Aku tak tau samada betul atau salah... Perbelanjaan untuk pasang dapor ke2 adalah sekitar RM5000 dan penyelengaraan pula minima RM800 sebln dan pada tahun pertama aja suami belanja RM14,900 dan jumlah ini adalah cukup utk hantar ibu atau bapa kita melengkapkan rukun islam mereka... Tak taulah mana lebih afdal sebagai anak... dapor atau haji.

Kita selalu cakap yg kita tak de duit tapi yg anihnya kita mempunyai wang yg cukup banyak ketika hari raya. Tukar hp baru, kerusi baru,langsir baru dan segala galanya baru demi hari raya setahun sekali...tapi yg lebih anih perempuanlah yg byk berbelanja dari lelaki. Perempuan...Perempuan...Tak pernah nak ubah dari sekolah sampai dah nak bercucu..Rasanya sekali sekala , mereka perlu di ugut dengan dapor baru... Jangan beli yg 2 burner tapi terus beli yg 4 burner... barulah cepat nasi empit itu masak…

MINAL AIDIL WAL FAIZIN. MOHON MAAF LAHIR N BATIN

Ulasan

bong berkata…
Bag kau bangang juga sebab banyak yang kau tak tahu ada juga kawan aku
kembara kelana berkata…
roslan
kau kompius sejak dulu sampai sekarang...kekadang, aku pun tak tau, kau betul ke dia salah atau kau salah dia yang betul...
lan
tajuk ni memang sesuai dengan diri kau...sebab kau selalu kompius..
g berkata…
antara en jamil, cik latifah, cik hasnah dan cik rohani yang kompius sebenarnya adalah ... apek.
pakroslan berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pakroslan berkata…
Salam Bong,
kadang2 terpaksa menjadi bangang bila berkawan dgn kau supaya lebih adil.
Salam Sop,
Secarik2 BULU AYAM, lama2 bertaup juga, secantik2 IBU AYAM, lama2 ke neraka juga.
Salam fauziah,
Bingung bila Ahmad Nisfu lbh sayang menantu dari anaknya sendiri.
g berkata…
roslan,
haji bakhil tu mendukung male solidarity yang almaklum dengan fitrah kaum adam.
saranan 'jangan beli yg 2 burner tapi terus beli yg 4 burner' tu melewati kehebatan mantra en jamil 'mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang ...'
yang akhirnya surrender pegang bendera putih tak jadi mati, apek juga.
brilliant.
fati berkata…
Aku pun terfikir macam kau juga Bar, bahasa depa berdua ni berlapis-lapis, padanlah tu.... aku ni jenis lurus bendul... kalau org kata A, aku ingat A lah....rupanya yg org maksudkan Z....
Mukaddimah pasal dapur tu panjang sangat....
mrs jannuri berkata…
Kih kih kih.. pak roslan tak habis-habis dgn dapornya.

Dapur pertama ke, kedua ke atau keempat sekalipun... dapur yang pertama pasti sipembuat dapur tu tak dapat nak lupa, pegilah tanya pada mereka-mereka tu.

Cam dapur kayu...orang kata masak dengan dapur ni rasa best tapi kita dah tak nak pakai dah... nostalgia je..

G.. orak kepingin rayan gok ku nang Banting ke?
g berkata…
sal, aku wes orak enteng nak lungo dewean pak nggolek wong seng keno dathi supir, Banting adoh loh :D
pakroslan berkata…
Salam Mimbar n fauziah,
entri aku pasal sedekah tapi En. jamil juga yg jadi isu. Aku cuma meraikan BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009
Salam Fatimah,
Suami yg paling beruntung didunia ini ialah suami yg punya istri yg "LURUS BENDUL". Jgn tanya kenapa...
Salam Sal,
Orang beraya diberi kueh tapi kenapa diBANTING... Dosa tu
kembara kelana berkata…
masuk bahasa jawa...aku lagi pening dan bertambah kompius..entah entah dia orang ngumpat ke aku...ikut kau lah labuuu
Alimor Sipon berkata…
Wak Mimbar, Wak Januri, wak (kalau pompuan panggil opo eh) Jangan banyak sangat speking jowo, aku orak ngerti.
Aku setuju sangat pandangan pak roslan tu, hidup ni jadi waras bila apa yang kita buat ditimbang2, dibanding2 dan dinilai2.
g berkata…
perempuan panggil saja 'neng' = cik adik cayang.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI