MENCIPTA SAAT-SAAT ROMANTIS

Wanita memang sukakan sesuatu yang romantis namun lelaki pula tak semuanya mahu bersikap sedemikian. Demikianlah percanggahan yang selalu berlaku. Melakukan perkara-perkara romantis bersama pasangan mampu menambah lagi keintiman dan kemesraan. Malah melalui masa-masa romantis mampu menyegarkan sebuah perhubungan.
Perkara ini tidaklah terhad kepada pasangan suami isteri yang muda saja, mereka yang telah berusia juga harus mempratikkannya. Sikap inilah akan mencipta kesetiaan dan kebahagian yang berkekalan.
Walaupun usia kita semua sekarang ini hampir mencicah setengah abad tapi aku fikir kita juga perlu membuatnya.
Di sini aku berikan beberapa tip yang mudah dimana kita boleh mencuba dan mempratikkannya.
  1. Bercerita di kamar
           Habiskan waktu bersama di dalam bilik tidur dengan saling bercerita dan tertawa. Bagi memberi kesan yang lebih romantis pasangkan lampu yang tidak terlalu terang atau nyalakan lilin. Pun begitu tidak semestinya berakhir dengan seks. Duduk berdua bercerita dalam pelukan cukup merasa kebahagiannya.

     2.  Berkelah bersama

          Mengisi waktu santai dengan berkelah adalah aktiviti yang menyenangkan.Kita dapat mendekatkan diri dengan alam. 

      3.  Menonton DVD

           Duduklah berdekatan berdua dengan melayani cerita-cerita berkisar tentang percintaan.

       4.  Mandi bersama

             Aktiviti mandi dan berendam bersama pasti menyeronokkan. Lakukan juga aktiviti urutan pasti akan menjadi kenangan bersama. Lakukan selalu.

        5.  Alunan muzik

              Muzik satu elemen yang mampu melembutkan jiwa sepanjang malam. Lagu dan muzik lembut mampu menstimulasi parasaan kita.Dengarkan lagu-lagu romantis dan sediakan makan malam istimewa untuk dinikmati bersama.

         6.  Duduk berdua di rumah

              Kita boleh cipta duduk berdua di rumah dengan mengambil cuti daripada menjaga anak. Hantar anak ke rumah ibu bapa kita. Habiskan masa bersama dengan tenang dan bersembang berdua yang mampu menimbulkan bibit keintiman.

           7.  Rawatan istimewa

                Sisihkan sedikit masa untuk memberikan rawatan istmewa.  Lakukan urutan pada tubuh secara bergilir-gilir. Guna minyak pati agar mendapat kesan yang lebih menyenangkan.

Aku sebenarnya sekarang ni memang tinggal berdua saja. Anak-anak aku 2 orang belajar di Sah Alam dan Kuala Lumpur, jadi bagi aku mungkin tak ada masalah untuk lakukannya. Tapi aku pun tak buat lagi. Kekok rasanya nak buat. Aku dapat tip ni dari majalah yang aku baca. Aku rasa macam nak buat juga. Aku akan main kejar-kejar berdua dengan isteri aku dalam rumah.
Usop dan Bagio jangan iri hati. Tip sudah diberi terpulanglah untuk mempratikkannya. Mungkin untuk memulakannya ada sedikit janggal tapi kita boleh mencubanya. Fikirkan tentang kepentingannya dalam memperbaiki hubungan. Kalau untuk kebaikan apa salahnya.

Ulasan

Citera Alam berkata…
Hebat entry pilihan awak ya . Dalam banyak2 tu , saya suka menonton bersama di rumah . Dia suka cerita adventure dan dia minta saya tonton bersama untuk mendidik anak2 supaya fikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh .
kembara kelana berkata…
aku suka merapu....boleh ke bong, romantik tak
bong berkata…
Usop dan Limah kau cuba yang mandi bersama dan membuat urutan tubuh, aku rasa Usop kalau dah kena tentu nak selalu lupa nak balik KA

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI