DULU DAN SEKARANG

Jika ada yang masih ingat atau pun kebetulan pernah terpanggil mengikuti siri Jejak Rasul 6 di TV3 pada 22 Julai 2003 yang memaparkan ternakan kambing di Habsyah. Aku tertarik dengan sekumpulan kambing di Habsyah mencari dan meragut makanan dengan cara memanjat pokok. Aku kagum dengan kecekapan, kemahiran dan ketabahan kumpulan kambing berkenaan. Lokasi yang digambarkan itu tiada kelihatan rumput-rumpai yang tumbuh, hanya pokok-pokok berduri dan berdaun halus saja yang ada. Amannya kambing-kambing berkenaan makan di atas pokok, malah ada yang menjangkau sampai ke hujung dahan dan juga di pucuk. Jauh beza dengan kambing-kambing di tempat kita. Kambing-kambing di sini begitu mudah dimana makanan dihantar dan disediakan. Kambing-kambing ini kalau dilepaskan dari kandang rasanya mungkin tidak mampu meragut rumput yang ada di sekeliling kerana pembekal makanan sentiasa memenuhi kehendaknya di kandang. Bagi aku cukupdengan pengertian yang boleh diandaikan kambing di Habsyah terpaksa buat kerja sendiri untuk makan walaupun kerja memanjat tu bukan kerjanya, berbanding dengan kambing di tempat kita tidak perlu berkerja keras untuk makan dan kambing di tempat kita hanya pandai memanjat kambing lain. Aku adalah dari kumpulan yang sering masuk universiti tetapi keluar pada hari yang sama, maknanya mungkin tidak sempurna pandangan dan pemikiran aku dengan kawan-kawan yang lain.
Berkaitan dengan cerita yang aku paparkan menunjukkan cerita kambing di Habsyah adalah kisah kehidupan kita yang lalu. Cerita kambing di tempat kita adalah menunjukkan cerita anak-anak kita sekarang ini. Kita dahulu semuanya buat sendiri, balik ke asrama naik bas sendiri. Ibu bapa tak tahu samada kita sampai asrama atau tidak kerana tiada talipon. Kalau nak dapat khabar pun sapa yang rajin kirim surat beritahu yang dah sampai asrama. Sekarang ini anak kita dihantar sehingga ke pintu pagar asrama, di naikkan bas dan tentukan bas bergerak baru kita pun ikut beredar. Dulu kita hanya bergantung hidup pada wang biasiswa kerjaan untuk menampung keperluan harian termasuk deng dan bagi yang bernasib baik ada abang atau kakak boleh minta sedikit bantuan. Sekarang ini anak kita dapat biasiswa kerajaan dapat juga biasiswa ibu bapa seperti mendapat elaun tetap, ada talipon bimbit, ada yang lebih dari 1 seperti orang berniaga. Dulu tiada IPT yang banyak, kalau SPM/MCE pangkat 3 duduk tergantung nak ke IPT tak boleh, nak ke tingkatan 6 tak boleh, jadi kalau keluarga ada duit boleh le ulang semula di sekolah swasta (bayar), kalau tidak jadilah penganggur sementara diterima bekerja. Tapi sekarang ini IPT dan pusat kemahiran begitu banyak, keluarga tiada duit sumber pinjaman ada, keputusan tak berapa baik pun berpeluang teruskan belajar setidak-tidaknya dapat kursus kemahiran peringkat sijil.
Demikianlah perbezaan dahulu dan sekarang. Rumusan aku, memberi kemanjaan kepada anak-anak secara berlebihan menyebabkan lemak yang berlebihan. Mereka tiada ikhtiar untuk berusaha malah mereka sebagai penunggu bulan jatuh ke riba. Memang tidak boleh dinafikan kemudahan sekarang sememangnya banyak dan naluri insan memang sudah semula jadi mendamba sesuatu yang lebih baik dan indah dari semalam, kelmarin dan dahulu.

Ulasan

bong berkata…
Wak Bar aku cuma nak ingatkan anak-anak kita gunakanlah peluang yang banyak dan tersedia ada tak macam kita dulu.
pakroslan berkata…
Salam Bong,
aku setuju bong,
kau memang hebat...
Citera Alam berkata…
Betul cerita Bong tu . Saya merasainya . Tapi saya mencuba tak mewahkan anak . Anak2 saya kat U naik basikal / motosikal ajer ke lecture , biar dia rasa susah untuk cemerlangkan masa depannya sendiri .
bong berkata…
Mah, anak lelaki aku jalan kaki,anak perempuan aku ada skuter sbb perempuan tu lemah.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI