Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Cikgu Syed Hussin Makan Angin

Imej
Reunion kita tempuhari ada cabutan bertuah berupa penginapan percuma 3H/2M di pelbagai tempat dalam & luar negeri. Antara pemenangnya adalah cikgu Syed Hussin kita ni. Hari ni aku telah menyampaikan kepadanya baucer asal penginapan tersebut di rumahnya di mana beliau akan ke Cherating, Pahang pada 3 hingga 5 Jun akan datang. Dia sekeluarga akan menginap di Legend Resort, Cherating. Sesiapa yang berdekatan dengan tempat penginapannya tu bolehlah ziarah dia sekeluarga dan percayalah bila dah jumpa dia memang banyak cerita akan keluar darinya sehingga sukar untuk kita beredar/berpisah darinya. Satu karekter yang masih kekal sejak dari jadi guru kita lagi.

MG & XPDC - Grik, Hutan Simpan Belum & Tasik Banding

Imej
MG akan diadakan di Grik seterusnya ke hutan simpan Belum pada 17 - 19 Julai 09 akan datang. Semuanya adalah kerana untuk bertemu dengan seorang lagi sahabat lama kita iaitu Rostam Mohd yang sebelum ini bertugas dengan EMKAY dalam membangunkan resort Belum di tasik Banding tu. kaki2 pancing ayuhlah kita ke sana mencuba nasib pula di tasik yang penuh dengan ikan2 air tawar yang memang banyak terdapat di sana. Aturcara MG adalah saperti berikut:- 17/07/09 2.30 ptg - Berkumpul di KL dan bertolak ke Grik. Dijangka sampai di Grik jam 7.30 ptg. - Bermalam di Grik & makan malam bersama sahabat kita Rostam Mohd 18/07/09 9.00 pagi - Selepas sarapan bertolak masuk ke hutan simpan Belum - Aktiviti luar - Memancing, menjelajah seluruh kawasan hutan simpan, lawatan ke kg. orang asli dll. 5.00 ptg - Bertolak ke tapak perkhemahan hutan simpan Belum. Persiapan tempat perkhemahan dll. 8.00 mlm - Makan malam dan BBQ sambil sembang2 cerita2 lama & terbaru. 19/07/09 9.00 pagi - Selepas sarap...

Ulangtahun Perkahwinan

Imej
Salam kpd kwn2 yg dikasihi, Baru teringat dan saje nak bgtau jer...yg hari ni adalah ulangtahun perkahwinan saya yg ke 28! Syukur alhamdulillah...semoga kawan2 mendoakan saya sekeluarga. Sekembalinya saya dan isteri dari KK, kami terus ke KL sbb besan kami mengadakan majlis perkahwinan anaknya yg sulung(kakak pada menantu saya) dan juga mengadakan majlis cukur jambul skali. Ni adalah gambar cucu kami yg dah hampir masuk 4 bulan...dan sekarang ni ada dirumah kami di Sg. Petani...yeah2! sbb ayah dia ada kerja kat utara ni. Lagipun, menantu kami takder kat Mesia ni kerana bekerja di Libya! Jadi kami gembira jer dpt amik n jaga dia di sini. Kalau tak, asyik keluarga belah menantu jer yg jaga dia...tak ci!

Terima Kasih

Salam kpd kawan2 semua, Terimakasih kepada Said dan kwn2 utk ucapan takziah diatas kepulangan arwah ayahanda mertua saya ke rahmatullah pada hari Selasa lepas. Ayahanda mertua saya sebenarnya memang dah sakit lama. Sebelum itu beliau dah kena mild stroke yg menyebabkan beliau hilang ingatan. Pada tahun lps pula semasa anak saya hendak bernikah dan melangsungkan majlis di pihak perempuan, beliau kena serangan skali lagi dan terus tidak bole bergerak dan hanya baring saja sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi Selasa 19hb. Mei lps. Pada pagi tu isteri ada terbangun dlm pukul 4.30am, tetapi pergi tido semula. Pada pukul 5.30am dia terjaga apabila mendapat panggilan dari kakak sulongnya yg tinggal di KK memberitahu tentang kepulangan ayahanda mereka. Kami pun bergegas siap2 dan pergi ke lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan alhamdulillah dpt tiket utk penerbangan AirAsia pada pukul 10.15am hari tu. Tapi kami tak sempat utk melihat ayahanda utk kali terakhir...

