BERKAITAN DENGAN SYUKUR
Adalah menjadi kewajipan kita untuk mensyukuri nikmat Allah swt yang diberikan kepada kita. Kita selalu lupa dan leka dengan anugerah Allah kepada kita. Lihat sahaja pada diri kita apakah anugerah yang telah Allah berikan.Anugerah tiga pancaindera utama dan amat berharga iaitu mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mululut untuk berkata2. Tiga pancaindera ini tidak boleh dibuat atau dicipta oleh manusia. Bersyukur kita kepada Allah kerana kita dilahirkan dalam keadaan sempurna. Kita tidak boleh merasakan diri kita hebat sehingga lupa bahawa itu semua pinjaman semata2. Kadang2 kita merasa gah dengan kerja, jawatan, pengaruh,kuasa dan hubungan sehingga kita lupa tanggungjawap kita yang sebenar hubungan dengan Allah dan sesama manusia.Perasaan ini telah membawa kita berasa riak, sombong, bongkan dan takabur. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihyaulumuddin" menulis "ukuran hubungan seseorang insan dengan tuhannya ialah pada ketelusan hubungannya dengan insan yang lain. Sekiranya hubungannya dengan insan bermasalah apatah lagi hubungan dengan yang haq". Kurniaan Allah yang amat bernilai kepada manusia adalah akal. Akallah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Maka gunakanlah akal kita dengan baik untuk kita berfikir.Banyak lagi kurnian Allah kepada kita dan jika dinilai sudah tentu kita tidak mampu membalasnya. Bersyukur dengan hati, kita sentiasa memuji serta mengingati Allah. Bersyukur dengan pertuturan kita sentiasa berdoa serta mengucapkan syukur. Bersyukur dengan perbuatan kita sentiasa membuat sesuatu yang baik dengan ikhlas. Pada amatan saya kita kurang bersyukur dengan perbuatan.Kita berkira dengan masa kita, kita berkira dengan wang ringgit kita dan kita berkira dengan idea kita untuk kebaikan.
Kesimpulannya kita wajib bersyukur kepada Allah swt dengan kurniaan yang diberikan kepada kita dengan ketiga2 cara bersyukur iaitu dengan hati, pertuturan dan perbuatan.
Yang penting setelah kita dikurniakan dan merasakan kenimaktan Allah kita jangan terus lupa kepada "Tabung Derma Surau SMSJ". Berdermalah seberapa banyak yang boleh dengan keikhlasan jiwa dan raga.
Amalan yang boleh diamalkan selepas solat dengan membaca ayat ini: "Astarfirullah al'azim innahu kana ghafar" yang bermaksud: "Aku memohon keampunan dari Allah, tuhan yang maha agung, sesungguhnya kau maha pengampun." (Minta maaf sekiranya salah kerana tulis dalam rumi bukan jawi kerana tiada keybord jawi)
Sekian, mohon kemaafan dari saya sekiranya tidak betul dan menyinggung hati dan perasaan.
Ulasan
terima kasih pasal ingatkan aku. Dah tua ni, kadang2 lupa..
Sop tunggu istana aku bena kat kebun durian kita boleh MG kat situ. Buat masa ni aku sendiri jarang singgah.