KEPAYAHAN
Musim tengkujuh silih berganti, bertukar menjadi kemarau melanda negara. Begitulah situasi yang tak dapat tidak mesti ditempuhi dan tak terkecuali kumpulan SPM/MCE 1978 SMSJ. Tahun itu kita dilanda kemelesetan. Bahangnya cukup kuat dan cepat menyebabkan kumpulan ini bagaikan cacing kepanasan. SPM/MCE semakin hampir. Kita semua bagaikan daun-daun kering yang berguguran. Pelbagai dugaan diharungi.
Antara yang aku ingat ialah kita yang dipanggil Putera tidak dibenarkan memakai talipinggang semasa berpakaian sekolah. Bayangkan kalau terbeli seluar yang terbesar sedikit saiznya. Keduanya yang aku ingat sampai bila-bila ialah tidak dibenarkan study lebih waktu. Sebelah petang kena turun padang untuk bersukan. Tidak dibenarkan berada di bilik asrama atau di bilik darjah. Sebelah malam hanya waktu prep saja dari jam 8.00 - 10.00. Jam 10.30 kena tutup lampu dan tak boleh berada di kelas. Bayangkan waktu tu 'Mat Gar' yang awal tahun relex dan bertekad untuk study last minit. Mat Gar pun nak dapat keputusan cemerlang. Aku juga ingat cikgu kajihayat kita pernah mencabar kalau tahun ini SPM/MCE lulus 100% saya berhenti.
Alhamdulilah keputusannya 100% cuma yang cemerlang mungkin sama banyak dengan yang kurang. Tapikan cikgu tu memang berhenti betul. Dia kerja pula dengan PERHILITAN unit gajah. Dia pernah bersama dengan aku buat operasi memindahkan gajah liar di rancangan aku Selancar. Pakcik pemandu van pun juga ada kerja dengan PERHILITAN dan pernah bersama aku menghalau gajah liar yang masuk ke ladang tempat aku. Akan tetapi dalam keadaan begitu ada juga insan yang bertuah yang mendapat sedikit keistemewaan. Mereka diberikan bilik khas untuk membuat aktiviti study lebih dari orang lain. Dari golongan inilah telah lahirnya kecemerlangan SPM/MCE 1978 SMSJ. Golongan ini ialah 'Pengawas'.
Sambung cerita lagi Mat Gar yang ingin sama cemerlang telah mengambil inisiatif dengan belajar lebih menggunakan lilin dan menyorok di balik pintu locer besar dalam bilik. Terima kasih kepada pengawas yang bertolak ansur tidak menghalang kami dan tidak membuat aduan. Namun demikian dari pengamatan aku yang kurang bijak ni melalui reunion 30 tahun pada hujung 2008 kita semua tidak seteruk yang disangka. Pelbagai kepayahan kita lalui. Kita semua akhirnya berjaya menjadi manusia seperti yang aku ucapkan pada malam reunion tu. Aku ucapkan syabas kepada Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik SPM/MCE 1978 SMSJ Kluang.
Aku berdoa muga-muga kita dipermudahkan oleh ALLAH swt dalam mengharungi penghujungan hidup ini. Biarlah kisah lama menjadi kenangan dan sejarah hidup kita.

Ulasan
bayangkan yang dingin.
bila nak balik kampong di? jom kena kopi kau kedai hasan...