air mata melor - info

Sop, Melor sama batch dengan orang rumah aku gitu juga dengan si Nasaruddin tu. Pada masa ini dia ada di Kuantan dan orang rumah aku ada juga menghubungi dia. Kalau kau nak hubungi / jumpa dia nak minta maaf atas kesalahan lampau kau tu, aku boleh beri no. telefon dia. Kau smslah aku selepas baca entry ni. Untuk makluman kau dia dah berkahwin dengan mat salleh itali. Pertengahan bulan depan dengar kabar dia akan berhijrah terus ke itali mengikuti suaminya. Sebelum terlambat aku entrykan maklumat ini untuk pengetahuan semua sahabat2 kita.
Some Points to Ponder...... Hi Guys! Assalamualaikum. It has been quite sometime that I've been following our blog and enjoyed most of the entries. We've done quite a bit of reminicing of our days back in school. It was indeed nostalgic and sometimes we wish that we were closer then....as we are now, over the internet. Anyway, a lot and I mean, too much time has passed us and we sure have a great deal of catching up to do. The last 30 years, where were each of us, where did we further our education, how was our early career stage, how did we advance from there, did we make any career switch along the way, how we met our spouses, when did we all start a family, any DRAMA in between, what do each of us aspire to be ..... and which stage are we in now????? Are we 'THERE' yet???? Our time is short, and we should value every moment of it especially now we can do it together...well, sort of. I found this poem somewhere and like to share it with you. Here it goes;- When as a c...

MOTHER, THE JEWEL OF MY HEART

A Tribute To A  Wonderful MUM... A mother is GOD's love in action. She looks with her heart and feels with her eyes. A mother is the bank where her children deposit all their worries and hurt. A mother is the cement that keeps her family together                                                                     And her love lasts a lifetime. A mum is a rose whose petals are soft. A mum is a lily whose stem is tall and strong. A mum is a person who is never wrong. A mum is a person you should love forever... Trust her, believe her and never doubt her but, love her with all the love you can give. A mother has strength that amazes her children. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love and opinions. She smiles when she feels like dying inside. She sings when she feels like crying.  Cries when she is happy And laughs when she is afraid. Her love is unconditional. There's only one thing wrong with her, She sometimes forget what she is WORTH... It wo...

Takziah

Baru balik dari P. Redang, semalam ke KL pula atas urusan kerja. Dalam perjalanan pulang dapat maklumat ayahanda kepada isteri (bapa mertua) sahabat kita Noorsham Yusof meninggal dunia. Dia sekeluarga terus bergegas ke K Kinabalu semalam kerana bapa mertuanya sudah lama menetap di sana. Takziah diucapkan kepada Noorsham sekeluarga dan diharap banyak-banyak bersabar dan senantiasa tabah menghadapi segala dugaan hidup ini. Setiap yang hidup pasti akan mati. Al Fatihah.

Salam Bahagia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita ROSMALA PAIMAN (5M2) dan NORLIDA MD ALI (5E2) pada 18hb Mei dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya,dan berbahagia di dunia dan di akhirat. dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Rokok

Nak cerita pasal form 5, tapi kena start dari form 4. Form 4 dah jadi prefect, tapi masih hisap rokok, kau orang bukan tahu pun. Apa nak buat sembunyi sembunyi lah. Bila naik form 5 jadi head prefect, so apa nak buat. Aku memang terpaksa berhenti merokok tahun itu. Tapi siapa hisap rokok especially junior siap kena tangkap. Jadi HB ( dah cerita sikit kat blog aku. sila baca) mesti tunjuk contoh. So, have to follow all the rules. Ada sekali tu aku dah tangkap si Abu Hashim ke (Landak Landing).. hisap rokok. Bila aku nak mula charge dia hisap rokok... dia pun start keluar statement dia kata "kau dulu masa form 4 pun hisap rokok" jadi terpaksalah aku lepaskan dia dengan memberi warning saje.. Tak adil kan. Tapi apa nak buat. Lesson learnt. If you want to commit wrong, just do it on your own, if not everyone will surely know about it. ada banyak lagi kes lain aku pun dah tak berapa ingat sangat.. Kalau sesiapa yang teringat tu, dan ada simpan geram kat aku, maafkan aku.. ...

kawankawanku , juga guruku

Imej
aku dan shaari- sama sekolah, sama sama jadi pengajar...akhirnya [ mengajar di U dan aku mengajar di sekolah rendah , dia pengawas, aku? ] salam sejahtera, semoga berbahgia disamping keluarga.. lama aku tak menulis dalam blog ni, adalah sibuk sikit sikit kemas sekolah, uruskan kewangan dan menyelia cikgu dan pekerja...emm, biasalah tu...aku tak mau cerita sangat bab kerja kerja ni, sebab boring...aku suka menulis kisah kita semasa smsj, sebab kita boleh flashback balik kisah kita 30 tahun lalu. sebagaimana kita maklum dalam pendidikan ada 3 jenis pembelajaran...school learning, community learning dan home learning..di smsj, community learning dan home learning....gurunya ialah kawan kawan aku. perempuan ke lelaki, junior atau senior..aku banyak belajar dari pelbagai sudut, sudut negatif atau positif. kau orang mungkin tau mungkin tak tau, geng perempuan lagilah tak tau..bahawa kami di asrama lelaki ni ada beberapa kumpulan. kumpulan yang agak dipandang tinggi ialah geng pengawas, bajun...

selamat hari guru kepada kawan guru

mengikut pengetahuan aku, kelas 5m2 paling ramai jadi cikgu...zainuddin, januri, aini, noraini, rodziah, alimah, azman, jamil, sharif dan fatimah serta fauzaiah manan...maaflah kalau ada lagi...kemudian kelas aku, aku, aruah zaid, ibnu, ghazali, rosnah sumikin..termasuklah arbakaria.. bagi kelas 5e1...ada juga..norlela, kew chee kim, norsyam dan shaari...yang lain kau tak tau ler pulak...kelas 5e2..seorangpun aku tak tau...ada tak kawan kita jadi cikgu...mungkin shamsul jabar kut..tahniah kerana menjadi cikgu....hidup tak mewah tapi bahgia... kalau ada nama yang aku tak sebut...tapi dia jadi cikgu atau pensyarah...aku minta maaf..sebab tidak dalam pengetahuan...boleh masukkan dalam komen.. bukannya apa...nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN SEGURU.... ingatlah pesanan orang tua guru menjadi payung sekolah jauh mula tampak dekat mula bersua rimbun tempat berteduh hebat tempat berlindung besar tempat bernaung kukuh tempat bersandar wajib dihormati pantang dikhianati damar bat...
Imej
KALAU KE KUALA KANGSAR........ Kalau kawan-kawan hendak berihat di bandar ini dari lebuhraya , bolehlah keluar mengikut exit Kuala Kangsar Bandar Diraja dari Lebuhraya Utara-Selatan . Masa perjalanan lebihkurang 10 minit dari Plaza Tolnya . Kalau bercadang untuk solat bolehlah ke Masjid Ubudian berdekatan Istana Iskandariah Bukit Candan . Saya pernah bersolat zohor di situ dan rasa sejuk bila berada di dalamnya . Lepas itu bolehlah berihat di tepi Sungai Perak . Ini adalah gerai berdekatan Sungai Perak . Harganya dijamin berpatutan . Berbagai jenis makanan dan minuman ada disediakan Di belakang gerai ini adalah Taman Kanak-kanak dan Laman Budaya yang redup oleh rimbunan pohon besar . Anak-anak boleh bermain di di tapak permainan yang disediakan . Bangku-bangku rihat disediakan . Anda boleh melalui titi gantung yang disediakan untuk menyeberang anak Sungai Perak ini . Dengan berlatarkan Sungai Perak , anda boleh mencari ketenangan seketika di sini . Atau anda boleh duduk-duduk di te...

Cebisan Kenangan semasa di SMSJ part 2

Imej
Sempena Hari Guru pada 16 Mei, aku cuba mengingati serba sedikit kenangan bersama guru-guru yang pernah terlibat mengajar aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Tingkatan 1, macam yang Alimah cerita tulah...cikgu Rubiah paling diingati dan cikgu Heng ( yang ajar BI, perkataan famousnya " is it clear?"...... dan cikgu Rahman Wahab ( ajar Sains Paduan) yang campak cacing kat aku, sebab aku tak mau urut cacing tu...eee geli! Tingkatan 2, ni aku blur-blur sikit, cikgu silih berganti, kadang takde cikgu langsung, yang aku ingat cikgu Onn (ajar georgrafi), yang marah aku sebab tulis"peta kontor" sebagai peta konto*...(sebab aku bukan jawa, so aku tak tau itu perkataan mencarut!) Sampai sudah, bila dia ngajar aku tak angkat muka...malu giler!!! Tingkatan 3, cikgu Md Lazim ( aku panggil Mr Binari), dia ajar Math Moden...aku faham giler lebih-lebih lagi tang tajuk Binari tu lah! Last aku terjumpa dia, masa aku beli hantaran nak kawin kat Singapura....cikgu Ghani ( ajar sej...

En. Jamil - Madutiga Part 2

Bahagiakah Perkahwinan Yang Hanya Bersandarkan Cinta. Kisah Sedih Cinta Antara 2 Darjat 5 April 2000. – Must Read Jamil hanyalah anak kepada tukang jahit di Kukup yg miskin tetapi kegigihannya telah berjaya membawanya hingga ke Uitm walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Zaleha pula, anak seorang tokoh koperate yang ternama dan berdarah raja di Muar. Takdir telah menentukan yg mereka jatuh cinta di Uitm walaupun mendapat tentangan dari keluarga Zaleha. Mereka lebih rela mati daripada percintaan mereka dipisahkan. Kekuatan cinta mereka telah meroboh tembuk hati keluarga Zaleha. .Pada 5 April 2000, mereka bernikah selepas tamat pengajian di Uitm. Sebagai seorang tokoh koperate, bapa Zaleha telah mengadakan majlis pernikahan ini secara besar besaran. Berbeza dgn bapa Jamil yg hanya mampu memberi pakaian, cadar dan sarung bantal yang semuanya dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Tibalah saat malam pengantin. Jamil dan Zaleha pun memasuki kamar pengantin yg memang disediakan ...

CIKGU RUBIAH

TERINGAT CIKGU RUBIAH Dia mengajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 1 di SMSJ pada tahun 1974 . Dia juga warden asrama puteri . Saya memasuki SMSJ Kluang pada bulan Jun 1974 bersama Aini , Iss , Noni , Jamaliah , Rohana , Bakyah , Jamaiah , Rozie (second intake) Pertama kali memasuki kelasnya , saya rasa macam hendak demam sebab suara , perkataan , lirik mata dan gerak badan kelihatan garang . Memang saya takut terutama bila dia memeriksa apron . Di sekolah lama saya mengambil Perdagangan , bukan Sains Rumah Tangga . Bila di SMSJ , saya terpaksa mula mempelajarinya . Saya belajar membuat apron di asrama daripada Fati . Masa itu saya dapati Fatipun kelihatan takut juga masa di kelas bila bercakap dengan Cikgu Rubiah . Suara Fati antara dengar dengan tidak . Oleh kerana takut , saya tidak berani bersembang dengan Cikgu Rubiah . Namun , jauh di sudut hati saya memujinya kerana dia seorang wanita yang ideal - pandai masak , menjahit , menyulam , berpakaian sopan yang sedap mata mem...

Asrama SSI 1974

Imej
Ini gambar lama yang aku jumpa semasa kita di asrama Sekolah Sultan Ismail (SSI), Jalan Tasek Utara, JB. Gambar diambil pada tahun 1974 di hadapan asrama. Nampak ada beberapa orang adik-adik spt Shaari, Yahya Sadikon, Abu Hashim, Zainudin (Gajah) dan Shukor Atan. Yang lain-lain ntah kemana dan tak tau pulak sempena apa gambar ni diambil. Aku rasa suka-suka sebab adik-adik baru datang. Kita pernah bersama ...

Cebisan Kenangan semasa di SMSJ

1974, masa ting 1 di EC ( sekejap)...teringat kena kejar dengan budak lelaki senior (mce batch 1977). Aku lari sembunyikan diri dalam toilet....hehehe. Jadi monitor 1m2 ( sebab badan aku besar!) Aku pernah baling duster kat Azahari kot ( kalau tak silap) sebab dia buat bising. Masa tu Azahari budak lelaki paling besar dalam kelas aku.... Aku suka melibatkan diri dalam kegiatan seni...ewah, tak pernah miss naik pentas. Aku n the geng ( termasuk Azida) takkan miss, boria lah, drama lah, tarianlah...semua kami joint. Dan yang paling tak lupa bila aku menari semazau sampai wakil sekolah ( untuk pasukan beruniform) bawah nasihat cikgu Sharif ( masa tu cikgu Sharif bujang lagi...hehehe). Masa tu kot abg Rosly "ter berkenan" kat aku bila dia tengok aku dok menari semazau tu,( tapi kami tak bercinta pun masa kat sekolah...hehehe). 1978, Kat asrama....aku dan Og adalah di antara orang yg last masuk bilik air kalau pagi-pagi..... Og rajin stay up untuk study...aku, mmg jenis payah b...

INDUSTRIAL BIOTECHNOLOGY

Imej
Minggu lepas aku dipelawa oleh Arbakariya b Arif untuk menghadiri 'talk' yang akan dibentangkan oleh beliau. Tempat : Dewan Taklimat Bangunan Pentadbiran UPM Tarikh : 8 Mei 09 Masa : 9.45 pagi Tajuk : Industrializing Biotechnology : Role of Fermentation & Bioprocess Technology Penyampai : Prof. Dr. Arbakariya b Arif Aku sebenarnya masih tertanya-tanya apakah itu 'biotechnology'. Aku hadir kerana untuk mengetahui apa bendanya tu! Bila kawan sekelas kat SMSJ muncul memberikan ceramahnya, baru aku tau apa bendanya 'biotechnology'. Maklumlah aku orang kampung dan ke laut je yang tahu! Rupa-rupanya dalam kehidupan kita ni sangat bergantung rapat dengan biotechnology ni. Ubat-ubat, makanan diperoses mengunakan kaedah ini. Arbakariya memang hebat orangnya. Agaknya dah 25 tahun bercakap depan student maka penyampaian berjalan lancar sambil diselitkan beberapa joke. Contohnya perkataan 'fermentation' bermaksud tapai. Dia cakap bila pagi isterinya kata dia wa...

guru kita yang berjasa

Imej
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU KITA YANG TELAH BERJASA MENDIDIK KITA HINGGA MENJADI APA YANG KITA NIKMATI SEKARANG ...jasamu tetap dikenang buat selama-lamanya.... salam hormat dari kami anak anak muridmu 5E1. 5E2, 5M1 5m2 batch 1978 [termasuk juga yang ddari kami yang telah meninggalkan SMSJ pada tingkatan 3 ] cikgu, semoga cikgu berbahgia dunia dan akhirat.... admin

En Jamil - Madu 3 part 1

Manusia tidak akan terlepas atas namanya CINTA dan semua bersetuju bahawa cinta adalah sesuatu yg menyenangkan. Cinta membuat orang lupa diri. Yang tua tidak pernah merasa tua dan yang muda ingin cepat dewasa demi sebuah kenikmatan yang tiada tara. Ramai yg berbuat nekad seperti lari dari rumah atas nama cinta padahal kalau di fikir2 resikonya lebih besar dibandingkan dgn apa yg mereka dapat tp manusia tetap bercinta. Wanita adalah materialistic dan lelaki adalah beutilistic ( Kata2 org dinegara sahabat) Maksudnya cukup serdehana. Wanita mengharapkan suaminya kaya dan suami mengharapkan isterinya cantik. Hanya lelaki yg tak normal aja berkata istrinya paling cantik didunia pada usia 48 tahun. Dan istri pula sentiasa mengharapkan agar suaminya bertambah kaya pada setiap hari. Hanya org beriman sahaja yg boleh menafikannya atau menidakkannya. Kita??? Lautan api akan ku renangi dan banjaran gunung akan ku daki. Hanya Tuhan yg dapat memisahkan kita. Itulah kata kata yg kita lafaskan tapi T...

Salam bahagia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita ZAINUDDIN [ GAJAH] BIN AHMAD 5M2 pada 6 MEI 2009 dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

GP JORAN DI SEDELI 2-3 MEI 2009 Siri 1

Imej
Pada 2-3 Mei 2009 aku menyahut cabaran GP Joran di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor. Semasa dalam perjalanan aku singgah rumah Cikgu Rahman Karim yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak bungsunya di Api-Api Pontian. Kawan aku bersembang dengan Cikgu Rahman Aku posting dengan Cikgu Rahman Isteri Cikgu Rahman buatkan air jus buah kedondong Petang Jumaat aku sampai ke Tanjung Sedeli kira-kira jam 6.45 petang. Malam tu ada pasar malam. Ni lah suasana pasar malam kat situ. Kalau Fatimah baca blog ni mesti mengamit kerinduan kampung! Aku order ni kat satu kedai yang ada di Tanjung Sedeli. Dia jual sop aje. Pas tu jadi cam ni pulak! Gear box kambing! Susah nak dapat kat tempat aku. Aku jadi kemaruk la! Fati, bila kau nak balik kampung? Kalau Sukimin nak cuba datang lah ke Tanjung Sedeli. dekat kampung Sukimin juga tu! Pagi Sabtu kesibukannya macam ni lah di Jeti LKIM Tg Sedeli ketika menunggu pelepasan. Peserta-peserta yang menyertai GP Joran. Sedang memunggah barang. Bukan calang-ca...

Jumpa Senior Rozman Hussin

Imej
22 April 2009 yang lalu, aku terjumpa Rozman Hussin (senior kita setahun) di Alamanda. Dia merupakan seorang bisnesman (syarikatnya Digi City) dan pejabatnya kat Melaka. Bisnes dia tertumpu pada bidang ICT. Sungguhpun dia merupakan seorang usahawan yang berjaya, sikap tidak sombong dan murah hati dia amat aku kagumi. Selepas dia habis SPM pada tahun 1977, aku tak pernah jumpa dia sampailah sekitar tahun 2006. Masa tu aku kat Sunway Pyramid dan sedang berbincang dengan kawan aku Mejar Mohamed Khamis. Rupa-rupanya dia ni pun member kepada Mejar tu juga. Lepas dari tu aku ada jumpa dia sekali lagi masa Kementerian Pelajaran anjurkan Pameran ICT di Melaka pada tahun 2007. Kalau kau orang nak no hp atau emel dia bolehlah hubungi aku.

salam bahgia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita ADZAR OTHMAN 5E2 pada 3 MEI 2009 dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Salam berbahgia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita AZMAN BIN ABDUL RAHMAN 5E1 pada 2 MEI 2009 dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Dunia ni kecik kan!

Salam buat kawan2, Aku sambut cabaran Usop tu. Tiba2 pagi ni lepas buat HOT@1 lebihkurang jam 1030 aku teringat nak bukak blog kawan2. Antaranya aku bukak - alimorsipon.blogspot.com. Khamis 30hb. April atas tajuk 'Asri dan keluarga'. End part yang menarik tu... Asri kata Muhammad Saiful Islam anak sulung dia kerja kat RTM sebagai Juruteknik Lampu! Kau orang cuba bayangkan yang selama ini Saiful panggil aku abang Khir. Asri bapak dia!. Kacau kacau. Sekarang ni dia kena panggil aku pak cik Khir. Tapi terasa tua sangat pulak!. Tadi ni aku jumpa Saiful (lepas Jumaat) minta kirim salam kepada Asri. Asri kini ada di KL. Alimor, cubalah buat MG. Kimin, Member, Sha'ri dll tentu nak joint. Aku minta maaf sebab nak balik Sg Petani, Kedah besok kerana kenduri kahwin anak saudara. Terkejar2 aku ni. Bayangkan lepas kenduri (ahad) cepat2 balik Rawang hantar anak no 3 (tkt5) kat SBPI Rawang. Lepas tu lari ke SBPI Temerloh, Pahang hantar anak no 4 (tkt3). Pukul berapa nak sampai rumah t...

duty roster

kawan kawan salam sejahtera dan selamat bercuti...bagi yang mencari wang....ini adalah masa bercuti , bagi yang wang berkerja untuk dia...tiada cuti. Waktu nilah dia kena melihat bagaimana wang bekerja untuk dia...tak kisahlah... aku teringat masa kat kelas dulu ada dipanggil duty roster...jadual bertugas harian...masa ni best jugak...aku bukan saja hafala jadual harian untuk kelas aku tapi jugak jadual kelas lain..kelas e dan kelas m2 malah kelas junior...sebab budak perempuan yang duty tu biasanya datang awal.. kalau masa sidia duty..aku pun datang awal sikit....kata orang ..eh bertemu secara tak sengajalah kan...taktik kuno masa tu...zaman 70an punya taktik....rupanya bukan aku sorang...ramai jugak macam tu terutama yang ada ...cinta gelap...hahahaha blog ni juga perlu ada giliran menulis...oklah..macam ni..aku cadangkan minggu 1 setiap bulan - 5m1, minggu 2 - 5m2, minggu 3 - 5e1, dan minggu 4 - 5e2. Bukanlah arahan...buk...

Happy Birthday to you

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita Sia Yong Yew 5E2 1 Mei 2009 dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia dalm hidupmu dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978